Saturday, March 29, 2014

Demam Denggi : Jus daun betik Penawar yang mujarab

Assalamualaikum n selamat  sejahtera semua...

CUTI SEKOLAH dah di penghujungnya, demam anak belum kebah lagi..issh cam mana ni.. Mudah-mudahan cepat sembuh la, bila dah mula sekolah nanti kena tambah cuti lagi le..
tu yang tak nak
Redho dengan ketentuan IIlahi. Dah 10  hari Ainny demam. 
Allah beri kemudahan untuk saya menguruskan anak yang demam sepanjang cuti sekolah ni, so sepanjang minggu ni dok temankan anak baring je depan tv, lap badan, jelum kepala, sebelah pagi berulang ke klinik ..5 hari berturut2, Esok kena pergi lagi. Harap-harap itu yang terakhir,
kesian Ainny. berselang lengan kena cucuk untuk ambil darah

 Nak kongsi pengalaman n beri petua, sekadar berkongsi2 maklumat yang dapat dan alami sendiri. First time merawat orang suspect demam denggi.

Dua hari Ainny demam kat sekolah. (Ainny ni dok asrama).
Tak kabo pun kat cikgunya.  Tu la perangai dia, bukan nak minta tolong kat orang lain.
Apa-apa pun terima kasih la pada kekawan Ainny yang buh 'cool fever' malam tu ye.
Last day sekolah ambil bawa balik..memang panas badannya. Dok kat umah 2 hari pun xnak pergi jumpa doktor.. dok ingat demam biasa je, ubat pun takut nak makan. lap badan dan jelum kepala je
ingat antibody kuat...sebab Ainny ni minum susu ibu je masa kecik. agaknya antibody dah lemah, ye la dah berbelas tahun..hehehe . Makan pun tak lalu,  badan pun dah tak larat ...akhirnya paksa jugak bawa g klinik...

Hari pertama jumpa doktor...suhu badanya 38oC, (ni hari ke-6 demam)
Esok kena datang lagi, check darah lagi, kata doktor. Sebelum ke klinik kekawan dah kabo takut denggi, suh check darah. bila doktor kata esok kena check darah lagi, dah tersentap juga hati ni..
tapi belum confirm. hati ni ok lagi. Kat umah makan ubat yang diberi je.

Hari ke dua ke klinik, tengok result darah xfaham apa. Jumpa doktor.... tunjuk result darah, check suhu badan 39.3oC, platlet 139.. platlet yang normal 150 ke atas.
terus diberi kad merah...Rekod Pemantauan PESAKIT DENGGI..
esok datang lagi, baca arahan belakang kad ni. Ikut apa yang disuruh.. platlet darah kurang, banyakkan minum air...itu la kata doktor..
hari tu bagi MINUM 100 PLUS je... tu pun payah nak minum
Kebetulan hari ni ada dokumentari di TV1 tentang DENGGI... antara penawarnya banyakkan minum air, air isotonik, sup ketam dan paling mujarab jus daun betik..
tapi bila kata pahit anak tak nak...biarkan dulu.

Hari ketiga...dah tahu prosedur, lepas daftar terus ambik darah n tengok result muka saya pun berubah, kesian anak aku.. platlet darah makin turun 116..confirm denggi ni, hati dah risau, kalau kena admit ni lagi kesian kat Ainny.
Jumpa doktor check suhu badan 37.8 , masih demam. BP pula 88/60. Soalan yang sama doktor tanya, ada muntah tak, cirit ke, sakit kepala, badan sengal-sengal, sendi sakit, gosok gigi keluar darah tak?
OK kita masuk air,kalau tekanan darah masih rendah, pergi hospital.
Dua jam dok kat klinik tu, tunggu sampai air dalam tiub tu habis.Alhamdulillah BP ok, xperlu ke hospital...esok datang check darah lagi ye.
Hari ni penawarnya SUP KETAM....pun xnak makan, xlalu katanya. paksa2 gak tapi xbanyak mana pun makannya..hehehe emaknya yang makan banyak.

