Friday, July 22, 2011

Salam Perpisahan....kenangan bersama semua tetap dalam ingatan.....

Hanya gambar menceritakan segalanya.......







Pen. Kanan, GB, PK  Hem dan Juruteknik Komputer
Terima kasih segalanya....



Terima kasih semua,
 hanya Allah yang akan membalas segala budi baik kalian.

Pertandingan Antara Kelas....

Minggu ni agak sibuk, banyak kerja perlu dibereskan,
 tapi tak tahu mana nak buat dulu...
baru berkesempatan nak upload gambar sepanjang hari 
pertandingan Antara Kelas










Minggu depan akan diadakan liga juara antara juara.....
SELAMAT MAJU JAYA UNTUK SKRS........

Sunday, July 17, 2011

Julai Bulan Kecergasan

Dua minggu akhir dalam bulan Julai ni, sekolah saya sibuk dengan program Bulan Kecergasan....Pelancarannya dah buat masa larian Serentak 1 Murid 1 Sukan...

Acara tahunan.. pertandingan antara kelas....bola sepak, bola jaring, ragbi dan sepak takraw. Tujuannya nak memberi peluang lebih ramai murid terlibat..Juara setiap tahun 3,4 dan 5 yang akan bertanding untuk merebut piala pusingan. Tahun 6 nak tumpukan pada UPSR....selepas UPSR nanti baru ada liga mereka sendiri.

Di sekolah saya ni memang sentiasa sibuk bersukan sepanjang tahun.....nak merealisasikan hasrat kementerian pelajaran.

Tuesday, July 12, 2011

KAWAD KAKI LELAKI DAN PEREMPUAN PERINGKAT NEGERI....

Naib Johan Pertandingan Kawad Kaki Perempuan
Peringkat Negeri Perak Zon Utara
Tempat Ketiga Pertandingan Kawad Kaki Lelaki
peringkat Negeri Perak Zon Utara

Thursday, July 7, 2011

Minggu Anti Dadah

Minggu ni sibuk dengan program Minggu Anti Dadah. Macam-macam program dibuat untuk memberi kesedaran kepada golongan kanak-kanak ini tentang bahayanya dadah dalam kehidupan kita.

Pelancarannya pada hari Isnin yang lalu dengan ikrar semua warga sekolah untuk menjauhi dadah, nyanyian lagu Benci Dadah dan gimiknya.

Selain itu ceramah dan pameran dari Pusat Agensi Dadah Negeri serta pertandingan melukis poster.

Tuesday, July 5, 2011

Hari ini dalam ingatan...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.....nak cerita juga apa yang berlaku hari ini di SEKOLAH SAYA.

Hari ini 5 Julai 2011....alhamdulillah Lawatan Pemantauan  Program 1 Murid 1 Sukan oleh Pegawai dari Jabatan Pelajaran Perak berjalan lancar. Dalam dok kalut cikgu-cikgu menyiapkan segala bahan, maklumat  dan laporan yang perlu ada dalam semua fail....pegawai tu datang hari ini. Saya pun gelabah la juga...gementar pun ada, bukan apa, sebab tak pandai nak kelentong kalau benda yang ditanya tu tak ada. Ingatkan nak datang esok....boleh la kemaskini mana yang tak lengkap. Masa pegawai tu  datang pulak baru nak makan...nak posing-posing....

Dalam dok gelabah tu...hulur la juga fail-fail tu , walaupun saya  rasa belum lengkap sepenuhnya, nak tak nak kena tunjuk juga....alhamdulillah ....semua yang ditanya dan diminta bukti ada dalam fail induk tu...syukur sangat-sangat, lepas ni kena standby laporan pelaksanaannya pula....

Langkah kanan En. Azaudin, Peg. Unit Sukan, JPN Perak.
Paling bermakna hari ni....hari lahir saya. Terharu sangat dengan majlis yang dibuat, Terima kasih khas untuk Puan Guru Besar, adik. kakak dan pegawai JPN yang meraikan ulang tahun kelahiran saya. Usia bertambah, umur makin pendek, hehehe. Terima kasih semua. hanya Allah swt yang akan membalas budi baik kalian semua. Suka sangat dengan SEKOLAH SAYA ni...

Saturday, July 2, 2011

LARIAN 1 MURID 1 SUKAN 1 MALAYSIA.....

Hari ini semua warga kementerian pendidikan berasa bangga kerana telah mencipta sejarah dalam Malaysian Book Of Records.....Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia seluruh negara melibatkan murid-murid, guru-guru, kaki tangan sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.. Lebih membanggakan  Perak menjadi tuan rumah untuk Program Larian Serentak ini. Majlis itu diadakan di Padang Esplanade, Taiping yang dirasmikan oleh TPM kita yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Jawatankuasa 1 Murid 1 Sukan Sekolah saya pun telah merancang pelbagai acara untuk menjayakan program kebangsaan ini. Selain larian yang dilepaskan serentak pada jam 7.45 pagi, pameran sukan, cabutan bertuah dan "Fun Games" diadakan bagi memeriahkan program yang dirancang. 

Sekalung TAHNIAH dan TERIMA KASIH kepada semua guru-guru Sekolah Saya  yang begitu komited dan bertanggungjawab melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan.

Sedihnya saya tak dapat berlari sama...huhuhu. Ruginya, tapi apa kan daya terpaksa menghadiri program lain yang juga diwajibkan hadir....sambung belajar di ipgm ipoh....Tunggu gambar dari jurugambar.

Friday, July 1, 2011

ISRAK MIKRAJ ..peritiwa yang banyak iktibar...

Memperingati peristiwa israk mikraj, peristiwa yang dilalui oleh Rasulullah s.a.w pada 27 Rejab, setahun sebelum hijrah  banyak memberi keinsafan kepada saya untuk meneladani yang baik dan menjauhi yang perkara yang tidak baik.

Sebagai warga pendidik yang inginkan anak-anak didiknya sentiasa menghayati peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh nabi junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w, majlis ini wajar diadakan di semua sekolah. Kita manusia yang sentiasa lupa dan alpa, peristiwa ini perlu diadakan setiap tahun untuk sentiasa diingati dan dijadikan teladan. 


Alhamdulillah 3 tahun saya di sekolah saya ini, setiap tahun di bulan Rejab akan diadakan majlis ini. Selain mendengar semula kisah perjalanan Rasulullah s.a.w ke langit menemui Allah swt. dengan menaiki binatang dipanggil buraq yang ditemani Jibrail, majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian bersama-sama bersolat dhuha dan solat hajat. Semua warga sekolah terlibat, termasuk prasekolah. 

Semoga sekolah saya ini akan sentiasa cemerlang, murid-murid dan guru-gurunya sentiasa diberikan kesihatan yang baik, diberi kejayaan yang cemerlang dalam semua bidang, dimuliakan sahsiahnya, dimurahkan rezeki, diberikan kesabaran dan kekuatan untuk menghadapi segala dugaan ditentukan oleh Allah swt. dan ditambah keimanan dalam meneruskan perjalanan hidup ini yang penuh dugaan dan cabaran. Amin, amin ya rabbilamin.