Saturday, March 31, 2012

Doa Perpisahan

Lagu ni amat bermakna. Kenangan aku ketika terpaksa bertukar keluar dari SK Rapat Setia..meruntun jiwaku ketika semua guru-guru mengalunkan lagu tersebut untuk aku...yang sememangnya sensitif....Terima kasih kerana menghadiah sebuah lagu yang indah dan bermakna liriknya untuk aku.
Sesungguhnya tiada perpisahan tanpa pertemuan, di mana ada pertemuan di situ akan hadir perpisahan....Setiap pertemuan akan ada keindahan ceritanya yang tersendiri yang akan dikenang setelah berlakunya perpisahan... Bertemu dan berpisah lumrah dalam kehidupan....

PIBG dan Sekolah saya

Mesyuarat Agung PIBG kali pertama saya di sekolah saya ni. Tapi tak dapat menghadirkan diri kerana ada interaksi kelas PPG saya di IPG Kampus Ipoh. Dua-dua penting, tapi terpaksa pilih antara satu,
Alhamdulillah hari ini juga PIBG SK Marian Convent telah menerima anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Peringkat Daerah Kinta Utara Kategori Sekolah Bandar. Tahniah kepada semua barisan AJK PIBG yang diterajui oleh Dato'Hj Roshidi b. Hj Hashim. Timbalanya Ir Aminuddin.

Terlalu banyak sumbangan PIBG pada sekolah saya, terutamanya dari segi keindahan prasarana, kemudahan anak-anak belajar, kos membaiki segala kerosakan dan keselamatan. Mereka terlalu prihatin. Tanpa kerjasama semua AJK dan ahli-ahli semua sekolah Marian Convent tidak akan berjaya seperti sekarang. Komitmen pihak pentadbir, guru-guru dan PIBG amat penting. Semoga hubungan baik antara PIBG dan pihak Sekolah akan berterusan  demi kecemerlangan anak-anak dalam semua bidang akademik, sahsiah dan kokurikulum.
Ahli PIBG yang bermurah hati bolehlah  menyumbangkan apa saja bantuan.....idea, barangan atau wang ringgit untuk membiayai program-program sekolah saya ni. Atau ada ahli-ahli korporat yang nak membantu ..alhamdulillah kerana sekolah saya ni sekolah bantuan modal....























Jalinan Keantarabangsaan dengan Songkla Educational Area Office

Pada 21 Mac 2012,  Lawatan  3 orang pegawai dari Asean Comunity Prepulation Centre Songkla, Songkla Educational Area Office I zone bersama Pegawai Pelajaran Daerah Kinta Utara untuk berbincang tentang Program Jalinan Keantarabangsaan yang akan diadakan pada akhir bulan April.

Berbincang program yang akan diadakan pada kunjungan akan datang



Melawat ke kelas 4 Cempaka untuk melihat sistem pembelajaran di Malaysia.
Kenangan bersama semua pegawai PPD Kinta Utara  dan rombongan dari Songkla














Wednesday, March 21, 2012

Jaringan Sekolah Kluster Kecemerlangan

bersama peserta kursus, pensyarah  dan  Pengarah IAB - Dr.Amin b. Senin

Peluang membina jaringan antara Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 5 dan Fasa 6
1. SK Marian Convent, Ipoh, Perak
2. SK Assunta Convent, Kuantan , Pahang.
3. SK Zainab (1), Kota Bharu, Kelantan
4. SK USJ 2, Subang Jaya, Selangor
5. SK Rantau Petronas, Kerteh, Terengganu
6. SK Convent Infant Jesus 2, Melaka
7. SK Agama Sibu, Sarawak
8. SK Seliau, Rantau, Negeri Sembilan
9. SK Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur
10. SK Penggu, Pasir Mas, Kelantan
11. SK Tempoyang, Kuala Lipis, Pahang
12. SK Don Bosco, Ranau Sabah.
13. SK Pulapah, Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan
14. SK Dusun, Kuala Berang, Terengganu
15. SK Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching, Sarawak
16. SK Paon Temaga,  Lundu, Sarawak
17. SK Seri Berang, Terengganu.
18. SK Taman Bukit Maluri, Selangor
19. SJKC Ave Maria Convent, Ipoh, Perak
20. SJKT Ringlet,  Cameron Highland, Pahang

Group Almond London
(SK Paon Temaga, Sarawak, SK Assunta Convent Kuantan, SK Marian Convent, Ipoh  dan SK USJ 2, Selangor)

Bersama Pengurus/Pensyarah IAB Pn. Nabihah Mohd Salleh dan Pn.Hjh Syafinaz A.Maulod

Sempat juga ke puncak, datang tengok je...


Tuesday, March 6, 2012

LAWATAN PENANDA ARAS

Terima kasih sangat kepada sekolah-sekolah dan tetamu-tetamu yang melawat sekolah saya ni. Semoga kunjungan untuk pengkongsian idea ini memberi manfaat kepada kita semua.  Hubungan Jalinan dan jaringan ini akan berterusan di masa akan datang.

25 Februari 2012 (Sabtu)
Kunjungan dari SK  ULU KENAS, KUALA KANGSAR, PERAK.
Tetamu: Guru Besar, Pentadbir, guru-guru, murid-murid dan wakil PIBG.
Agenda:
1. Sambutan dan Persembahan dari murid SK Marian Convent
2. Taklimat Pengurusan & Pencapaian Sekolah oleh
     Pn. Hjh Rogayah bt. Pilus-Guru Besar
3. Taklimat Prestasi Pencapaian dan Program Kecemerlangan Sekolah oleh
     Pn. Suraya - Setiausaha Peperiksaan
4. Lawatan ke persekitaran sekolah dan bilik-bilik khas.
5. Sesi temubual dan perbincangan bersama Ketua Panitia.












29 Februari 2012 (Rabu)
Kunjungan dari
SEKOLAH RENDAH AGAMA AL-HIDAYAH, IPOH, PERAK.
Tetamu: Pentadbir sekolah dan Guru-guru
Agenda:
1. Sambutan
2. Taklimat Pengurusan Sekolah oleh Pn. Zaiton bt. Abdul Hamid - Penolong Kanan  Petang.
3. Sesi temubual dan pengkongsian maklumat Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dengan guru-    guru KSSR tahun  1 dan 2  SK Marian Convent.






2 Mac 2012 (Jumaat)
Kunjungan Guru-guru  Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah (PGSR)  Unit Matematik
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU  BAINUN,
BUKIT MERTAJAM, PULAU PINANG.
Agenda:
1. Sambutan dan persembahan.
2. Taklimat Pengurusan dan pencapaian sekolah sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan oleh Pn. Hjh     Rogayah  bt. Pilus - Guru Besar.
3. Sesi pengkongsian idea bersama pentadbir sekolah.
4. Melihat pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran oleh Guru Cemerlang dan sesi temuramah bersama Pn Khamsiah  bt. Muda
Kenangan bersama para tetamu

Sunday, March 4, 2012

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah

Diadakan pada 24 Februari 2012
Bersedia untuk perarakan