Hari keempat, ingatkan dah ok...platlet 134,
dah bertambah tapi masih di bawah 150..hummmm, Suhu badan masih 38oC.
  Esok kena ambil darah lagi la, tengok naik ke turun. lagi pun masih demam. Tu la kata doktor
Tak boleh jadi ni, seacrh google cari penawar (walhal dah tau, cuma nak confirmkan)

Jom share:
 Tips & Petua  Merawat Demam Denggi 
>minum air suam / air masak<
*minum air banyak², kalu kene tahan wad pun depa akan masukkan air juga dalam badan kan
>sup ketam<
*xkisah la ketam nipah ke ketam laut ke masak sup kemudian makan dan hirup kuah sup ketam tu.

>jus daun betik<
*Dapatkan daun pokok betik yang matang dan bersihkan daun itu. Kemudian tumbuk daun itu dan perah untuk dapatkan jusnya. Minum satu sudu kecil jus itu.(Saya nasihatkan jangan campur dengan air, kerana jus itu sangat pahit. Lebih senang minum satu camca kecil daripada segelas air yang pahit).

>jus buah kiwi<
 *blend buah kiwi fresh kemudian minum jusnya
>jus kurma<
*blend kurma 10 - 20  biji besama segelas air suam, bagi minum setengah gelas pagi,setengah gelas ptg.setiap hari sehingga sembuh.

>jus jambu<
*khasiat air jambu boleh melawan radikal bebas

>jus pegaga<
*blend pegaga fresh kemudian minum jusnya 

>tembikai merah<
*makan tembikai merah banyak2.. wah, best lah petua ni.. sebab mmg suka tembikai

Nak maklumat lanjut tengok link ni:


Ok ikut urutan petua tu, confirm kena paksa minum jus daun betik.
 (kosnya kira xde, cuma ucapan terima kasih pada tuan punya pokok)
Selepas tu saya ke sekolah..nak cari daun betik, Eh ada ke pokok betik kat sekolah tu.
 Sebenarnya rindu kat sekolah. Mana ada pokok betik, pokok pisang ngan pokok kelapa ada la. Hanya bawa balik ulam raja je. Nak cari anak pokok betik, tanam kat sekolah. kat rumah sendiri xde tanah dah. Dok kat dapur, terpandang pokok betik kat rumah jiran belakang dapur tu.  Minta la dengan jiran tu....petik 2 helai (sebenarnya sehelai pun cukup  boleh dapat 5 sudu besar)

Saya tumbuk sendiri, air tangan ibu lebih baik kan..orang kata buang urat daun, saya tumbuk semua sekali (lupa)..cuci bersih-bersih daunya, siat-siatkan n tumbuk la 2 atau 3 kali sebab lesungnya kecil. Lepas tumbuk, perah aje dengan tangan sendiri dalam penapis, Jangan campur air langsung. Dapat yang betul2 pati....baunya pun dah terasa pahit.., Ni la penawar mujarab tu..

pokok betik kat rumah jiran belakang dapur.
Ambik daun je, buahnya belum matang lagi.


Nak tau bagaimana rupa muka Ainny... memang payah makan ubat..sebelum telan 2 susu besar jus daun betik, kena standby benda makan yang boleh bantu hilangkan pahitnya...Ainny makan roti bakar, air milo n 100plus.  Masa nak minum tu tutup hidung dan mata supaya tiada gangguan emosi dengan bau pahitnya yang memang terasa sangat...memang pahit......pahit kan ubat.(dalam petua yang dibaca 1 sudu je, tapi saya beri 2, konon nak cepat baik la kan, alhamdulillah xde effect apa)

OPsss  sambung cerita jumpa doktor hari kelima: terkejut tengok resultnya platlet 180 
mendadak naik ....alhamdulillah. (effect minum 2 sudu jus daun betik tu kot)
Tapi suhu badan Ainny masih tinggi  38oC.
Esok kita check lagi sebab masih demam.....doktor beri lagi paracetamol n ubat batuk.
Hari ni beri jugak 1 susu besar jus daun betik (stok semalam).
Harap esok kali terakhir, sebab esok pun dah hari terakhir cuti sekolah...

