Wednesday, June 29, 2016

Taklimat Penilaian Tawaran Baharu Pengetua Guru Besar (TBPGB)

Salam Perak Excellent..

Majlis diadakan pada hari Isnin 27 Jun 2016..
Anjuran Sektor Jaminan Kualiti JPN Perak.
Pihak sekolah hanya menyediakan tempat. Semoga suasana yang disediakan memberi keselesaan untuk semua. Itu yang mampu kami sediakan... Sekolah masih belum mampu menyediakan aircond di dewan... tapi inisiatif Guru Besar sekolah saya menyediakan cooler agar peserta berasa selesa.

Adat berkunjung ke sekolah kami, sebagai tanda ingatan dan kenangan tetamu di sekolah saya mesti bergambar ramai begini...
Barisan Pengetua dan Guru Besar yang dicalonkan Tawaran Baharu PGB 2015.
Jumlah peserta ialah 45 orang Guru Besar Negeri Perak termasuk 5 orang Guru Besar dari Camer0n Highland dan 6 orang Pengetua Negeri Perak, dan Wakil setiap PPD Negeri Perak.

Hadir sama Timbalan Pengarah JPN Perak Tuan Haji Mat Lazim bin Idris
Ketua Sektor Jaminan Kualiti  Encik Kamal bin Mansor
 Ucaptama oleh Timbalan Pengarah.

Taklimat diberi JNJK Negeri Perak oleh Hj. Anuar bin Omar  dibantu sama oleh Encik Azman bin Mohd Din dan Encik Hairul Azman  

Tempoh penilaian:  10 Julai - 30 ogos 2016
Seramai 4 orang pegawai Jemaah Nazir Jaminan Kualiti (JNJK)

Syarat Layak Penerimaan TBPGB 2015
1. Skor Komposit mencapai tahap peningkatan iaitu kombinasi Skor Gred Purata Sekolah (GPS)  dalam peperiksaan awam dan SKOR PKS-SPKM.
2. PGB berkhidmat di sekolah sekurang-kurangnya sebulan (28 hari)
3. Laporan LNPT PGB melepasi 90%.
3. Laporan Audit sekurang-kurangnya BAIK
4. !00% Numerasi dan Literasi LINUS kecuali Literasi BI pencapaian minimum 90%.


Perkara yang perlu disediakan semasa verifikasi.
1. Lampiran A : 53 perkara/fail maklumat yang perlu disediakan. 
Ni yang jenuh nak sediakan, tapi kalau dah memang ada tak susah sangat. 

2. Lampiran B : Maklumat diri Calon/PGB
3. Lampiran C : Senarai penerima insentif
                     - Tempoh berkhidmat di sekolah 6 bulan
                     -  PGB  RM7,500.00, 
                     - 5% guru RM1,800.00, 95% guru RM900.00, AKP RM500.00
4. Lampiran D :

5. Powerpoint persembahan untuk masa 15 minit.
6. 5 keping gambar (Tembok@Papan tanda Sekolah/PGB/prasarana sekolah) dalam CD.

Pengalaman nak kongsi bersama setelah 4 kali mengalami verifikasi TBPGB di SKMC ni. 
Guru Besar sekolah saya ni dah menerima sebanyak 5 kali. Ni pencalonan kali ke-6... (sejak pertama kali diadakan penganugerahan ini). Semoga ada lagi rezeki tahun ini. Boleh la saya menumpang sama. Pada saya ini kali ke 5. Kali pertama tu saya tak cukup haul (5 bulan 2 minggu) berada di sekolah ni tapi semasa verifikasi saya ada bersama membantu menyediakan dokumen kokurikulum ketika itu.

