Baru balik dari Terengganu ni... berjalan lagi..janganlah jeles...bukan saja-saja nak berjalan. Tapi satu pengalaman yang boleh dijadikan panduan jika Marian pun nak menganjurkannya. Hehehe..menganjurkan apa? boleh ke nak buat?...insyaalah Marian boleh.
Sebenar pergi berjalan sambil bertugas...bawa 2 orang murid menyertai Pertandingan Scrabble Peringkat Kebangsaan , pergi bersama cikgu Noni penyelaras Kluster sekolah saya.
|
Family Edwiina dan Nithya, sebelum bertolak ke Terengganu...naik bas. |
Kami pergi dengan menaiki bas...uuhhh sakit pinggang dibuatnya duduk selama 9 jam. Setiap kali berhenti mesti turun...nak memanjangkan kaki dan memanaskan badan. Tau aje la aircond bas ekpress ni ..sejuk giller. Pertama kali sampai di Kerteh...alhamdulillah disambut baik dengan pihak penganjur...bila tak ada transpot ni kena la minta jasa baikorang....tapi memang baik cikgu-cikgu tu.Turun bas memang betul-betul di hadapan Sekolah Kebangsaan Rantau Petronas....tapi kena berpusing untuk masuk ke sekolah. Memang agak lewat...sekolah lain dah mendaftar..kira kami ni agak lewat la..eh !.ke kami yang sampai awal, sebab yang lain katanya mendaftar semasa hari pertandingan. Ramah mesra Cikgu Haslinda dan Pn Siva membuatkan kami tidak rasa terasing...macam sekolah sendiri la pulak ..Hari hampir malam..selepas mengambil gambar beberapa sudut yang menarik dan ceria, kami menuju ke homestay...rehat...tidur lena malam sebab dah letih sangat...
Pertandingan diadakan selama 2 hari. Banyak juga sekolah yang dijemput. Sekolah Kluster yang turut serta ialah SK Infant Jesus Convent, Melaka, SK Taman Megah, Selangor, SK Marian Convent, Ipoh, dan sekolah tuan rumah sendiri. Ada juga 6 buah sekolah jemputan dalam Daerah Kemaman. Pertandingan dijalankan dalam 10 pusing. 8 pusingan awal, pusingan suku akhir, separuh akhir dan pusingan akhir yang disertai oleh 4 orang peserta yang mempunyai markah terkumpul tertinggi. Mereka bertanding bagi menentukan kedudukan 1 hingga 4. Akhirnya pemenang Johan dan Naib Johan disandang oleh peserta dari SK Taman Megah, Selangor.Edwiina mendapat
Selesai majlis penutup,kami dijamu makan tengah hari. Kemudian balik semula ke homestay sementara menunggu jam 8.30 malam untuk menaiki bas. Terima kasih Cikgu kerana melayan dan menguruskan semua perjalanan kami sepanjang berada di Kerteh, Terengganu...
Antara kenangan yang diabadikan..
|
Bersama Pn. Siva n mak aiman(lupa la namanya) n Cikgu Nonie |