Semoga Ainny cepat sembuh. Amin. Rindukan kakak Ainny jugak.              


p/s:
Jika tak sihat jangan tunggu lama untuk berjumpa doktor.
Makan ubat ikut sukatan yang betul.
Amalkan banyak minum air kosong.
Selepas berusaha, berdoa, lepas tu baru tawakkal.

Wednesday, March 26, 2014

Rabbi Yassir, Wala Tu'assir

                         
Hanya padaMu Ya Allah aku berserah. 
Berikanlah aku kekuatan dan kesabaran menghadapi ujianMu ini.

Tuesday, March 25, 2014

Program 'REACH FOR THE STARS"

Tarikh  :    24 Mac hingga 26 Mac  2014
Tempat :    Hotel Seri Malaysia, Ipoh
Peserta :   Calon UPSR 2014 (Semua murid Tahun 6 seramai 120 orang)
Perasmi:  Yang Berhormat Dr. Haji Muhammad Amin bin Zakaria
                   Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau,
                   Negeri Perak.
Turut Hadir: 1. Tuan Haji Rasdi bin Ariffin - Penyelia Cemerlang
                            Unit Jaminan Kualiti, Jabatan Pelajaran Perak
                       2.  En. Kamaruddin bin Ismail
                            Penolong PPD Perhubungan, PPD Kinta Utara


    
Objektif program:
1. Melahirkan calon yang berkeyakinan dan berkebolehan mencapai sasaran dalam UPSR.
2. Murid dapat belajar dalam kumpulan secara berkesan dalam dan luar bilik darjah.
3. Untuk mencapai sasaran 100% lulus yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan PPD Kinta Utara seiring dengan matlamat nasional.
4. Melahirkan rasa akrab dan perkongsian antara murid dan guru.
5. Meningkatkan mutu pembelajaran murid dan kaedah menjawab dengan 'High Order Thinking Skills' dalam pencapaian yang optimum.

Rasional:
1. Memberikan peluang kepada murid untuk meningkatkan potensi diri dan bermotivasi dalam menghadapi persediaan UPSR.
2. Memberikan pendedahan tentang kaedah bimbingan ke arah kejayaan murid-murid.
3. Memberi peluang murid-murid untuk berinteraksi dan berkongsi idea.
4. Memberikan pendedahan tentang rangsangan dan dorongan terbaik ke arah kejayaan murid-murid berfikir di luar kotak.
  
Pengisian Program:
1.  Majlis Perasmian
2.  Motivasi Diri - 'RECALL'
3.  Teknik Menjawab bagi 5 kertas utama.
4.  Riadah 
5.  Motivasi Sahsiah Diri
6.  Permainan Minda & Refleksi

Slot 1 yang sempat dirakam..
 

Saturday, March 22, 2014

Majlis Tadarus Al-Quran Peringkat Daerah Kinta Utara

Assalamualaikum wbt.
Hari ini sekolah saya menjadi tuan rumah majlis ini. Alhamdulillah semoga kehadiran mereka menambah rezeki kepada sekolah saya, kali ini menerima kunjungan ustaz-ustaz dan ustazah-ustazah dan anak-anak di daerah Kinta Utara. Ramai juga ibu bapa dan sanak saudara peserta yang hadir. Terima kasih semua.



Kategori Pertandingan Lelaki dan Perempuan

1. Tilawah
2. Hafazan
3. Bercerita Sirah Nabi
4. Tulisan Khat
5. Nasyid

Lokasi pertandingan pun dah disusun atur oleh Jawatankuasa persiapan yang ditugaskan kepada sekolah-sekolah yang berhampiran. Kerjasama menjayakan majlis.
Bilik Gerakan Seri Gemilang sebagai bilik operasi.

Selaku tuan rumah, sekolah saya dipertanggungjawabkan menyiap dan menghias dewan sebagai tempat pertandingan nasyid dan majlis perasmian penutup.

Selesai tugas yang perlu, sempat la rehat-rehatkan diri dan minda mendengar alunan suara anak-anak bernasyid. Semua ada 12 pasukan tapi cuma sempat tengok yang ini aje..


