Pages

Saturday, July 30, 2016

Terima surat Pelantikan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Tetiba je dapat panggilan ke majlis tu. Kul 9.30 pagi dapat call, petang kena hadir.
Kawan-kawan lain dapat surat panggilan awal.... tapi ada yang sama kes macam saya. Redho aje la... dah kena ready bila-bila masa aje ada penempatan baharu.

 31 orang peserta NPQEL Ambilan 1/2016 IAB Genting Highlands dan IAB Jitra menerima surat pelantikan Guru Besar yang di tempatkan di 10 daerah dalam Negeri Perak. Bersama Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak, Tuan Haji Rozi bin Puteh dan Ketua Sektor Pengurusan Sekolah Encik Azmi Dahili dan pegawai-pegawai JPN.
Sahabat seperjuangan rakan sekelas dari Perak dalam SRG5 IAB Genting Highlands..
Semua berlainan daerah dengan saya... untung la sape dapat daerah sendiri...


Redho walau di mana jua ditempatkan ....
Berfikiran terbuka dan positif.
Warga SK Bakong, Lambor,Daerah Perak Tengah.... tunggu saya datang.

Tahniah kepada semua rakan-rakan dan semoga dapat melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang diberi dengan cemerlang. Masa untuk mempraktikkan ilmu yang ditimba.

#Terimadenganredho
#SemogaAllahmemberiyangterbaikuntuksaya.
#dapatsekolahbaharu

Tuesday, July 5, 2016

Kenangan Sedondon dengan Zura dan Kak Maz

Opss terlupa nak publish ni..
Menyimpan memori bersama untuk mereka yang akan ditinggalkan...
hihihi glamour masuk majalah keluaran Siti Ramlah Azura.. terima kasih ye.

Berbaju sedondon, manis senyuman,
Di laman Doktor Muda jadi kenangan;
Kak Maz dan Zura teruskan perjuangan,
Agar sekolah sentiasa beroleh kejayaan.

Suka dan Sayangkan sekolah saya.. dan kalian juga.
Yang lain jangan terasa ye.. kami bertiga aje yang sama ni..

# setelah 3 tahun baru dapat posing sedondon.

Saturday, July 2, 2016

Si Merah di Taman Herba Sekolah Saya


                                                         Assalamualaikum & Selamat Sejahtera semua...

Orang sibuk buat persiapan raya, dia sibuk nak update cerita pulak. hihihi
Tetiba hari ni sedondon dengan mereka... issh tak kisah la walau tudung aje yang sedondon merah. Nak mengimbau kenangan bersama sama-sama belajar sebagai Mahasistua PPG dalam projek membina Taman Herba ni...

Dalam menghitung hari mendatang, yang entah bila datangnya...
perasaan meluap-luap nak merakamkan kenangan sebanyak mungkin bersama mereka....
Kenangan bersama di Marian Herbs ni
Bergambar dengan adik-adik yang comel
terasa diri ni pun comel..hihihi
 Semangat nak beraya, bermaaf-maafan lah sesama kita.
Andai terpisah antara kita ampunkanah segaa salah dan silap
tutur kata bicara dan salah laku akak ye.
 Jadikan kenangan menyuburkan taman ni 
nostalgia kita bersama... Pokok tu jaga biar selalu subur...
sentiasa segar dalam ingatan.
 You all semua memang the best, sebab dok di sekolah Berprestasi Tinggi.
 Andai tiba jua masa dan ketika kita terpisah
Jadikan ini satu kenangan kita bersama.
Idea dan titis peluh yang mengalir dan penat lelah yang dirasa..
akhirnya dinikmati bersama oleh semua warga Marian dan 
sesiapa sahaja yang memerlukan .... 
Tak puas posing di dalam Marian Herbs ni,
Posing pulak kat taman di sebelah atas laluan bebatu pejalan kaki
                
 Ha nak kabo sesape nak posing kat sini pakailah pakaian bertema merah
agar terserlah keceriaan dan keriangan.... tanda suka dan seronok di sekolah saya.
Akhirnya sudut rakaman akhir sesi kali ni....  yang hanya ada di sekolah saya ni.
Oooppss nak rakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada adik-adik yang banyak membantu dalam merealisasikan apa juga perancangan aktiviti dan program bagi meneruskan keceriaan dan kecemerlangan sekolah saya...

Tips Cara mengeratkan kasih sayang sesama warga sekolah.. luangkan waktu bersama.
ps.. masa free aje bila nak berposing ni ye or semasa waktu rehat..
Sayang Semua..akan sentiasa dalam ingatan.
Catatan Memori bersama Zura, Nurul, Suraya, Shimah n Ayu & Laila
5 tahun mengenalimu....