Pages

SK/SMK BL

Suatu catatan untuk kenangan
Nostalgia zaman persekolahan. 11 tahun bersekolah di kampung halaman.

SK Batu Laut (1973-1978)
Mula masuk Tahun 1 tahun 1973, masa tu umur 7 tahun.
Umur 7 tahun wajib masuk sekolah kan... guru kelas masa tu Cikgu Norma

Kawan sekelas masa ni..
Fadzilah (Iboe), Zuraida, Azizah,  X, Zaharah, Cikgu Norma, Mahmudah, aku ke tu, X, Sarbanun Mahmud, Norzaimah
X, X, Nurul Huda, Marihana, adik Cikgu Puteh Zarani,  X , Saru
Yg lelaki tu.. aku xberapa ingatlah.. yang ada dalam gambar
Mohd Jaimi, Kanal Tukiran. Tajudin. Ayob Remot,
(yang lain dan X  tu aku tak berapa ingat la nama ko orang, nanti kalau aku teringat  atau sape-sape yang terbaca blog aku ni  leh la kabo kat aku , nanti aku update ye)

Sampai tahun 6 bersama mereka, cuma bertukar kelas bila naik darjah.
Ye la aku ni bukannya golongan murid pandai. Orang kata golongan pertengahan, tak la glamour sangat. Nak kata aktif, aku cuma main bola jaring, Tahun 6 dapat gak aku masuk  first class, tapi bila exam tak de can nak dapat top 10.
Murid Darjah  Enam  Tahun 1972  di SK Batu Laut, Selangor.
Yang aku ingat namanya :
Zaharah, Ruzana, Siti Suriani, Nurul Huda, Cikgu Mazlan, Mazni, Sarina, X, Hainon, Faridah
Ndon tu, Fadzilah Amanati, Norazlina (Adik Cg Puteh), Normilah, Sarbanun Basir, Ahmad Kamal, Ayob, Masrihana, Norzaimah, Siti Hajar, Rahayu, Sazura
Kamal, Rahim, X, Nizam, Mohd Jaimi, Budak kundang ni, Kamal, Jefri, Tajudin, Zahib, Hamzah, X, X, Wahid, Jali, Zamri. Maaf la mana yang berapa nak ingat nama.
Ni la satu-satu gambar yang ada dalam simpanan
gambar dengan kekawan secara tak formal.
Suriani, Masrihana, Rahayu, Sarbanun M,n Surtiah.

Antara cikgu-cikgu yang mengajar aku zaman sekolah rendah...
cikgu beso Cikgu la paling aku ingat sebab dia mengajar netball, padang kat tepi rumahnya, ada pokok jambu ball, datang latihan awal baling buah jambu dulu. hari Sabtu pun suka kalau disuruh datang berlatih. Zaman tu tepi padang tu semua rumah guru.
Cikgu Puteh Zarani (cikgu netball), Cikgu Mazlan (ni guru kelas Tahun 6), Cikgu Nasaruddin (guru MT Tahun 5), Sir P.Chelliah (BI Tahun 5), Cikgu Zaini, yang lain xberapa perasan. Ingat rupa tapi lupa nama. Maaf ye cikgu2. Dan seorang guru sementara kat sekolah ni yang pernah ajar aku...Cikgu Hassan (masa darjah 4)..hihihi abang sendiri mana tak ingat ye.
Kenangan terakhir aku di sekolah rendah, buat persembahan nasyid akhir tahun lagu Hidup ini bagai lampu dinding (meleleh nyanyi lagu ni) n main angklung.

Zaman sekolah rendah tak banyak bergambar.

Tamat sekolah rendah terus ke sekolah menengah, sekolahnya dalam satu kawasan yang hanya dipisahkan oleh jalan je. padang pun berkongsi tapi sekarang ada pagar berasingan.


SMK Batu Laut  (1979-1983)

Form 1
tahun pertama biasa la mana nak menonjolnya...takut, malu pun ada, Berkenalan dengan kawan-kawan dari sekolah rendah lain, ada yang dari Tanjong Sepat, Kampung Endah dan Morib.
kali pertama aku naik pentas dapat hadiah.... budak tak berapa pandai jarang la naik pentas untuk terima hadiah akademik...







Form 3 -
guru kelas Cikgu Suardi, aku jadi penolong ketua kelas.Masa tu pun dah jadi pengawas sekolah.Form 4 tak bersama dengan beberapa kawan sebab mereka masuk sekolah berasrama
.                        

