Wednesday, April 30, 2014

Merai detik kemenangan pasukan Choral Speaking

Tahniah kepada team Choral Speaking yang menjadi Johan antara 5 Kelompok yang digabungkan pertandingannya. Alhamdulillah SK Marian Convent sebagai tuan rumah berjaya mengelolakannya dengan cemerlang. Persiapan yang rapi yang dipimpin oleh PK KK dengan kerjasama penyelaras dan semua guru melancarkan perjalanan agenda pada hari tersebut dengan baik. Tahniah dan Terima kasih kepada semua, abadikan kenangan bersama.


hehehe malu gak nak tunjuk ni. 
Tapi inilah kenangan yang akan diabadikan setiap kali selepas sesuatu acara...
posing2 semestinya.


Kejayaan Pasukan Choral Speaking dirai bersama guru dan ibu 
                                 
 Semoga Pasukan Choral Speaking ini akan terus berjaya ke peringkat yang lebih tinggi.


April Ladies & Secret Recipe

Banyak-banyak bulan, bulan April la yang paling meriah cikgu-cikgu sambut birthday sebab bulan yang paling ramai cikgu-cikgu bertambah umur..hihihi..Hari ini hari terakhir bulan April, last day April Ladies nak sambut birthday..kebetulan hari ini tidak sesibuk hari-hari sebelumnya.
Rezeki kami dapat makan secret recipe lagi.. bila2 free makan je la..


 Happy Birthday Kak Pah, Norriza, Nurul, Ayu n Rosimah
Terima kasih belanja kami makan.
Semoga semua dimurahkan rezeki dan dirahmati Allah selalu.

 Budak pintar ni datang nyanyikan lagu happy birthday, seronoknya.
..sempat lagi nak posing di halaman tu, berpanas sekejap tunggu jurugambar datang ..hihihi
  
Ucapan Selamat lahir untuk semua yang meraikannya di bulan April ni..
Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Terima kasih Cikgu Rozayu yang selalu singgah di sini.

Tuesday, April 29, 2014

Selamat Bersara Tn HJ Rasdi bin Ariffin

Penyelia Cemerlang Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak.


Terima kasih memberikan motivasi dan tips untuk terus cemerlang.

Selamat Hari Lahir . Semoga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan dirahmati Allah. (28 April)


Monday, April 28, 2014

Salam Takziah

Buat anak muridku 
Nurul Aini bt Syed Hassan Basri, Nabilah bt Syed Hassan Basri dan Aina Sofiya bt Sharul Hizad.
Kedua-duanya murid Tahun 4 yang kehilangan ibu tersayang dalam tempoh masa berselang 6 hari. Kebetulan kematian ibu mereka adalah disebabkan kanser payu dara.
Semoga kedua anak-anak ini akan tabah dan sabar dalam  menghadapi hidup di masa depan.

Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga Marian yang telah memberikan sumbangan dan simpati kepada kedua-duanya. Keprihatinan dan sikap suka menderma menjadi amalan warga Marian apabila berlaku perkara-perkara tanpa diduga.

  Guru Besar menyampaikan sumbangan kepada Nurul Aini 
yang kehilangan  ibu pada 14 April 2014

Sumbangan daripada seluruh warga Marian kepada Aina Sofiya 
yang kehilangan ibu pada 20 April 2014




















Salam Takziah juga kepada Puan Normuhaziawati yang kehilangan bapa pada 26 April 2014
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh awrah. Al-Fatihah.

Saturday, April 26, 2014

April Ladies dan Kek Strawberry




Semoga April Ladies semua sentiasa dirahmati Allah dan bahagia selalu. Amin.

Thursday, April 24, 2014

Jom Bermain Catur

Langkah pertama pencarian bakat Pemain Catur Sekolah. Seramai 70 orang murid Tahap 2 menyertai  Pertandingan Catur Peringkat Sekolah.

 Saya tak lah pandai sangat bermain catur ni. 
Sekadar memberi semangat kepada anak-anak Marian 
agar terus meminati dan mencapai kejayaan di peringkat yang lebih tinggi. 
Catur telah dipilih sebagai ETOS Sekolah.
Warda yang menang.