Bagi memudahkan pegawai mendapatkan maklumat yang dikehendaki, susun fail/maklumat yang 53 perkara tu atas meja siap-siap ikut kategorinya.. pengurusan/kurikulum/kokurikulum/hem sebab penilai tu sudah diagihkan tugas mengikut bidang masing-masing. Mereka pun nak cepat dan terus memasukkan bahan bukti dalam data mereka. 
Selain tu kena standby cikgu-cikgu yang nak di"observe". Subjek apa? Ni pun ikut opsyen pegawai JNJK tu, asalnya mereka pun cikgu. nasib la cikgu mana yang kena... yang pasti PGB akan di"observe".
Sediakan juga seorang LO yang mesra alam... tahu hal selok belok sekolah... Selalunya akan ada seorang pegawai yang meronda seluruh kawasan sekolah. LO la yang akan mengiringnya... sambil berjalan bersembang-sembang... sembang mereka mencari maklumat tau..hihihi..

Selesai Taklimat berjumpa kawan yang dikenali...
 Tahniah kepada rakan-rakan seNPQEL yang telah dilantik menjadi Guru Besar dan sekolahnya layak menerima Tawaran TBPGB 2015.
                          
Menumpang rezeki para Guru Besar yang dicalonkan 
menerima TBPGB 2015.
 
Sambil-sambil melawat kawasan sekolah, posing sekejap di taman baharu kami ni.
Bersama Puan Rosnah (GB SK Convent Teluk Intan) dan Puan Suryati rakan seNPQEL


Panduan senarai semak 53/54  fail/perkara yang perlu disediakan.

A PENGURUSAN
1.  Takwim Sekolah
2.  Perancangan Strategik
3.  Perancangan Taktikal
4.  Perancangan Operasi
5.  Fail Pengurusan Kewangan an Aset Alih Kerajaan
6.  Fail Laporan Audit Sekolah
7.  Fail Laporan Nazir Sekolah
8.  Fail Penarafan Kendiri Sekolah (PKS-SKPM)
9.  Senarai Nama Guru dan Anggota Kumpulan Pelaksana
10 Rekod Kehadiran PGB, Guru dan PKP
11 Rekod Pergerakan PGB
12 Rekod Pergerakan Guru dan AKP
13 Agihan dan Senarai Tugas Guru dan AKP
14 Fail Mesyuarat Guru dan AKP
15 Buku Laporan Guru Bertugas Harian
16 Rekod Bekalan Pejabat, Inventori dan Harta Modal
17 Rekod Penyelenggaraan Prasarana
18 Fail Pelupusan dan Hapus Kira
19 Rekod/ Fail Tindakan Tatatertib

B  KURIKULUM
20 Fail Jawatankuasa Kurikulum Sekolah
21 Jadual Waktu Kelas dan Persendirian (serta Jadual Waktu PGB/PK yang    
     memangku/ menjalankan tugas Tahun dinilai)
22 Rekod Jadual Waktu Ganti
23 Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas
24 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran PGB dan Penolong Kanan
25 Rekod Semakan Penghantaran Rekod Pengajaran dan Pembelajaran
26 Fail Panitia Mata Pelajaran  (Semua Panitia)
27 Fail peperiksaan Awam (Tiga tahun kebelakangan) - 2015, 2014, 2013
28 Fail Peperiksaan Dalaman
29 Fail Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
30 Fail Pencerapan Pembelajaran dan Pengajaran
31 Fail Semakan Buku Latihan Murid
32 Fail Perkembangan Staff/ LADAP
33 Fail Pusat Sumber Sekolah
34 Rekod Pelaksanaan Nilam
35 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Akademik

C KOKURIKULUM
36 Fail Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah
37 Rekod Pentaksiran Kegiatan Kokurkulum dan Sukan
38 Rekod Penyeliaan kegiatan Kokurikulum dan Sukan
39 Rekod Pencapaian Kegiatan Kokurikulum
40 Fail Pengurusan Kelab dan Persatuan
41 Fail Pengurusan Badan Uniform
42 Fail Pengurusan Sukan dan Permainan