Sempat jugak bersama mereka..
                    

Pegawai-pegawai PPD , Ustaz Rahim b. Mohd Yunus dan Ustaz Mohd Faisal b. Mohd Yusuf yang bertanggungjawab dan banyak membantu bersama JK Keputusan sedang menyiapkan  keputusan rasmi.

Terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan majlis.
Tahniah kepada yang berjaya. Semoga terus berjaya di peringkat Negeri dan mengharumkan nama daerah Kinta Utara.

Friday, March 21, 2014

Cerita-cerita hari ini..

Lip lap lip lap, siang berganti malam, malam berganti siang, sedar tak sedar rupanya dah 14 hari pencarian MH370, namun masih belum ditemui.  Dari laut Cina Selatan ke Selat Melaka dan Lautan Andaman, hari ini ke Lautan Hindi di kawasan jarak sekitar 2,500km  dari  Perth Australia kata ditemui serpihan aircraft tu. Tapi sehingga saat ini belum dapat dipastikan sama ada serpihan itu milik MH370 ke bukan. Ya Allah permudahkan segala urusan pencarian ini, dan tunjukkan segala kebenarannya. Semoga semua sanak saudara kru dan penumpang MH370 bersabar dan tabah menghadapi ketentuan Illahi.

Dan hari ni juga last day untuk minggu ini, hari apa..hari Jumaat la kan. Ooo minggu depan dah start cuti seminggu - cuti pertengahan penggal 1. Eh Cikgu Cuti ke? hahaha.. tak ada maknanya cuti tu..jadual dah tersusun.  Esok ada majlis kat sekolah, next week pun ada program dan tugas yang perlu diselesaikan...so hari ni sibuk la wat persiapan...
Dalam sibuk-sibuk tu sempat la adik kakak ni mengadakan majlis untuk diri sendiri.... hahaha.. siapa lagi orang yang sibuk dan suka menyibuk ni.. tumpang rezeki ye.
Untuk adik kakak....hanya seuntai doa kuberi pada kalian, semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan tugas, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan boleh buat majlis lagi. Perkenanlah.

Eh siapa pulak tu, tetiba ada jejaka sedondon tu..cikgu baru ke? hahaha tak sangka pulak sama bulan lahirnya dengan akak2 tu. Guru pelatih IPG Kampus Ipoh buat Latihan ROS,  pandai dia bawa diri, pandai menyesuai dan meramahkan diri dengan suasana sekolah. Ringan tulang.

                    Alhamdulillah hari ni pun dapat selesaikan projek yang tertangguh ni. 
Terima kasih bebanyak ye nak.. .hehehe pangkat anak tu, boleh buat menantu ni.
Tak sempat selesai, ada projek lain pulak dengan pihak UTP, memang dah janji nak jumpa. Ha tinggal la si Azfizal tu siapkan seorang2. Hampir 45 minit,  baru perbincangan selesai dengan 2 orang staf dari UTP....tapi itu baru langkah pertama, Jalinan ini akan berterusan sehingga projek ini berjaya. Projek apa...tunggu!!! Apa-apa pun semua untuk sekolah.

Selesai semua tu, baru sempat nak meraikan si baju pink tu..tiba waktu rehat
makan sekadarnya aje.  kek tu suka wat posing je. sedap ke? tak sempat nak rasa.
tapi dapat la rasa nasi dagang, pulut hijau, kuih cara, nasi impit kuah kacang,
tahu sumbat, yg sukanya cocktail, n tembikai susu, Mee bandung second round baru rasa.

Dah puas makan, barula g ronda sekolah, tengok apa yang patut, tolong2 sikit bahagian persiapan untuk majlis esok. Tapi terlupa lak nak snap semua tempat tu tadi. Esok pagi2 la,
 Ni je yang sempat dirakam. Persiapan tempat oleh guru-guru SK Pakatan Jaya.

