Saturday, April 22, 2017

Konvensyen Pendidikan MGB Perak Tengah

Tarikh:  20 April 2017
Masa  :  8.00 pagi - 2.30 petang
Tempat :  Perak Agrotourism Resort, Sungai Galah, Perak
Perasmian Penutupan oleh; YB Dato Haji Mohd Zaim bin Hajo Abu Hassan
                                    (Ahli Perliman Parit)

Ni kali pertama menyertai Konvensyen Guru Besar, ye la baru 9 bulan aje jadi GB, so ni kira pengalaman pertama la mendengor mereka bermesyuarat.

bersama orang besar MGB Perak Tengah Cikgu Abdu Razak n Pn Hjh Fauziah


Selesai acara rasmi, semua peserta dibawa melawat kawasan resort yang baharu dibuka pada Mei 2016. banyak kawasan pertanian pelbagai jenis yang boleh dilawati dan memberikan banyak pengetahuan.

Di next entri nanti nak cerita untuk promote kawasan ni yang sesuai untuk keluarga menikmati suasana percutian yang tenang dan damai.

Saturday, April 15, 2017

Kolokium Kebangsaan Pembelajaran Abad 21

Tarikh:  11 April 2017  (Selasa)
Masa  : 8.00 pagi - 5.00 petang
Tempat : Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh
Anjuran: MGB Perak & Jabatan Teknologi Pendidikan
            IPG Kampus Ipoh
Peserta : 80 orang Guru Besar Negeri Perak
Pembentang : Dr Haji Ismail Md Zain, PMP
                       Bekas Pensyarah IPG Kampus Ipoh.






















Berkesempatan bertemu mentor-mentor yang memberikan ilmu selama 4 tahun belajar di IPG  
 Tuan Hj Ayob, Encik Radzi & Puan Anis
 En. Abdul Hadi, En. Zain Hazmi & Pn Radziah

                 
                                         Pn Hjh Norehan & Dr Hasnah

Wakil MGB Perak Tengah

Pertemuan semula rakan seperjuangan NPQEL 2016

Siti Norhaiza Othman dan Saliza Said

Sempat la merakam kenangan dengan sahabat-sahabat seNPQEL dari daerah lain.
Dikesempatan akan datang inshaAllah akan dikongsikan pengisian Kolokium ini.

Salam Sayang Semua...


Sunday, April 9, 2017

Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 41 SK Bakong


Tarikh:   6 April 2017 (Khamis)
Masa  :   8.30 pagi - 12.00 tengah hari

Alhamdulillah selesai sudah Kejohanan sukan Tahunan kali ini. Tahun ke 2 saya di sekolah ini, alhamdulillah komitmen dan sambutan ibu bapa dan masyarakat kampung sangat memberangsangkan dan memeriahkan suasana, meskipun diadakan di sebelah pagi.

Majlis perasmian oleh
 Encik Ahmad Zubir bin Mat Johor, Penyelia Kokurikulum PPD Perak Tengah merangkap penghulu sekolah.




                         
                   
                        
               

Sempat melawat rumah sukan sebelum majlis bermula...
Terima kasih ahli-ahi PIBG yang menghias rumah sukan untuk anak-anak. Menjadi tradisi sekolah saya ni pertandingan hiasan rumah sukan ini disedia dan dihias oleh ahli PIBG. Setiap rumah sukan diwakili oleh 10 orang kaum ibu.
                       
                     
Acara kaum ibu
 Acara terakhir  untuk pegawai sukan, untung la pertandingan makan aiskrim Malaysia...  Pertandingan sambil duduk aje.... sambil-sambil melepaskan lelah, hisap aiskrim..... guru besar makan mikrofon aje ye.

 Tu satu-satunya cikgu lelaki sekolah saya, sporting dan hardworking. Terima kasih ustaz Abdul Rahman.

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke 41 ini. Hanya Allah yang membalas jasa dan khidmat bakti kalian.


#Tahniahdanterimakasihsemua
#sukadanseronokhariini
#tahundepanberjumpalagi



Friday, April 7, 2017

Tandas Ceria Berinformasi SK Bakong

Tahniah Unit HEM terutamanya JK Tandas yang bertungkus lumus menceriakan tandas dengan informasi yang sangat berfaedah. Bersedia untuk menyertai Pertandingan Tandas Peringkat Kebangsaan. Semoga usaha dan komitmen semua akan memberikan hasil yang terbaik.

Pintu masuk ke Tandas Murid Lelaki dan Perempuan.



Tandas Murid Lelaki

Tandas Murid Perempuan 

Terima kasih dan penghargaan untuk Cikgu Madasima guru Kanan HEM yang sangat rajin dan komited, juga Cikgu Zaindra yang kreatif menghasilkan pelbagai inovasi. Nanti saya cerita dalam next entri ye.. apa inovasi nya tu.

#tandasbersihceriadanberinformasi