Nak tengok gambar2 lain 



Tuesday, April 22, 2014

Permata Pintar: Kempen Pencarian Bakat

Anda anak-anak yang pintar.
Jom  kita uji minda dengan soalan-soalan Permata Pintar.
Sesiapa yang belum mendaftar, cepat-cepat la mendaftar. Setiap awal tahun akan dibuat pemilihan melalui ujian Saringan secara online. Jom cepat, masa masih ada....sebelum 31 Mei.

Anak-anak Perak yang berumur 8 hingga 15 tahun, ayuh kita sama-sama mencemerlangkan sekolah-sekolah negeri kita menjadi yang terbaik di seluruh Malaysia.

Sila link http://ukm1.permatapintar.edu.my/default.01.aspx untuk memulakan ujian secara online.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk di laman web  http://ukm1.permatapintar.edu.my/


Hala Tuju & Proses Pemilihan Anak-anak Permata Pintar


Hari ini saya menghadiri Program kempen Pencarian Bakat Permata Pintar yang dianjurkan oleh JPN dengan kerjasama  UKM di PPD Kinta Utara. Satu inisiatif yang dibuat oleh JPN Perak bagi meningkatkan peratus penyertaan anak-anak Perak yang memang cerdik  ke program Permata Pintar Kiranya ni kali kedua saya mendengar taklimat mengenainya, kali pertama di ILP Hutan Melintang bersama bersama Guru Besar untuk sekolah-sekolah SBT. Kat sekolah saya dah hampir 80% murid Tahap 2 menjalani ujian Saringan 1. Lepas ni kena kempen kat murid Tahap 1 la pulak.

Ucapan oleh En. Zulkifli bin Muhamed Mokhtar
 Pen.Pengarah Projek Khas/SBP/SKK , JPN Perak


Prof. Madya Dr Hj Mohd Arif bin Hj Ismail
Timbalan Pengarah Pusat Permata Pintar Negara
memberikan taklimat.


Cemerlang Diri, Cemerlang Peribadi, Cemerlang Sekolah dan Cemerlang JPN Perak

Saturday, April 19, 2014

TAWARAN BAHARU GURU BESAR (TBGB) 2013

TAHNIAH Guru Besar dan Seluruh Warga Marian Convent.
atas Penganugerahan Tawaran Baharu Guru Besar atau 'New Deals' bagi tahun 2013.
Alhamdulillah, bersyukur sangat dengan anugerah yang diberi.. berkat kerjasama dan komitmen semua demi meneruskan kecemerlangan sekolah dan sentiasa di puncak kegemilangan.

Saya tumpang dua kaki la atas anugerah ini. Ye la kan anugerah atas nama Guru Besar so, bila guru besar dapat, kita pun dapat. Betul tak? Berkat kesabaran, ketenangan, keprihatinan dan tanggungjawab guru besar saya yang cemerlang menjadikan sekolah saya ni sentiasa mendapat  New Deals sejak mula diperkenalkan kira dah 4 kali la. Saya baru kali ke 2 la nak merasa..hehehe.. kali pertama memang  tak merasa, kali kedua xcukup haul bertugas di sekolah ni (kurang 2 minggu), tapi ada kekawan yang memberi masa tu untuk merasa sama. Terima kasih sesangat.

Majlis Penyampaian Anugerah 2013 diadakan semalam di Pusat Konvensyen Shah Alam oleh YAB Tan Sri Muhyidin Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Malaysia. Saya tengok kat TV je..
Di Negeri Perak hanya 56 buah sekolah yang menerima anugerah TBGB.

Tahniah kepada Semua guru besar di daerah saya yang menerima anugerah;
1. SK Marian Convent, Ipoh (Pn. Hjh Rogayah Pilus)
2. SK Tarcisian Convent, Ipoh (Pn Hjh. Faridah Ahmad Rashidi)
3. SK Perempuan Methodit, Ipoh ( Datin Hjh Azian Ahmad Shaharbi)
4. SK Convent, Ipoh (Pn. Hjh Zamiyah Hassan)
5. SK Raja Perempuan, Ipoh (Pn. Rosida Mohd Sainee)
6. SK Cator Avenue, Ipoh (En. Noor Haris Dzulkifli)
7. SK Seri Ampang, Ipoh (YM Raja Zainalabidin Raja Yahaya)
8. SK Dato' Panglima Kinta (En Zul Azhar Ramlee)
9. SJKC Ave Maria Convent, Ipoh (Pn Tan Lee Ei)


APA DIA TBGB ni..
Sedikit info sebagai panduan untuk mendapat Anugerah TBGB ni..
mana tau kan satu hari jadi guru besar hehehe  tak salah kan bercita-cita besar. boleh la buat rujukan..kot-kot ada lagi TBGB masa tu...