D HAL EHWAL MURID
43 Fail Jawatankuasa Hal Ehwal Murid Sekolah
44 Fail Pengurusan Disiplin Murid
45 Fail Pengurusan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
46 Analisa Kes Salah Laku Murid (2013-2015)
47 Analisa Kehadiran Murid (2013 - 2015)
48 Fail pengurusan Perkhidmatan Kebajikan, Kesihatan dan Keselamatan Murid.
49 Dokumen Berkaitan Program Peningkatan Sahsiah Murid
50 Fail Pengurusan Asrama (jika berkenaan)

E PROGRAM LLINUS 2.0(Bagi sekolah rendah sahaja)
51 Intrumen LINUS2.0 disemak dengan teliti
52 Borang Pelaporan Penguasaan Individu (BPP)

F KPI SBT  (Bagi sekolah SBT sahaja)
53 Fail KPI-SBT:
     i.  Pencapaian Akademik
    ii.  Program dan Pencapaian Kokurikulum
   iii.  Jaringan dan Jalinan
   iv.  Etos dan Watak
   v.   Bimbingan oleh SBT
  v1.  Penanda Arasan

G  LAIN-LAIN
54  Lampiran B dan softcopy Lampiran


Tahniah Semua.. 
Semoga semuanya layak dan berjaya di verifikasi.

Sunday, June 26, 2016

Singgah Sekejap di 4 Kenanga 2016

Salam Semua,
Jumpa lagi nak cerita tentang keceriaan kelas di sekolah saya ni.
Maaf la ye lambat publish entri ni.. lama dah tulis cerita masa Sambutan Hari Guru ari tu lagi.

Sedondon pulak hari ni dengan guru kelas 4 Kenanga ni. Sama tema jugak dengan kelasnya yang ceria dan colourful.Jom kita singgah jap kat kelas ni..  Kelas ni pun pernah dapat Anugerah Keseluruhan Kelas Paling Bersih dan Ceria. Cer tengok tu trofi dok atas meja. Buktinya.. memang rajin Cikgu Norriza ni... bawa hubby lagi untuk make over kelasnya setiap awal tahun. Semoga dimurahkan rezeki selalu... sebab tak berkira berhabis untuk menceriakan kelas.. tak kira janji puas hati  suka-suka n seronok nak buat katanya.

Istimewanya lagi dalam kelas ni ada 2 pasang kembar ...

Kelasnya paling hampir dengan kantin.. jadi laluan dan perhatian semua orang.
Tengok la sendiri mana yang tak sempat singgah masuk.
                     

Tengok ranting... memang ada wawasan untuk nak dapat banyak bunga... anugerah setiap minggu... Ada bunga yang ditampal lagi kot tu.
 

Sudut-sudut lain tengok aje la ye..
Bahagian hadapan kelas
                     

Sudut kanan dan kiri kelas

Sudut belakang kelas.
   
                           
                                            
Tahniah Cikgu Norriza dan murid-murid 4 Kenanga.. Semoga terus ceria dan berjaya. Suka dan sayang kamu semua.

Saturday, June 25, 2016

Bunga Rain Lily sedang berkembang

Beberapa hari nampak bunga tu berkembang tapi tak berkesempatan nak men'snap'.. hari ni datang sekolah lengang aje. Hari Sabtu sunyi sepi la... Nak siapkan dewan untuk majlis hari Isnin nanti.

Tak dapat nak berdiri di pintu hujung tu... tak ada yang nak tolong snap... nak berselfie lupa la pulak...Nak ambik gambar dewan tadi pun lupa..

Ok la minggu depan cari masa untuk posing kat sudut macam ni ye.. Harap-harap Rain Lily tu masih segar kembangnya.





















Jom posing kat sini..
Suka2 dan seronokkan diri kita di sekolah. Kerja berat akan menjadi ringan. InsyaAllah.