Last cerita hari ni...first time hadiri mesyuarat Agung PIBG sekolah anak bongsu saya dan terus ambil balik dari asrama. Pergi dengan cik abang....sabarnya cik abang saya hari ni, hehehe.
Hampir 12 jam saya dok kat sekolah hari ni... 8 jam setengah kat SKMC, 2 jam setengah kat RPS...Itulah dunia saya dan sekolah
Ok..jumpa lagi esok kat sekolah saya. 

Thursday, March 20, 2014

Zon Iklim Dunia - Kajian Tempatan Tahun 5


A.  ZON PANAS
1.  Terletak di antara  garis lintang 30 darjah Utaras dan 30 darjah Selatan.
2.  Ciri Iklim  -  panas dan kering sepanjang tahun.
                    -  siang sangat panas, malam terlalu sejuk
                    -  suhunya 32 darjah Celcius - 40 darjah Celcius
                    -  hujan tahunan kurang 250mm
3. Kawasan gurun panas - Gurun Sahara, Gurun Arab dan Gurun Atacama


B. ZON SEDERHANA PANAS
1. Ciri Iklim - musim panas sederhana panas dan kering.
                  - suhunya 21 - 24 darjah Celcius
                  - Musim sejuk sederhana sejuk dan lembap (10 darjah Celcius)
                  - hujan tahunan 600 -800 mm
2. Kawasan - Pantai Mediterranean dan California Tengah


C ZON SEDERHANA SEJUK
1. Ciri Iklim - Musim panas pendek dan sederhana panas
                  - Suhunya 18 - 21 darjah Celcius
                  - Musim sejuknya panjang, suhunya  -17 darjah Celcius
                  - Hujan turun dalam bentuk sajli
2. Mengalami 4 musim - Musim panas, musim luruh, musim sejuk dan musim bunga.
3. Contoh kawasan - Utara China dan Kanada


D  ZON SEJUK
1. Ciri Iklim - sejuk sepanjang tahun
                  - Suhu musim panas 10 darjah Celcius, selama 3 bulan sahaja.
                  - Musim sejuknya panjang, suhunya -45 darjah Celcius.
                  - hujan turun dalam bentuk sajli
2. Contoh kawasan - Greenland, Iceland dan Antartika


Faktor Yang Mempengaruhi Cuaca dan Iklim Dunia

1. Kedudukan (Hemisfera)
    a) Hemisfera Utara terletak dari Garisan 0 darjah ke 90 darjah Utara.
    b) Hemisfera Selatan terletak dari Garisan 0 ke 90 darjah Selatan
    c) suhu menjadi lebih rendah apabila garisan lintang semakin tinggi.


2. Penerimaan Cahaya Matahari (Tenaga Suria)
    a) Kawasan yang menerima cahaya matahari secara tegak. Tumpuan haba ke kawasan ini lebih
        kecil menyebabkan suhunya lebih tinggi. (Kawasan A)
    b) Kawasan yang menerima cahaya yang tersebar, suhu kawasan ini lebih rendah. (kawasan B)

                    

3. Arus Kelautan
    a) Arus laut panas dapat menyerdahanakan suhu di kawasan sejuk.
    b) Arus lautan yang sejuk dapat merendahkan suhu di kawasan yang sejuk.

                           

4. Arah Tiupan Angin
   a) Angin bertiup dari lautan ke daratan merupakan angin lembap. Angin lembap membwa banyak  hujan ke daratan. Angin Monsun Barat Daya merupakan angin yang lembap.
   b) Angin yang bertiup dari daratan kurang mengandungi air. Hujan kurang di kawasan yang menerima tiupan angin monsun ini. Angin Monsun Barat Laut merupakan angin yang kering.


Angin Monsun dari laut

Angin Monsun dari darat

#Buat nota anda dalam bentuk Peta  i-THINK.
   Apakah bentuk peta i-THINK yang sesuai?

Monday, March 17, 2014

Iklim dan Cuaca Malaysia

Malaysia mengalami iklim Khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun.