TBGB ialah ganjaran kepada Guru Besar/ Pengetua
- Bermula tahun 2010
- Penilaian ke atas GB/P pada penghujung tahn penilaian Semasa (selepas diumumkan peperiksaan awam
- Markah SKPM diisi dalam portal oleh GB/P.

SYARAT TBGB
- Pencapaian GB di ukur sebagai SKOR KOMPOSIT
- Skor GPS (70%), Skor SKPM (30%)
- Guru Besar berkhidmat di sekolah berkenaan mekebihi 6 bulan

- Sekolah layak dinilai dan melalui Saringan apabila
   - Skor Komposit lebih 84%  (Kategori 1)
   - Ranking Lonjakan sebanyak 2050  (Kategori 2)
   - Beza  Skor komposit  -  6 3 3  (Kategori 3)

- Verifikasi ke atas sekolah berjaya saringan berdasarkan Portal NKRA. TBGB akan dilawati oleh;
   - Nazir
   - Bahagian Audit Sekolah
   - JPN/ PPD
   - AJK/ Panel Lnpt Negeri


- SYARAT DIPERAKUKAN GANJARAN GB
   - Audit Tanpa Teguran (Tahun penilaian)
   - GB bebas tindakan tatatertib
   - Lnpt GB melebihi 90%
   - Pencapaian Linus lebih 90% (bagi sek 84%)
   - Meningkat 50% dari saringan 1 (bagi sek lonjakan 2050)
   - Diperaku oleh JK Panel penilai yang dipengerusi oleh KSU KPM


Tiada TBGB kepada;
- GB baru dilantik kurang dari 6 bulan pada tahun penilaian
- GB sedang berkhidmat di sekolah baru yang belum ada peperiksaan awam
- GB akan bersara kurang 6 bulan pada tahun penilaian
- GB tiada di sekolah melebihi 6 bulan secara berterusan.

GANJARAN  
- Apabila GB mendapat ganjaran TBGB guru-gurunya juga layak mendapat ganjaran berdasarkan;
  - berkhidmat di sekolah tersebut melebihi 6 bulan.
  - Mencapai SKT/KPI mengikut LNPT dan bukan prestasi statik.
  - Bebas tindakan tatatertib
  - Tidak meninggalkan sekolah melebihi 6 bulan untuk cuti tanpa gaji, sambung belajar dsb.
  - Tidak akan bersara dalam tempoh kurang 6 bulan dalam tahun penilaian.

BENTUK GANJARAN
- Kewangan -  Guru Besar   RM7,500.00
                     5% LNPT tertinggi guru - RM1,800.00   
                     95% guru berikutnya - RM900.00
                     Kakitangan Sokongan - RM500.00


Tahniah semua. tunggu ganjaran di bank.
Semoga ia menjadi pendorong untuk terus mencemerlangkan sekolah.

Friday, April 18, 2014

Budak sekolah Saya yang selalu Happy dan Ceria

Pagi ni meronda masuk setiap kelas, ada maklumat yang diperlukan segera. 
 Lagipun Semalam tak hadir sekolah, so hari ni kena tengok setiap rupa mereka.
maaf la mengganggu sekejap PdP cikgu-cikgu ye.

Sampai di kelas ni, budak peramah ni akan bercakap xberhenti..
senyumannya tak pernah lekang, pandai pulak ambil hati..
"I love you Pn. Hindon, This is my Swan, Pn Norlaila give it to me" 
Kalau hari-hari lain berjumpa dengannya pun ayat I Love U sentiasa disebut.
 Bukan pada saya aje, cikgu-cikgu lain akan selalu menerima pujian darinya.
 Memang dah banyak berubah perangai, semasa di Tahap 1 agak hiper sikit.

Bersama 'Swan' yang dihasilkan ketika belajar PSV bersama Pn Norlaila.
Bersama Guru Bahasa Melayu Pn. Hjh Khamsiah Muda.
Masa saya masuk ni adalah waktu BM.
Senyum dan Sayang jadikan amalan seharian.

