Assalamualaikum & Salam Sejahtera Semua
Hari ni 14.12.2017..
Hampir sebulan tak menjengok laman ni...Rinduuu pulak. Banyak memori belum dirakam..
Musim cuti sekolah tapi saya dah tak bercuti... minggu lepas dah bertugas di luar kawasan terus sambung bercuti walau hanya sehari....nanti di next entri saya cerita kisah percutian saya tu...
Hari ni hari terakhir ada kelas extra knowledge untuk anak-anak Tahun 6 2018. Kelas untuk 8 hari aje, agar anak-anak taklupa langsung pada sekolah. Minggu ni aje yang sempat bersama mereka. Tahun depan anak-anak Tahun 6 ada 14 orang, tapi yang datang hari ni 9 orang aje, kira ok la tu, tak paksa pun, sesiapa yang ada hal dan perancangan bersama keluarga dibenarkan tak hadir. Terima kasih cikgu-cikgu yang sedia untuk memberikan ilmu tambahan kepada anak-anak saya.. dan terima kasih juga kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak ke sekolah.
Sempatla bersama mereka waktu rehat tadi... sambil mengambil buah rambutan di hujung musim. Ini lah seronoknya bekerja di sekolah kawasan kampung. Bila musim buah, semua merasa, ada buah tangan yang dibawa balik rumah.
Sempat jugak mengintai cikgu-cikgu saya di bilik BOSS, membuat tugasan untuk persiapan 2018... Terima kasih ye semua... dapat memudahkan urusan nak buka sekolah nanti.
Seronoknya datang sekolah bila musim cuti ni, tak la rasa sunyi jika mereka semua ada...
SUKA, SERONOK, SAYANG sekolah saya