A/ Suhu
1. Malaysia menerima pancaran matahari sepanjang tahun. Oleh itu suhu di negara kita adalah tinggi    dan hampir sekata sepanjang tahun. Purata suhu tahunan negara kita ialah 27 darjah Celcius.
2. Suhu dibaca dengan menggunakan jangka suhu.
3. Bacaan suhu berbeza antara tanah tinggi dan tanah pamah.

B/ Angin
1. Angin merupakan kumpulan udara yang bergerak.
2. Dua jenis angin utama bertiup di Malaysia.
    i.  Angin Monsun Timur Laut
        Bertiup dari bulan November hingga bulan Mac ke arah Pantai Timur Semenanjung Malaysia
        dan Timur Johor dan Sabah.
   ii.  Angin Monsun Barat Daya
        Bertiup dari bulan Mei hingga September.

C/ Hujan
1. Malaysia menerima hujan lebat sepanjang tahun melebihi 2600mm setahun.
2. Kawasan paling lebat menerima hujan ialah Bukit Larut di Perak dan paling sedikit menerima
    hujan ialah Jelebu di Negeri Sembilan.

Info Tambahan:  
Negara yang mengalami Iklim Khatulistiwa  seperti Malaysia ialah Indonesia, Brazil dan Nilgeria keranan kedudukannya sama berada di Kawasan Garisan Khatulistiwa.
Sila lihat peta dunia, senaraikan 3 negara lain yang mempunyai iklim Khatulistiwa.




Faktor yang mempengaruhi  Iklim di Malaysia
1. Kedudukan
    a) hampir dengan Garisan Khatulistiwa
    b) semakin jauh dari Kawasan Khatulistiwa suhu semakin kurang.

2. Angin dan Hujan
    a) Arus kelautan - arus lautan panas akan meninggikan suhu, manakala arus lautan sejuk akan             merendahkan suhu.
    b) Arah tiupan angin monsun - hujan lebat akan berlaku di kawasan menghadap angin yang
        bertiup dari laut.

3. Ketinggian
    a) Semakin tinggi sesuatu tempat, suhunya semakin rendah.

4. Kepulauan
     a) Pulau ialah kawasan daratan yang dikelilingi laut.
     b) Suhu di pulau lebih rendah  kerana disederhanakan oleh air.
     c) Kawasan jauh dari pinggir laut, suhunya akan lebih tinggi.

Fikir Sejenak:
Mengapakah suhu rendah di Cameron Highland?


Pengaruh Iklim Terhadap Kegiatan Ekonomi Penduduk

1. Pertanian
    Hujan yang banyak sepanjang tahun menyuburkan pelbagai jenis tanaman di Malaysia seperti padi, getah dan kelapa sawit. Penanam padi sesuai ditanam pada waktu hujan kerana memerlukan banyak air. Pokok getah hanya boleh ditoreh pada waktu panas.
                        
?? Mengapa getah tidak boleh ditoreh sewaktu hujan.

2. Perikanan
    Nelayan turun ke laut semasa laut tenang. Nelayan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia dapat turun ke laut sepanjang tahun tetapi nelayan di Pantai Timur tidak boleh menangkap ikan semasa musim tengkujuh iaitu ketika angin monsun Timur Laut bertiup. Musim tengkujuh nelayan akan membaiki bot dan menjahit pukat atau jala  yang rosak.
                                  

3.  Pelancongan
     Cuaca panas dan lembap menggalakkan  kedatangan pelancong ke Malaysia. Banyak pantai yang cantik dan bersih menjadi pusat pelancongan seperti Pantai Batu Buruk di Terengganu dan Pulau Langkawi di Kedah.

4.  Pembalakan
     Malaysia banyak kawasan pembalakan. Cuaca panas dan lembap menyuburkan pokok-pokok sengal, meranti, keruing dan merbau. Kegiatan menebang balak mudah dijalankan jika hari tidak hujan.    
                                     


Bencana Alam

1. Banjir
    Hujan yang turun dalam masa yang panjang boleh mengakibatkan banjir kerana air sungai melimpahi tebing.  Kejadian banjir mengakibatkan kerosakan harta benda, tanaman, ternakan dan kadang kala menyebabkan kehilangan nyawa.
      