Thursday, April 17, 2014

Buat apa hari ini?

Hari ni tak pergi sekolah pun. Lenguh duduk mendengar taklimat ni dari pagi sampai petang. Sempat juga sembang bila waktu rehat dengan kekawan yang hanya dapat berjumpa bila ada program macam ni.
Bukan duduk kosong saja. Banyak juga info yang diterima. 
Balik sekolah nanti kena upgrade senarai tugas yang memang dah banyak, 
makin bertambah-bertambah kerja la... tu la tugas PK HEM (Hal Ehwal Macam-macam). Keselamatan, kesihatan, makan minum dan perangai murid nak kena jaga.
Mudah-mudahan semua tugasan dapat dilaksanakan dengan cemerlang dengan kerjasama semua pihak (guru, murid, ibu bapa dan pihak berkaitan yang terlibat - pengusaha kantin, pengawal keselamatan dan pekerja pembersihan).

Dalam apa jua keadaan MURID DIDAHULUKAN, KESELAMATAN DIUTAMAKAN. 
CEGAH SEBELUM TERJADI.

Sayangi Diri, Sayangi Sekolah.

Wednesday, April 16, 2014

Sudut Yang Ceria...cantiknya bunga-bunga tu..

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua...

Keindahan dan keriangan hati hari ini melibat bunga-bunga yang sentiasa mekar...
bunga plastik mestilah sentiasa mekar..hehehe
Hari ini memantau setiap kelas..tetiba teringat nak buat cerita bunga la hari ni.
so snap setiap gubahan bunga dalam kelas-kelas yang dilalui ni. 
Kebanyakan kelas semua ada gubahan bunga, ada yang digubah sendiri, ada juga yang dah tergubah sendiri..hehehe..almaklum la sekolah perempuan.
Eh..ada jugak la yang tak ada gubahan bunga ni...ke disimpan masa saya meronda pagi ni..
kelas sape ye..
                        
                       Hiasan meja guru kelas 4Seroja dan 4 Mawar

Bunga-bunga di Kelas 4 Kenanga

penghias meja guru Kelas 5 Seroja

Gubahan bunga di Kelas 5 Kenanga seceria guru kelasnya.


Gubahan bunga yang menceriakan Kelas 5 Cempaka

Bunga-bunga di Kelas 6 Seroja


Kelas 6 Kenanga...

Bukan dalam kelas je yang banyak bunga. Kat pejabat pun meriah jugak. Lagi-lagi ada tukang deco yang memang kreatif dan bercitarasa tinggi.
Di laluan pejabat dan ruang menunggu bagi tetamu

Simple dan Ceria di pejabat, inspirasi untuk CC Norazlina dan Kak Ros















Ok dulu la..next entri saya tunjukkan bunga-bunga di lokasi lain pulak...Nanti tak tahu nak pilih mana satu yang jadi pilihan hati..

Indahkan pandangan mata dengan bunga-bunga yang ceria dan colourful

Monday, April 14, 2014

Solat Sunat Dhuha

Assalamualaikum Semua.

Hari ni nak catat bagaimana nak buat Solat Sunat Dhuha sebagai peringatan diri dan perkongsian bersama. Bila jarang dilakukan, kekadang lupa. Insyaallah selepas ini kena luangkan juga masa sedikit. Buat cara yang paling ringkas, semoga ianya diterima juga oleh Allah swt. 

Solat Sunat Dhuha secara ringkas;

Rakaat : Boleh buat 2, 4, 6,  8,  10  atau  12 rakaat. 
Waktu :  matahari sedang naik hingga sebelum masuk waktu zohor
             (10.00 pagi atau antara 7.00 pagi hingga 1.00 pm)
"Solat Sunat Dhuha ni afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.
"Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang" (Kitab Al-Majmu,'karangan Imam Nawawi.

Rakaat Pertama:
- Niat :
 (Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala)

- Baca Al-Fatihah 
- Baca surah As-Syams (kalau belum hafal baca je surah pendek - ayat Qursi ke)

Rakaat Kedua.
- Baca Al-Fatihah
- Baca surah Addhuha (kalau xhafal surah pendek pun tak apa spt surah Al-Ikhlas)
- Tahiyyat akhir & Beri Salam


Doa
Mohon Allah murahkan rezeki kita. Berkati kerja kita.
Mohon apa saja yang baik.
Sebaiknya baca doa ini.
                     

