Pages

Sunday, October 16, 2011

Cerita di Universiti Teknologi Petronas, Perak

Semalam buat kali pertamanya aku menjejakkan kaki ke menara gading. Dah tua-tua baru nak masuk U.....bukan untuk belajar hehehe....tapi nak memberi sokongan moral kepada 4 orang murid aku yang layak ke pertandingan akhir Anugerah Pencipta Muda.  Tahniah dan syabas kepada Nur fatihah Idris, Nuraliah, Nor Aliah dan Nadia Hanim. Aku juga nak ucapkan terima kasih kepada En. Idris, bapa kepada Nurfatihah yang juga seorang guru fizik di Sekolah Menengah Agama Izzuddin, Ipoh yang berjaya melahirkan pencipta muda dari SK Marian Convent.  
Semua adalah hasil usaha, inisiatif dan keprihatinan En.Idris sebagai ahli PIBG sekolah membantu mengembangkan idea, minat dan kecemerlangan murid-murid SK Marian Convent. Aku sebagai guru sekolah ni tentulah bangga dengan kejayaan mereka. Lebih-lebih lagi penyertaan dalam anugerah inovasi memberikan 'point' untuk prestasi Sekolah Kluster Kecemerlangan dan ke arah Sekolah Berprestasi Tinggi.
Hakim sedang menilai hasil ciptaan - Almari Pengering Pakaian
Barangan yang dihasilkan boleh dikomersialkan. Almari pengering pakaian ni amat berguna kalau musim hujan dan bagi golongan yang berkerjaya. Ye la tak sempat nak sidai kain waktu siang...sape-sape yang berkenan boleh la berhubung En.Idris.eh..xleh tulis no pon..contact je sk marian convent, ipoh...leh la tolong sampaikan...



Kebetulan pada masa yang sama adalah hari konvokesyen, jadi aku dapat la tengok suasana hari terbuka konvokesyen ni....geram betul dengan gubahan bunga untuk graduannya...tengokla aksi-aksi tu..hehehe..
Yang ni pun suka jugak....
 
Perasan lak pulak dapat bunga graduan..tunggu 4 tahun lagi..insyallah
 
 
Tumpang gembira dengan kejayaan anak-anak Malaysia di UTP.....

Apa-apa pun memang aku teruja la masuk kawasan UTP ni...bangunannya semua berteknologi tinggi...terutama dewan canselornya, pusat sumber yang bertingkat,,canggih...Cuma aku ralat sikit tak dapat nak mengambil gambar masjidnya yang putih bersih tu...dengan aliran air terjunnya...lain kali kalau aku ke sini lagi...aku mesti ambik gambar kat situ.....tapi bila ye....

No comments:

Post a Comment