Pages

Friday, June 19, 2015

Terima Tugas Baharu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua.                                                              
15 Jun 2015 hari pertama sekolah selepas bercuti selama dua minggu.    Persekolahan minggu ke 20. Rasa seronok dapat berjumpa anak-anak Marian.  Pagi tu menerima panggilan telefon dari PPD memaklumkan perlu hadir untuk taklimat pertukaran pegawai perkhidmatan pendidikan. Kena tukar sekolah ke aku ni...????
 rasa rendahnya di sisi Tuan PPD ...

Hari tu juga pertama kali bersua muka dengan Ketua Pegawai Pendidikan Daerah yang baharu menggantikan Tuan Haji Marazlan.  Tuan Haji Hasni bin Hasshim mantan pengetua SMK Anderson.
Ucapan tahniah, nasihat dan semangat kepada semua terutama yag baharu dilantik sebagai pentadbir sekolah. Debaran membuka sampul surat....... orang yang ketiga dipanggil daripada 34 orang yang tersenarai menerima surat perlantikan jawatan baharu dan pertukaran tempat bertugas.
Syukurnya kerana tidak berpindah sekolah yang jauh. Ada yang menerima perlantikan jawatan dengan berpindah ke daerah lain.

 Selepas perhimpunan pagi tu, sempat lagi menggayakan uniform baharu kami pentadbir ni. Masih berempat, menunggu seorang lagi, Insyaa Allah nanti dalam next entri ye.

Terima tugas baharu yang bertambah tanggungjawabnya.. 
Masuk bilik baharu dengan semangat dan azam yang baharu.. semuanya untuk SKMC agar terus cemerlang dan gemilang. 
19 Julai.(Jumat)... mula duduk seketika di kerusi baharu, masih terkenang pemilik pertama bilik ini Pn Sharifah Nor... mengambil aura dan semangatnya yang kental.
Semoga diberi kekuatan dan mendapat kerjasama semua warga SKMC untuk meneruskan perjuangan ini.
Doakan yang baik-baik untuk saya ye.


Thursday, June 18, 2015

Rumah Terbalik pertama di Malaysia



Memang excited sangat nak tengok sendiri rumah terbalik.
Pastikan ke sini bila ke Sabah ye.
Seronok bergambar tapi dalam rumah tidak dibenarkan mengambil gambar.

Lokasinya di tepi jalan utama Kota Kinabalu ke Tuaran.
Ada bayaran tau nak masuk.Boleh la tengok kat papan notis tu tu.


 Dah ada tiket, Jom masuk.

 Taraaaaaa ... rumah bumbungnya di bawah.
 Sementara menunggu giliran kumpulan kami masuk, sempat la merakamkan kenangan.. bukan selalu boleh datang ke sini. Semua sudut luar rumah disnap nye..
 
 
Ni la petugas yang membawa kami masuk dan menceritakan sejarah terciptanya rumah terbalik ini.
Dalam rumah tak boleh ambil gambar... Nak masuk pulak kena ketuk pintu, adat masuk rumah orang kan, kena la bagi salam. Kalau tak pintu tak dibuka. Masa dalam rumah lebih kurang 10 ke 15 minit.
Memang semua barangnya terbalik,, Tak boleh sentuh, berjalan hanya di atas karpet merah.
Dah keluar, tak boleh posing kat dalam, posing la kat luar ni
 
 
 
 
Parking kereta pun terbalik.
 

Jangan lupa singgah ke sini kalau ke Sabah ye..


IPG Kampus Gaya Cantik dan Nyaman

Semacam dah sinonim pulak bilat disebut Institut Pendidikan Guru...zaman saya belajar nak jadi cikgu dipanggil maktab. Tujuan utama nak ke Sabah ni pun nak membina jalinan dengan IPG Kampus Gaya, tetapi disebabkan cuti semester program jalinan secara rasmi tak dapat dijalankan. Namun kerana rasa diri seorang guru, naluri nak masuk juga IPG ni ada... Tak kan nak ambil gambar kat tembok aje kan.

Selepas mendapat kebenaran pengawal,kami melangkah masuk.....
Wow.... Terpegun dengan keindahan landskap di ruang legar pejabat.. Kedudukannya di atas bukit, bertangga untuk naik ke kawasan pejabat menjadikanya suasana sungguh tenang ditambah dengan susun atur bunga berpasu di kiri kanan tangga...
Kehadiran kami disambut dengan  staf IPG, agaknya terkejut dengan kehadiran kami. Sikap ramah mesranya seolah-olah pernah berjumpa. Terima kasih kerana sudi membina jalinan secara tidak rasmi ini.
  

                                      
                                     
 
 
 
 
 
 
 
 
 


Terima kasih, atas layanan.
semoga jalinan ini akan terbna scara  rasmi
 selepas ini.

Wednesday, June 17, 2015

Jaringan bersama SK (P) Methodist (2), Melaka

Pertemuan di SK Gaya Sabah sebagai langkah pertama memulakan jaringan bersama SK(P) Methodist (2), Melaka.


 
 
 
 
 
 
 
Salam perkenalan.
Berjumpa lagi di Semenanjung nanti ye.