(Allahhumma innadh dhuha A dhuha uka, Wal bahaa abaha uka,
Wal jamaala jamaluka, Wal quwwata quwwatuka, Wa qudrata qudratuka, 
  Wal ishmata ishmatuka,  
Allahuma inkaana rizqi fis samma'i  fa anzilhu, 
Wa inkaana fil ardhi fa akhrijhu,  Wa inkaana mu'asiran fayassir hu
Wa inkaana haraama fathahhirhu, Wa inkaana ba'idan fa qaribhu,  
Bihaqqi dhuha ika,  wa baha ika, 
wa jamalika, wa quwwatika, wa qudratika, 
Atini ma ataita 'ibadakash shalihin )

Maknanya:
Ya Allah,
Sesungguhnya waktu Dhuha itu DhuhaMu,
kecantikannya adalah kecantikanMu
keindahannya keindahanMu
kekuatannya kekuatanMu
kekuasaannya kekuasaanMu
dan pelindungannya perlindunganMu

Ya Allah,
Jika rezekiku masih di langit, turunkanlah 
jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah
jika haram, sucikanlah 
jika jauh, dekatkanlah

Berkat waktu dhuha, kecantikanMu, keindahanMu, 
kekuatanMu, kekuasaanMu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan
kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Link doa dhuha.
Boleh baca lanjut tentang Solat Sunat Dhuha di link ini.

Kalau hari bekerja, boleh la buat waktu rehat, 2 rakaat aje. Jangan sampai tinggalkan yang wajib untuk buat yang sunat. Ingat-ingat lah  ye.

Saturday, April 12, 2014

Program Sahsiah Unggul Murid : "Curteous Marian"

Program "Curteous Marian" adalah satu program bagi pembinaan sahsiah unggul di kalangan murid-murid SK Marian Convent. Program ini dirancang seiring dengan program kecemerlangan sahsiah Unggul Murid (SUMUR) di bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral.
Program ini akan dilaksanakan secara berterusan yang melibatkan semua guru sebagai mentor.



Matlamat Utama SUMUR ialah:
Melahirkan Murid yang memiliki Personaliti Terpuji dan boleh dicontohi oleh murid lain. 
Sentiasa mencari ilmu demi kebahagiaan dunia dan akhirat. 
Mempraktikan amalan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan.
Mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup.
Berusaha meningkatkan kepimpinan dan semangat patriotisme.

Model 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas, Murid Ceria

Program SUMUR adalah cetusan idea Menteri Pelajaran YB Dato  Seri Hishamuddin bin Tun Hussein  pada tahun 2007. Setelah dimurnikan program SUMUR telah dijadikan 4 Program Utama iaitu Program Berbudi Bahasa, Program Mutadayyin, Program Penampilan Diri danProgram Jati Diri. Pada peringkat awal Program ini lebih menumpukan kepada pelajar sekolah menengah, tetapi beberapa program telah dimurnikan dan disesuaikan dengan tahap murid sekolah rendah.


Program "Curteous Marian" lebih menumpukan kepada Program Berbudi Bahasa.
Program ini akan berjalan selama 2 bulan yang dinilai bersama oleh Mentor bagi setiap murid & kelas. Laporan penilaian akan diserah kepada penyelaras setiap 2 minggu. Maknanya 4 kali la kena buat penilaian.

Bidang yang dinilai mengikut modul yang ditetapkan iaitu ;
A  Hormat-menghormati
     - memberi ucapan dan bertegur sapa,
     - berdiri ketika bercakap dengan orang yang lebih tua.
     - menghormati pendapat orang lain.

B  Tolong Menolong
     - memberi pertolongan tanpa disuruh/dipinta.
     - memberi pertolongan tanpa mengharapkan balasan / ikhlas
     - mengambil berat terhadap orang sekeliling.
     - bersungguh-sungguh dalam memberikan bantuan.

C  Mengenag budi/membalas jasa
     - mengucapkan terima kasih di atas pemberian / pertolongan
     - memberikan tanda ingatan sempena peristiwa-peristiwa yang bermakna.
     - mendengar nasihat dan mematuhi arahan.