Masuk form 2 dah mula tunjuk belang...
Mula aktif dalam aktiviti sukan n kokurikulum.
Bola jaring la yang terrornya. Jurulatih kami Cikgu Rusinah, comel je orangnya.
ni gambar masa team bawah 18 (1982)

Geng-geng hoki
Jurulatih N Pengurusnya: Cikgu Mujab, Cikgu Zurinah

Ni team hoki bawah 18 (1982) Team ni jadi Johan daerah sejak mula kami main bawah 15 lagi.
Halimah, Norhayati. Pn Zurinah, Masrihana, Rusinah, Salina,
Sarbanun Mahmud, aku la tu, Melati, Siti Almaerah, Siti Ruzita, Normilah, Noraishah
Kenangan aku main untuk daerah.... seronok sambil main boleh melawat daerah lain selalunya main kat daerah Petaling la.

Tak kira sukan apa aku masuk n wakil sekolah, setengah tu jadi simpanan je..
badminton, bola baling pun aku main.Biasa la kalau dah pandai main 1 sukan, sukan lain pun kira boleh la, stamina masa tu ok la gak.
Ni masa form 3 dengan Raja Noraini, 
Miss Jesie n Kak JJ (pembantu makmal)
nak cepat bergambar, sampai xsempat berkasut

Unit Uniform pun kira boleh tahan la...
Cikgu Kamaliah, Cikgu Fatimah kira pemimpin Pandu Puteri yang best la.
Ni cikgu-cikgu yang sporting n kira rapatla ngan aku jugak.. kat atas tu
Cikgu Jamaliah (cikgu MT ) Cikgu Noraini (SC) n Cikgu Rusinah)
Cikgu Othman Mustafa, Cikgu Kamaliah, Cikgu Fatimah n Cikgu Nekmat.
Cikgu Noraini (guru kelas F4), Cikgu Juriah, Miss Yeoh
Yang kat belakang budak dua orang kenal tak?

Ni Cikgu ERT aku, Cikgu Zainah
daripadanya aku belajar memasak n menjahit..sekarang baju aku buat sendiri (habis sekolah sambung belajar menjahit dengan mak)..hihihi baju kurung je kira save budget la tapi tak ambik tempahan.

Masa form 4 & form 5
hahaha..dah jadi senior katakan...
Cikgu Aslar - PK 1 dan juga  cikgu sejarah, bestnya masuk kelas tak payah bawa buku, semua ada dalam kepalanya. Cikgu Jameah jadi guru kelas. Cikgu yang sentiasa terukir senyuman di bibirnya.
                               
Masa ni ada program kat padang, Hari Guru kot, semua dapat aiskrim.
 Gambar bawah ni saja nak mengingatkan kenangan bersama arwah Nizam 
yang selalu menceriakan suasana di mana sahaja dan tak kira masa.
                                
                                 
Ni rasanya gambar Ahli Kelab MT&SC kan.

 Mula pakai baju biru masa aku form 3...jadi Pengawas Sekolah sampai la Form 5.
Peliknya masa form 4  aku pun jadi pengawas PSS...agaknya suka sangat dok PSS n balik lewat...hihihi terlebih rajin la pulak. ala setakat tolong susun-susun buku je...Ambil peluang sama masa ni zaman buku yang popular buku Nodi n suka baca buku Hardy Boy..
Mula pakai tudung masa aku form 4. hahaha jadi pengawas mesti pakai tudung. Alhamdulillah satu permulaan, sampai sekarang masih berhijab. zaman tu mana ramai budak sekolah yang bertudung macam  zaman sekarang. Sedihnya anak-anak sekarang ada yang pakai masa ke sekolah je, luar sekolah buang...

   Ahli Lembaaga Pengawas Sesi 1983 - Pengetua Pn Tokiah Remot

Ni la antara gelagat zaman aku dan kekawan jadi budak sekolah...
aku masuk ni je, banyak lagi yang lain buat memori sendiri...
                                     
                                     
Zamri, Malik, Jali, Kamal, Junaidi lagi 3 tu xingat la.

2010
first time buat reunion, tapi tak ramai la..ini je yang dapat dihubungi. Kami berempat je.
Terima kasih la Ani sudi jemput ke rumah. Ani, Zaimah n Eca.


2011.
Ramai sikit yang dapat dihubungi n jumpa.   Lepak tepi pantai Morib ni.
Azizah, Rahayu, Norzaimah, Zaharah, Hindon,
Noraishah, Normala, Salamah, Norzana, Siti Suriani
                                      
                       

Makan nasi ambeng yang disediakan oleh Kamarul...
dia malu nak join katanya ni perjumpaan Cik Kiah.

2012..
sempat berjumpa di tepi pantai Batu Laut, xdapat berborak lebih lama masing-masing ada hal.
Sempat jumpa Arman, Mohd Jaimi, Aminul razin, Norzaimah, Salamah Kamal n Siti Surianie.

2014...
hanya posing kat tembok sekolah aku je...
Kira sekolah saya lagi la kan. Nak masuk ada jaga...lagi pun dah lewat petang.


Harap-harap bila balik kampung nanti dapat masuk ke dalam pulak..
Cikgu Razin boleh kot, bawa kami  masuk melawat sekolah tu.



No comments:

Post a Comment