Pages

Saturday, June 25, 2011

Meriahnya Kejohanan Balapan dan Padang Kali Ke-9 Sekolah Saya



Perasmian disempurnakan oleh YM Tengku Hamzah b. Tuan Ismail
Pen. PPD HEM,  Daerah Kinta Utara
3 hari je berlatih tapi telah menunjukkan persembahan yang baik.

Johan Kejohanan Balapan dan Padang dan JOHAN Keseleruhan Antara Rumah Sukan
JOHAN Perbarisan Rumah Sukan.

JOHAN Rumah Sukan Paling Ceria.... 






Wednesday, June 22, 2011

Sana Sini Sukan Sekolah

Bulan Jun, banyak sekolah mengadakan sukan sekolah. Dah memang arahan Kementerian Pelajaran sukan Tahunan hendaklah diadakan selepas bulan Mei  bagi mencapai matlamat sukan sepanjang tahun. Bagi  kami  ni yang jenis akur perintah melaksanakan sukan sekolah selepas bulan Mei, walaupun di sekolah saya sememangnya sentiasa sibuk bersukan sepanjang tahun. Awal tahun sibuk ngan latihan pasukan elit, disamping aktiviti kelab Sukan dan Permainan, penggal dua ni pulak sibuk ngan sukan pembangunan untuk mencari bakat pengganti pemain sekolah tahun 6 yang bakal meninggalkan sekolah.

Sukan Tahunan ni ditukar nama pulak jadi Kejohanan Balapan dan Padang sebab acaranya hanya acara padang dan Balapan. Tapi untuk memeriahkan temasya sukan tersebut sekolah saya tetap mengadakan beberapa acara lain seperti tarik tali, pertandingan perbarisan, hiasan rumah dan acara untuk ibu bapa.

25 Jun banyaknya sekolah mengadakan sukan, sekolah saya, sekolah anak saya SMK Tambun dan sekolah-sekolah dalam daerah Kinta Utara ni. Dua minggu selepas cuti ni memang sibuk...minggu lepas wat sukantara, minggu ni lagi sibuk la. Acara padang kena wat awal, raptai mesti buat supaya perjalanan sebenarnya nanti dapat dijangka bila habisnya. Persiapan semua dah disusun rapi, Setiausaha sukan dan jawatankuasanya bertungkus-lumus tak kira waktu bagi memastikan sukan tahun ni lebih hebat dari tahun-tahun sebelumnya.
Dengan adanya tenaga dan idea dari guru-guru muda yang baru ni, dibantu dengan kerjasama erat dari guru yang berpengalaman, mudah-mudahan temasya kali akan lebih meriah dan ramai ibu bapa /penjaga yang hadir.

SELAMAT BERSUKAN....... 

Monday, June 20, 2011

Sentiasalah berdoa...

Sentiasalah berdoa
Kusentiasa mendoakan kejayaan untuk semua anak-anak didikku.....


Khas untuk anak-anak didikku dan anak-anakku yang bakal menduduki peperiksaaan yang penting dalam hidupmu.

Berdoalah!
Iringkan Doa di Sepanjang Usahamu…
Anak-anak didikku yang dikasihi. Usah gentar dengan kehadiran peperiksaan jika segala persiapan untuk menghadapinya telah dibuat. Berserah kepada Allah SWT dengan yakin dan bertawakal sepenuhnya.
Usaha adalah hak kita tetap kejayaan Allah yang tentukan.
Di sini cikgu menurunkan terjemahan doa-doa yang boleh diamalkan oleh anak-anak didikku. Doa-doa ini bukan sekadar untuk menghadapi peperiksaan tetapi lebih elok lagi jika diamalkan sepanjang masa.
Mulakanlah doa dengan al Fatihah, dan biasakan diri membaca Bismillah untuk setiap perkara baik yang dilakukan.
Doa penerang hati yang sesuai diamalkan setiap kali hendak menelaah pelajaran jangan lupa membacanya apabila berada di dewan peperiksaan.
“Ya Allah! Bukakanlah Hikmahmu dan turunkanlah rahmat dari khazanah-Mu itu kepada kami. Ya Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.”