D  Laras Bahasa
    - menggunakan bahasa yang sopan dan lembut.
    - menggunakan intonasi suara dan gaya badan yang sesuai.
    - Bercakap perkara yang manafaat dan bermoral.
    - memanggil orang lain dengan panggilan yang mesra dan disenangi.
    - penggunaan kata-kata penghormatan yang tetap.

Pelaksanaan awal program  ini ialah pembentukan sahsiah mulia dan motivasi kepada 150 orang murid yang dicalonkan oleh semua guru kelas Tahap 2. Motivasi ini diadakan 2 hari bermula jam 1.00 hingga jam 4.00 petang.

Hari Pertama : 9 April 2014






















Hari Kedua : 10 April 2014

Amalan Senyum Menjadikan Hidup kita lebih ceria dan cergas




Selepas 2 bulan program ini akan diteruskan dengan modul seterusnya sehingga akhir sesi persekolahan tahun ini.
Aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan sahsiah murid:
1. Taklimat Sahsiah Cemerlang oleh PK HEM & Guru Bimbingan Kaunseling 2 kali sebulan.
2. LDK bersama Mentor
3. Penghargaan & Anugerah

Amalkan SMILE & GREET...
dengan SENYUMAN & SAPAAN menzahirkan kasih sayang.
5S - Senyum, sapa, salam, sopan & Sayang.

SAHSIAH CEMERLANG, AKADEMIK GEMILANG..

Friday, April 11, 2014

Kelebihan SURAH AL-FATIHAH

Assalamualaikum semua. 
Sekadar berkongsi apa yang diperolehi dikeheningan malam ini. Mencari ketenangan jiwa...
Menyucikan minda dan memuhasabahkan diri...siapalah saya sebenarnya...

Ketika hati dilanda gundah, Ketika diri dalam kerisauan,
Di kala fikiran buntu mencari penyelesaian, Di saat tercari-cari jalan ketenangan.

Menenangkan jiwa dengan Al-FATIHAH 

Ayat 1: "Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi maha Penyayang"
Ayat 2: " Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta alam"
Ayat 3: "Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Ayat 4: "Yang menguasai hari pembalasan"
Ayat 5: "Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah
              kami mohon pertolongan"
Ayat 6: "Tunjukilah kami jalan yang lurus"
Ayat 7: :"(yaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, 
               bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat"


Jom Amalkan membaca Surah Al-Fatihah...
Ayatnya pendek dan lazim kita baca, pasti semua dah hafal..insyaallah...
paling tidak sehari 17 kali kita baca.

1: Sebelum tidur - 
    bacalah Surah Al-Fatihah diikuti surah Al-Ikhlas 3x, surah Al-Falaq dan surah An-Nas
    Insyaallah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan.

2: Antara Solat Sunat & Solat Maghrib - bacalah 40x surah Al-Fatihah.
    untuk memohon sesuatu yang baik daripada Allah swt, Insyaallah hajat akan termakbul

3:. Selepas Setiap Solat Fardhu 5 waktu - bacalah 20x surah Al-Fatihah
    Insyaallah orang yang mengamalkannya akan dihindari daripada kesusahan hidup 

4:  Antara Solat sunat Subuh danSolat Fardhu Subuh - 41xAl-Fatihah
     Insyaallah akan termakbul apa yang diingini, mampu melangsaikan hutang,sembuh daripada            penyakit, mendapat anak yang soleh & akan disenangi orang apabila bertemunya.

5:  Selepas Solat Subuh - baca 125x Al-Fatihah
    Insyaallah akan dipertemukan apa yang dicari
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan 
              rahsianya, supaya dimudahkan bagiku semua urusanku, sama ada urusan dunia atau urusan 
              akirat, supaya dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku..........."

6: Tengah malam (waktu sahur) - baca Al-Fatihah 41x
    Insyaallah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan.
          "Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan        
            rahsianya, supaya Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmatMu, kurnia-Mu dan rezeki-Mu
            Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak lagi berkat 
            tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas setiap 
            sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahsianya, berikan apa 
            yang kuhajati........"


Surah Al-fatihah juga berkhasiat untuk menjadi penawar kepada penyakit. 
Insyaalah dengan keyakinan kebesaran Allah setiap penyakit akan beransur sembuh.

