Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Ni cerita bulan lepas. Dah lama nak publish.. tapi dok tersekat-sekat.. nak masuk gambar- susah beno.. so gambornya kemudian la ye..
Alhamdulillah...
Berkat kerjasama semua warga sekolah akhirnya tercapai juga untuk merealitikan hasrat dan impian, menambah ceria sekolah selain memberikan keseronokan anak-anak menimba ilmu di SK Bakong.
Sudut LINUS GARDEN (Highly Immersive Programme) adalah hasil idea bersama guru-guru yang kreatif. Ia juga adalah kesimbungan sudut dari Pondok LINUS yang memfokuskan Literasi Bahasa Inggeris seiring dengan penerapan dan penyebarluas penggunaan Bahasa Inggeris kepada seluruh warga sekolah.
LINUS GGARDEN dibina dalam kawasan angkat ceria Tahun 2, di bawah penyelaras Ustaz Abdul Rahman. Bermula dengan gotong royong yang dimulakan oleh kumpulan Sarana Ibu Bapa yang diketuai oleh YDP PIBG Puan Mazni . Landskapnya hasil kreativiti Cikgu Nora Zaindra dan Cikgu Soleha yang memfokuskan konsep Ceria Berilmu.
Selain keceriaan, LINUS GARDEN memfokuskan kandungan kontsruk dalam Saringan LINUS. Hiasan dan bahan bacaan yang digantung menggunakan bahan guna semula seperti tempurung, papan pellet, CD dan botol air minuman. Laluan reflesiologi dibina di tengah-tengah taman bagi menambah fungsi taman dalam menjaga kesihatan warganya.. Ada kesempatan biasanya sebelum balik, saya akan memijak batu-batu refleksiologi tu. Hilanglah sedikit lenguh-lenguh kaki dan angin-angin dalam badan.
Ops lupa nak ucap terima kasih kepada semua yang berusaha merealisasikan taman ini. Kepada guru-guru, pekerja sekolah, ibu bapa dan pihak PPD yang sentiasa ingin memberikan yang terbaik untuk anak-anak SK Bakong.
Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Perak Tengah Encik Ahmad Zakuan bin Hj Mohd Razi yang sudi hadir merasmikan Sudut LINUS GARDEN yang digabungkan dengan Program Highly Immesive Programme.
Kenangan bersama Timbalan PPD dan Pegawai-pegawai LINUS
Tarikh Perasmian : 6 Julai 2017
Tak sempat nak upload gambar-gambar yang lain..
Nanti la ye di next entri.