Doa apabila terlupa :
“Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak lupa. Ya Allah! peringatkanlah aku apa yang aku terlupa”
Sentiasa bersikap tenang. Baca semua soalan dengan cermat sambil meneliti arahan-arahan yang terdapat di muka hadapan kertas soalan. Pastikan soalan-soalan yang anda pilih untuk menjawabnya. Dahulukan menjawab soalan yang anda lebih yakin boleh menjawabnya dengan cukup baik. Apabila terlupa, bacalah doa di atas.
Doa memohon ditambahkan ilmu.
Elok diamalkan untuk mendapatkan idea-idea yang bernas ketika menjawab kertas soalan.
“Ya Tuhanku, jadikan aku berguna untuk masyarakat dengan ilmu yang engkau beri padaku, dan berikanku ilmu yang berguna bagi diriku. Dan kurniakanlah aku ilmu pengetahuan yang berguna untuk diriku serta tambahkanlah aku ilmu pengetahuan,”

Sebagai muslim, kita wajib sentiasa mensyukuri rahmat Allah. Oleh itu sentiasalah bermohon kepada Allah agar dikekalkan dalam iman dan terus mendapat petunjuk-Nya. 
Doa kepada Allah agar sentiasa dikurniakan petunjuk:
“Ya Tuhan kami janganlah engkau menyesatkan hati kami sesudah Engkau memberi petunjuk. Dan berikanlah rahmat-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pemberi!”

Usaha menghafal kadang-kadang menimbulkan rasa jemu jika apa yang dihafal tidak melekat di kepala.
Amalkan doa ini supaya mempermudahkan:
“Ya Allah, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham daripada para malaikat yang hampir dengan-Mu juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih”.
Doa sebelum masuk ke kelas atau dewan peperiksaan:
“Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjuk-Mu”.
Doa memohon kejayaan ini pula perlu dibaca sebelum tidur pada setiap hari hinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.
“Ya Allah! Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada’ dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh.”

Saturday, June 18, 2011

KAWAD KAKI SK Rapat Setia JOHAN DAERAH LAGI...

Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform Peringkat Daerah Kinta Utara 2011
                     Tarikh         :  18 Jun 2011    
                     Tempat       :   SK Pakatan Jaya.
                     Pencapaian  :  Johan Kawad Kaki Perempuan
                                          Johan Kawad Kaki Lelaki
                                          Ketua Platun Terbaik Lelaki


Alhamdulillah dan Tahniah untuk semua khasnya untuk jurulatih utamanya Cikgu Mahadi dan Ustazah Nurul Izzah yang tidak pernah mengenal erti penat dan jemu melatih semua bagi menghasilkan yang terbaik. SK Rapat Setia mengekalkan gelaran JOHAN DAERAH buat kali ke 4 berturut-turut sejak tahun 2008.


Friday, June 17, 2011

Hari Guru Peringkat Daerah

16 Jun 2011, walaupun sudah sebulan, sambutan hari guru masih diraikan di daerah Kinta Utara. Majlis  diadakan di SM Raja Permaisuri Bainun. Saya pergi sebagai wakil sekolah bersama guru besar dan Penolong Kanan. Tahun ini datang  hanya sebagai penonton saja. Untung diberi peluang hadir.

Sebahagian peserta koir dari SK Rapat Setia...
Ahli Koir PSKPP Daerah Kinta Utara 2011
                 Bila lihat ahli koir berada di atas pentas, teringat  sambutan pada tahun 2009 dan 2010...masa tu ahli koir semua adalah terdiri dari guru-guru dan kakitangan Sekolah SK Rapat Setia. Kami bersatu hati, berlatih demi nama Sekolah SK Rapat Setia. Saya SUKA warga SEKOLAH saya kerana sanggup menerima tanggungjawab yang diberi oleh PPD Kinta Utara sejak tahun 2008 lagi....... di bawah pimpinan Puan Hajah Faridah Ahmad Rashidi, guru besar kami dan guru muzik yang cool Cikgu Nazri bt Mat... selepas waktu sekolah kami stayback untuk berlatih... betulkan suara nak bagi saprono sikit..hihihi .. itu la kenangan kami bersama group koir SK Rapat Setia...

