Sunday, October 14, 2018

HARI SUKAN NEGARA 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

13 Oktober 2018  (Sabtu)
8.00 pagi - 11.00 pagi
Padang SK Coronation Park

Sihat dan cergaskan badan dengan aktiviti Senamrobik dan Sukaneka.
Yang bestnyer semua peserta dapat hadiah.


Saturday, April 14, 2018

Sukan SKCP 2018

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Minggu ni mula bertugas sepenuhnya di SKCP, tetapi disebabkan GB lama masih menangguhkan tugasannya, adalah 2 GB minggu ni dalam 1 sekolah. Nak ke mana lagi saya ni, terapung2 la saya, Nak ke sekolah lama GB baharunya pun dah masuk, penangguhan saya seminggu yang lepas, majlis perpisahan pun dah selesai, nak xnak ke pergi jugak sekolah baharu ni. Ronda2, jalan2 makan angin je la.
Kebetulan minggu ni ada majlis Sukan Sekolah, hadir juga untuk melihat suasananya...





#daerahsendiri


Saturday, April 7, 2018

HARI TERAKHIR DI SK BAKONG, PERAK

6 April 2018
Semalan adalah hari terakhir  berkhidmat di Perak Tengah. Tak dapat nak gambarkan perasaan ini sebenarnya. Gembira bercampur sedih..... meninggalkan seribu kenangan. Sekolah pertama sebagai BOSS.... Semoga apa yang kutinggalkan akan menjadi ingatan... pengalaman dan perkongsian ilmu dalam mengurus sekolah.... Berkatkan ilmu yang diambil... ikhlaskan ilmu yang kucurahkan.

3S+3S,
Laman untuk sudut pembelajaran luar bilik darjah, Laman Sarana, Laman LINUS (HIP), Laman Hijau, Laman Herba dan Tandas Ceria Berinfo
Ssistem fail  & pengurusan surat..
Pengurusan Bilik (Bilik Guru, Bilik Mesyuarat & Pejabat)
Dataran Perhimpunan.... bangku kecil
Masih banyak perancangan yang belum terlaksana...

Menandatangani buku kedatangan , waktu balik di hari terakhir
Selamat Tinggal bilikku, Selamat tinggal orang kananku... Cikgu Zaindra
menantiku hingga di waktu terakhir. 
Bilik Mesyuarat yang banyak kenangannya.








Singgah di Pejabat Pendidikan Daerah Perak Tengah, 
Menyantuni BOSSku Tuan Timbalan PPD  Encik Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi

Lumrah kehidupan... bertemu dan berpisah... 
Semoga SK Bakong, Perak akan terus cemerlang di bawah pimpinan Guru Besar baharu nanti.


#sukaseronoksayang
#jauhdirindu
#kaukankurindukan

Monday, January 22, 2018