                                   

2. Tiupan angin kencang menyebabkan rumah  dan harta benda rosak teruk.

                                  


#Nota untuk Kajian Tempatan Tahun 5

Sunday, March 16, 2014

Air mata: Sedih atau gembira

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua..
Selamat bercuti di hujung minggu. 
Rilek-rilek hujung minggu sambil melayari laman web terjumpa la entri ni. Nak berkongsi maklumat dengan yang singgah di sini.

Hati ni memang cepat terasa sebak bila melihat orang lain menangis. Tengok cerita sedih pun boleh mengalir sendiri. Lebih-lebih lagi kalau layan cerita cinta, hehehe. Mudahnya air mata ni mengalir. Anak-anakku jangan menangis, nanti mak akan menangis..
Air mata ni ada berjenis-jenis dan khasiat rupanya. . 

Jenis air mata #1:
Air mata Basal. Ia berfungsi untuk menjadi pelincir kepada bola mata untuk bergerak secara teratur.

Jenis air mata #2:
Air mata Reflek. Ia akan hanya terhasil apabila tindak balas oleh benda yang membuat mata rasa terganggu. Contohnya seperti habuk, bawang dan sebagainya.

Jenis air mata #3:
Air mata Emosi. Air mata ini akan mengalir apabila kita dalam keadaan yang mempunyai emosi seperti gembira, sedih malah ketawa. Air mata ini mempunyai khasiat.
Wah! menangis pun ada khasiatkan. Indah ciptaanNya.

Khasiatnya adalah zat Magan dan hormon prolaktin yang tinggi semasa menangis.
Apabila kita menagis dalam keadaan emosi yang sedih, gembira ataupun ketawa, khasiat dan hormon tersebut membantu menstabilkan atau meredakan tubuh badan.

Jom berkongsi banyak maklumat tentang anak-anak di : http://www.liyanamalek.com/

Menangis dapat meredakan perasaan sedih yang terbuku di hati.
Teteskan airmata di bawah pancuran air (shower)..
Alirkan kesedihan bersamanya.

Saturday, March 15, 2014

PIBG Sesi 2014/2015

Mesyuarat dan pelantikan Ahli Jawatankuasa selesai hari ni. Diharapkan AJK Sesi 2014/2015 akan lebih menumpukan program ke arah memantapkan kecemerlangan sekolah menjadi antara 10 sekolah terbaik di kalangan Sekolah Berprestasi Tinggi dan membantu dalam membangunkan prasarana sekolah serta penglibatan murid ke peringkat antarabangsa. 















Tahniah kepada kepada AJK baharu.
Terima kasih atas khidmat dan sokongan AJK lama.

Friday, March 14, 2014

Taklimat Guru SPBT Daerah Kinta Utara

Alhamdulillah tiga hari program yang dianjurkan oleh Unit HEM PPD Kinta Utara di sekolah saya selesai. Terima kasih kerana sudi menjadikan sekolah saya sebagai tempat untuk memberikan taklimat Skim Pinjaman Buku Teks Daerah Kinta. Berkongsi apa yang ada. Terima kasih semua cikgu-cikgu yang hadir ke sekolah saya. 

11 Mac 2014 - Guru-guru SPBT Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara

12 Mac 2014 - Guru-guru SPBT Sekolah Kebangsaan Daerah Kinta Utara
13 Mac 2014 - Guru-guru SPBT SJK(C) dan SJK(T) Daerah Kinta Utara




Bagi pihak sekolah saya memohon maaf atas kekurangan yang ada terutama dewan yang tak ada aircond lagi, so terasa la hangatnya, tambah dengan cuaca panas sekarang. Parking pulak jauh sikit dari sekolah. Begitulah keadaan sekolah saya yang terlalu istimewa untuk ibu bapa yang diberi ruang untuk mengambil dan menurunkan anak hampir dengan kelas. Jadi bila ada apa program pihak luar di sekolah saya terpaksa la parking agak jauh.
Terima kasih semua cikgu-cikgu.

