Pages

Sunday, May 8, 2011

SELAMAT HARI IBU

Hari ni Hari Ibu, teringat pula kat mak di kampung. 
Inilah ibu tersayang saya, Sama tak? Tapi mak saya lebih comel kan. 
Terima kasih mak kerana melahirkan saya ke dunia ini. Mengasuh dan mendidik saya hingga dewasa, tapi yang paling penting, mak selalu menyediakan saya bekal untuk ke SEKOLAH hingga ke tingkatan lima. 

Untuk mak tersayang Hjh Ramlah  bt. Karnadi, SELAMAT HARI IBU, 
Semoga sentiasa sihat dan bahagia menjalani hidup ini dan
 dirahmati Allah swt selalu.


Yang bestnya kat SEKOLAH YANG SAYA SUKA, ada yang panggil saya ibu.  Di sekolah saya ni pun ada umi, mama dan bonda. Apa pun panggilan yang diberi, semua tetap meraikan hari yang sama, SELAMAT HARI IBU.
Majlis Jamuan Persaraan UMI  pada 26 April 2011 di Hillcity Hotel, Ipoh.

Untuk semua yang bergelar ibu, mak, umi, mama, bonda dan panggilan yang sama maksud dengannya... SELAMAT HARI IBU.

No comments:

Post a Comment