Friday, June 24, 2016

4 Cempaka 2016 kelas paling bersih dan ceria

Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Nak sembang lagi..
Kali ni nak cerita tentang kebersihan dan keceriaan kelas. Memang sejak main dengan hal-hal akademik ni memang sibuk sikit, bila lalu buat WAYS (Walk Around Your School) tak sempat nak 'mensnap' gambar2 kelas-kelas yang semakin ceria..
Kali ni nak ambil peluang bersantai di kelas yang selalu menang ni.. tengok la buktinya bunga yang terlekat di pokok prestasi keceriaan dan kebersihan kelas yang terlekat di daun pintu.
Bila berkongsi kelas kerjasama dan kesefahaman semua aspek perlu diberi perhatian, baru membawa hasil yang memuaskan.. Ni juga satu cara memotivasikan anak-anak murid kita untuk cemerlang dalam semua aspek.. Bentuk sahsiah dulu baru akademik... Sahsiah cemerlang, insyaAllah akademik gemilang.
                       
4 Cempaka tu kena tambah ranting nampak gayanya.. masih ada 5 bulan lagi, boleh dapat banyak bunga lagi tu..
Oh ya... nak maklumkan setiap kelas diberi tapak asas iaitu pasu dan rumput, batang dan ranting pokok mengikut kreativiti guru dan murid kelas masing-masing. Nanti boleh intai di kelas lain lau nak tengok bentuk rantingnye...
Bunga tu pulak diberi untuk penghargaan kelas terbersih dan ceria sepanjang minggu mengikut kategori tahun. So setiap kelas mengikut tahun berpeluang dapat bunga yang banyak... Pemenang keseluruhan akan menerima trofi Johan Kebersihan dan Keceriaan kelas.


Ni la penghuni kelas 4 Cempaka... Guru kelasnya Puan Siti Ramlah Azura bt Ramlan... pertama kali jadi guru kelas di SKMC. Terima kasih ye sudi menjadi guru kelas.. terbukti sudah guru yang serba boleh.. Sebenarnya Cikgu Zura ni guru data sekolah tu yang tugasnya memang banyak, ops bukan tu aje, jadual waktu pun Cikgu Zura yang banyak membantu saya. Terima kasih banyak-banyak..


Ha tengok sendiri la macam mana Cikgu Zura dan Cikgu Rosni guru kelas 2 Cempaka berganding bahu menyusun atur kelas menceriakan kelas mereka. Yang elok dikongsi bersama.. share ngan kawan-kawan idea yang ada ye..
                     

Sempat merakam kenangan bersama mereka..


Pose istimewa kami berdua untuk kenangan bersama... di sudut santai Jom Baca...

Semoga Cikgu Zura dan anak-anak 4 Cempaka 2016 akan terus cemerlang.
Tahniah semua.. Sayang kamu semua.

Sunday, June 19, 2016

SEHATI SEJIWA SEWARNA KENANGAN DI SKMC

Menggamit kenangan sehati sejiwa di SK Marian Convent, Sekolah Berprestasi Tinggi.

Catatan Kenangan Bersama Barisan Pentadbir Sekolah SK Marian Convent...

Bermula 16 Jun 2011
Melangkahkan kaki ke SKMC
dI mana langit dijunjung,
di situ bumi dipijak
Berbekalkan azam dan semangat
sepasukan mencipta kejayaan
Berkonsepkan Suka, Seronok dan Sayang

Tahun kedua mula Suka-suka untuk pakai sedondon setiap awal minggu, sepakat, sehati dan sejiwa mencari baju yang sama..  Setiap hari Isnin dalam perhimpunan rasmi, kami akan menentukan pilihan baju yang sama. Tahun demi tahun koleksi baju sedondon bertambah...


Guru Besar : Puan Hajah Rogayah bt Pilus
Barisan Penolong Kanan :
Puan Aniza bt Zakaria
Cik Hajah Putri Norriza Salwah bt Megat Jaafar
Puan Norizan

Mantan Penolong Kanan
Puan Hjh Sharifah Nor bt Mohamad - PK Pentadbiran (Bersara April 2015)
Puan Hajah Puziyah bt Shafei - PK Hal Ehwal Murid (Bertukar ke JPN 2012/Bersara)
Puan Hajah Zaiton bt Abdul Hamid - PK Petang (Bersara Jun 2016)



Kenangan Kami dalam doa kalian.
Salam Rindu dan Sayang Selalu.