Thursday, March 13, 2014

Aku dan bunga-bunga

Seronoknya dapat bunga. 
            Aku punya.......                           ...eh kita punya.....                   ...dia punya..Selamat Hari Lahir Cikgu Zura









Bunga-bunga di Taman Orkidku


Bunga baru menghiasi anjung sekolahku..
 


Semoga terus hidup subur, bagi menyambut kehadiran warga
Marian dan tetamu dengan kecerian dan semangat merahmu.
Terima kasih PK KK beri sumbangan ni.


Bunga-bunga yang mengharum di halaman sekolah.
Pagi tu sampai awal kat sekolah, tetiba terhidu haruman tu, berderau jugak hati ni apalah yang wangi sangat ni. Setelah agak siang, pergi la semula ke tempat parking tu, rupanya haruman bunga yang sedang mekar..memang wangi. CC saya selalu petik dan letak dalam pejabat. Bunga yang putih tu memang wangi sangat. Nak jadikan  'Fragrance Garden' kat kawasan ni. Perlukan pokok haruman lain di taman ni. Sesiapa nak beri sumbangan pokok haruman amat dialu-alukan.









Tak sempat nak edit bunga-bunga yang lain... nanti cerita kat entri akan datang la ye.

Wednesday, March 12, 2014

Saya suka pergi ke sekolah

Dalam sibuk mencari bahan assigment, terjumpa blog ni yang mungkin boleh dikongsi bersama..
Ada pulak kaitan dengan laman saya ni kan...
Kepada semua ibu bapa dorongan dan kata semangat penting untuk anak-anak seronok ke sekolah. Hubungan baik antara guru dan ibu bapa juga akan memberikan kejayaan yang cemerlang kepada anak-anak. Insyaallah.




5 Kunci Kejayaan Anak-Anak Pergi Ke Sekolah:

1. Sentiasa beri pesanan pada kanak-kanak.
Pesan pada setiap hari Jumaat selepas balik sekolah bahawa Isnin hari sekolah. Jumpa kawan-kawan dan berlajar supaya boleh jadi pandai, kaya, dan duduk dengan ibu ayah.

2. Jadi 'Spy' kepada anak-anak.
Tanya pada guru di sekolah apa yang dilakukan oleh anak kita. Bagaimana prestasi sikap, pergaulan dan cara komunikasi anak-anak. Ini untuk melihat perkembangan anak-anak dari segi emosi, tenaga dan tindakan anak-anak. Jika perlu, datang ke sekolah anak-anak sesekali tanpa memberitahu mereka. Kita boleh menghubungi pihak sekolah dari semasa ke semasa.

3. Berikan pujian kepada mereka.
Kanak-kanak suka kepada pujian oleh guru dan kawan-kawan serta ibu bapa mereka. Kanak-kanak lagi suka dan berbungga hati mereka apabila kita memuji mereka depan guru-guru atau kawan-kawan. Ini memberi inspirasi kepada anak-anak untuk sentiasa pergi ke sekolah.

4. Murahkan pelukan dan ciuman kepada anak-anak.
Sentiasa peluk dan cium anak-anak kita sebelum hantar mereka ke sekolah. Malah, apabila mereka pulang dari rumah, peluk dan cium mereka. Jadikan ia sebagai satu 'habit' atau perkara wajib yang mesti dilakukan bersama anak-anak. Ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menjadi seorang yang berdikari tetapi pada masa yang sama mereka dapat merasai kita dekat dengan mereka.

5. Jadi pendengar yang baik kepada anak-anak.
Cari jalan supaya anak-anak boleh bercerita dan meluahkan segala isi hati mereka di sekolah kepada kita. Ini membantu kita untuk sentiasa memahami dan mengetahui setiap perkembangan anak-anak yang berlaku ketika di sekolah.

Banyak lagi info berkaitan dengan anak-anak, boleh la layari laman ni..
http://www.liyanamalek.com/2013/03/liyana-malek-5-kunci-saya-suka-pergi-ke.html


Suka pergi sekolah bermakna Sukakan Sekolah..
Bila sukakan sekolah, akan seronok berada di sekolah.