1. Air Penawar (demam panas)- Baca Al-Fatihah 40x pada bekas berisi air kosong.
     Usapkan air tersebut pada muka, kepala, kedua belah tangan, kedua belah kaki dan seluruh badan, lalu 
     diminum. Insyaallah akan sembuh.

2. Sengatan Kala - Baca surah Al-Fatihah 7x pada bekas berisi air dan sedikit garam
    Beri minum pada orang yang tersengat kala. Insyaallah ia akan sembuh.

3. Sakit gigi - letak jari pada tempat yang sakit dan baca Al-Fatihah 7x
    
Waallaulam

Mohonlah hanya pada Allah,  bukan selain daripadaNya.
Hanya ketenangan memberi kesabaran dan kekuatan iman.
Yakin dan pasrah pada Allah swt.

Semoga Allah makbulkan segala yang dipohon.
Amin, Amin Ya Rabbil Alamin

Boleh layari link d bawah untuk berkongsi maklumat.:
http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/fadhilatdankhasiatalfatihah.htm
http://panahanmatamu.blogspot.com/2013/01/kelebihan-membaca-dan-mengamalkan-surah.html

Thursday, April 10, 2014

Lawatan Penanda Aras PPD & Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan

Alhamdulillah hari ini menerima tetamu lagi seramai 60 orang yang terdiri pegawai PPD dan guru besar Daerah Kinta Selatan yang sampai seawal jam 8.30 pagi seperti yang dijanjikan. Harap semua tetamu mendapat maklumat dan berkongsi ilmu yang ada. Keramahan mereka lebih memesrakan hubungan dan majlis berjalan lancar. Sebelum ini Daerah Kinta Selatan dan Kinta Utara bersama dalam satu pentadbiran PPD Daerah Kinta. Kira adik beradik la kami ni. Jadi ada di antara kami saling mengenali.
Bersama tetamu Penanda Aras  dari PPD dan Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan, Perak

















Menandatangani  Buku Pelawat dan Minum pagi

 Persembahan Choral Speaking

Ucapan dan Taklimat.
Kena beri taklimat tentang Amalan Terbaik Marian dan Kak Pah pula kena beri taklimat kecemerlangan akademik dan ucapan aluan bagi pihak sekolah sebab Guru Besar saya tiada bersama kerana sedang berkursus di Institiut Aminudin Baki Genting Highland.

Selesai sesi taklimat, semua tetamu mencari maklumat mengikut tugasan yang diberi oleh penyelaras lawatan mereka. Ada yang ke Bilik Seri Gemilang untuk melihat fail, ke bilik guru, pejabat, bilik-bilik khas (bilik kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah), persekitaran sekolah dan saya sempat bersama pegawai PPD dan YDP MGB melawat kelas pembelajaran.
Pegawai PPD, Yang DiPertua dan SU MGB ke kelas peembelajaran menggunakan chrome book.

Makan tengah hari dan penyerahan cenderahati kepada tetamu sebagai tanda ingatan.
 Sambil menikmati hidangan, tayangan slaid powerpoint tentang latar belakang dan kejayaan sekolah sebagai panduan penyediaan powerpoint untuk pemantauan nazir ke arah
Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi

Nak jugak pose kenangan bersama mereka,
 Penyelia Cemerlang PPD Kinta Selatan, sebelum ini pernah bertugas
di Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak - En. Mior Khir b. Hj Ghazali, 
kenalan lama di SK Rapat Setia- En Safaruddin dan
 guru besar yang peramah dan mesra.


Sempat jugak berposing-posing ni. hihihi.... Acara wajib tau..

Acara rasmi selesai pada jam 12.30 tengah hari, tetapi beberapa kumpulan guru besar ini membuat perbincangan dan taklimat bagi menyelesaikan tugasan masing-masing. Ruang dan peluang diberikan kepada mereka berada di Dewan Gemilang sehingga selesai misi lawatan mereka. Semoga ada di antara sekolah-sekolah ini yang akan mendapat pengiktirafan SKK atau SBT di masa hadapan. Mudah-mudahan bertambah bilangan sekolah  SKK dan SBT di Negeri Perak. Amin.

Terima kasih atas kunjung anda semua.