 Hari Guru Peringkat Daerah 2010 di SMK Bandar Baru Putera


Hari Guru Peringkat Daerah 2009 di Dewan Silveritage, Medan Gopeng.





Monday, June 13, 2011

SUKAnya bila SEKOLAH dibuka semula....

Teringin lak nak luahkan rasa kat sini...Hari pertama sekolah setelah bercuti 2 minggu....Semangat baru...azam baru...tekad baru....kerja berlambak..mana satu nak dulukan..semua nak buat, tapi tak tau mana nak mula dulu....

Mulakan dengan kejayaan anak-anak didik SEKOLAH saya ni. 
Diperhimpunan mingguan..semangatnya saya berucap, tambah dengan kejayaan yang dibawa pulang oleh guru dan murid-murid yang mewakili Perak dalam Kejohanan Ragbi MSSM yang diadakan di Sabah. Saya tumpang bangga dengan kejayaan mereka. Tahun lepas 2 orang je yang dapat wakili Perak, tapi tahun ni 4 orang. Tambah bangga dua pemain SEKOLAH ni telah mendapat anugerah...Uzair menjadi pemain Terbaik Sepanjang Kejohanan, hadiahnya lumayan..baucer RM500 dari Syarikat salbros, dan Meor menjadi Pemain Terbaik Perlawanan Akhir, orangnya bersemangat tinggi tak padan ngan saiz badannya yang kecil. Mudah-mudahan prestasi mereka akan terus meningkat. Ustaz Mohd Adam..cikgu sekolah saya ni pulak jadi jurulatihnya...memang bangga la..popular la nama SK Rapat Setia ni..sampai ke Sabah. Perak tak pernah kalah, cuma seri je sekali ngan Selangor.....Syukur sangat..
TAHNIAH Meor, Ustaz Adam, Uzair, Aliff Nazmi dan Iskandar..



Masuk kelas..hilang rindu dengan anak-anak murid ni...bercerita pengalaman semasa cuti sekolah....
Ramai yang balik kampung..ada juga yang pergi berjalan-jalan sampai ke Kedah, Johor , Pahang dan yang paling jauh...Sabah.. Saya pun pergi berjalan, penat., letih. Bila mereka bertanya , saya jawab jalan-jalan dalam rumah je...tergelak mereka, cikgu melawak je. Sesekali kena ada unsur-unsur jenaka bila mengajar, baru la murid tidak bosan.

Masuk bilik, meja bersepah. Kertas kerja perlu disiapkan...sibuk nak sukan, program larian 1M1S1M.
Semua kena selesai, supaya tak ada kerja yang tertangguh. Alhamdulillah siap juga sebelum ada taklimat.
Hari pertama dah ada meeting...kira ok la dapat berjumpa ngan semua cikgu-cikgu setelah bercuti..lepaskan rinduuuuuuuu.

SUKAnya SEKOLAH ni




Friday, June 10, 2011

CUTI SEKOLAH.....murid je yang cuti...

Cuti sekolah datang lagi, Nak rehatkan badan, dah letih sepanjang bulan Mei tu...
Semua masyarakat pun beranggapan cuti sekolah ni semua cikgu bercuti, murid jangan katalah dah memang sah cutinya. Saya?????..Ada yang seronok bila cuti sekolah ni...macam-macam boleh buat, suka hati nak buat apa , kat rumah ke, kat sekolah ke..masa nak pergi sekolah pun ikut SUKA....tak perlu nak "punch card" . SAYA memang SUKA cuti SEKOLAH ni....sebab masa ni la nak wat kerja-kerja yang tak rasmi...bereskan kerja-kerja yang tak sempat nak disiapkan semasa hari sekolah. Kadang tu tak ada kerja, cari kerja. Ada kerja tambah kerja....pas tu menyibuk ngan kerja orang...selagi terdaya..buat la apa yang mampu. Cam ne nak rehatkan badan?

Cuti SEKOLAH ni juga la ada yang ambik kesempatan nak pergi jalan-jalan, melancung ke Indonesia?, pergi pulau ??, naik Cameron Highland???..,tapi lau budget tak cukup, jalan-jalan dalam rumah je la. Kesian anak-anak. Nak wat cam ne tak ada rezeki. Cuti lain kali la kalau ada rezekinya. Jadi habiskan masa kat rumah je. Sempat la mengubahsuai sedikit halaman rumah saya yang tak seberapanya.

Ubahsuai  yang sempat dihasikan semasa cuti sekolah.
Jemu dok dalam rumah , bersantai la kat sini.

Pokok duit yang sempat diubah ke pasu baru.

Tambah koleksi pokok, pokok burung (nama yang saya beri)
nama saintifik nya tak tau. Unik dan suka tengok.
 Orang kata pokok "ong" juga. Harga sepokok tu RM15 je.

Wednesday, June 1, 2011

SAMBUTAN PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI 2011

Hari ni hari terakhir bulan MEI. Sibuknya bulan Mei tahun ni. Banyak peristiwa-peristiwa penting yang besar-besar yang saya lalui. Semuanya memberi saya pengalaman baru dalam karier saya dan SAYA SUKA....... 

Bulan  MEI adalah bulan untuk GURU.. Sambutan HARI GURU..khas untuk mengenang jasa  dan pengorbanan cikgu. Semua meraikannya...
Murid meraikan CIKGU
Cikgu Meraikan CIKGU
Ibu bapa meraikan CIKGU
Masyarakat meraikan SAMBUTAN HARI GURU

Tahun ni saya terlibat secara tak langsung dalam Sambutan HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK.  kerana beberapa orang murid sekolah SK RAPAT SETIA yang terdiri daripada ahli Pergerakan Puteri Islam Malaysia terlibat sebagai pengiring Pembaca Ikrar Guru dan sambutan tetamu, manakala 4 orang guru terlibat sebagai ahli KOIR di majlis tersebut. SAYA tumpang SUKA SEKOLAH SAYA terlibat dalam majlis besar ini di mana ia dihadiri oleh orang-orang besar Negeri Perak dan semua pegawai JPN dan PPD serta gurubesar seluruh Negeri Perak.Memang padat la dewan, sehingga semua murid dan guru yang membuat persembahan duduk di luar dewan.


Ahli PPIM sekolah saya yang terlibat di majlis ini sebagai
pengiring pembaca ikrar guru.


Yang baju hitam tu cikgu-cikgu sekolah saya sebagai ahli Koir.
Sempat juga bergambar dengan Datuk Pengarah Pelajaran Perak
selepas raptai. Saya tak bergambar sama sebab jadi jurufoto  aje.


Saya Suka tengok hiasan pentas ni. Simple tapi menarik dan ceria. 




Setelah letih seharian di Dewan Banquet, Bangunan Perak DarulRidzuan.
 Pada sebelah malamnya kami semua warga pendidik diraikan oleh
YAB Menteri Besar Perak dengan majlis Makan Malam.
 Sambil makan dihiburkan dengan pelbagai persembahan dan
diadakan cabutan bertuah. Sayangnya saya tak bertuah malam tu.
Tak dapat hadiah, cuma kenyang makan saja. Alhamdulillah.

Dapat juga bergambar dengan MB yang mesra rakyat ni.

Bulan yang sibuk, bulan Mei ni memang banyak memberi pengalaman dan kenangan.
kepada saya.   SAYA memang SUKA SANGAT........