Pages

Sunday, June 10, 2012

Kenangan Cuti Sekolah - IPOH-SONGKHLA

Dah lama tak menjengah blog ni, RINDUUUUU sangat. Nak kabo la cerita sepanjang cuti sekolah.
Walaupun sebenarnya tak ada istilah cuti sekolah pada saya. Cuti ke tak ke sama je...kalau dah sukakan sekolah, hari-hari datang sekolah. ALhamdulillah la sekolah saya ni tak lah jauh sangat, jadi hari-hari datang sekolah pun tak kisah.
Esok dah mula bertugas balik secara rasmi,  Dengan tugas baru, jawatan baru, semangat dan azam pun kena diperbaharui dan ditambah baru untuk kecemerlangan sekolah saya ni.

30, 31 Mei dan 1 Jun - LAWATAN KEANTARABANGSAAN BERSAMA DATO' BANDAR IPOH -Dato Hj Roshidi b. Hj Hashim ke SONGKHLA, THAILAND.

Hari Pertama tiba di Songkhla jam 3 petang terus ke Universiti Rajabhat Songkhla - melawat sekolah dalam Universiti. 

 
 Hari kedua melawat ke Hatyawittayalaisomboonkulkanya School di Hatyai. Sebuah sekolah menengah yang cemerlang di Hatyai. 10 orang murid Marian membuat persembahan tarian tradisional dan gimrama.


 
 
 Malamnya ke Kediaman Rasmi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla. Tersergam indah, kagum sungguh. Dua malam kami diraikan di majlis makan malam. Terima Kasih kepada semua perwakilan Malaysia di Songkhla atas layanan yang istimewa kepada kami.




1 Jun 2012 [ kami check-out dan terus ke ANUBAN SONGKHLA SCHOOL, tak sabar nak ke sekolah ni sebab nak jumpa semula beberapa orang murid dan guru-gurunya yang pernah ke sekolah saya dulu.

Selamat Tinggal SINGORA HOTEL, 2 malam di sini selesa dan tenang


Murid-murid Anuban School yang pernah datang ke sekolah saya.
 Miss Somphon, Papawee dan Papawan peserta program sehari di sekolah saya semasa program keantarabangsaan Songkha-Ipoh pada bulan Mei yang lalu bersama peserta sekolah saya Ainny Farah Anna. Gambar bersama Mr Arun dan director sekolah serta Pn Hjh Rogayah guru besar sekolah saya.

 Sesungguhnya lawatan ini adalah satu kenangan manis saya yang tak mungkin saya lupakan. Terima kasih kepada Dato' dan serta isteri, juga Tuan Syed Nasir PA dato' yang banyak membantu dalam menguruskan perjalanan ini. Terima kasih juga kepada semua yang turut serta menjayakan program ini demi kecemerlangan sekolah.
Kenangan bersama sepanjang perjalanan:
Pn. Hjh Rogayah (guru besar) serta suami, Tn.Hj Marazlen b. Amran (Peg.Pel. Daerah KU) , En. Fazul  Yusof (Pen.PPD Kurikulum), Tn.Hj Mat Lazim Idris (Peg.Pel,Daerah KK), En.Mohd.Zaki Jidin (gurubesar SK Chegar Galah KK), Pn.Hjh Puziyah Shafei (penyelia Prasekolah JPN) serta suami, Pn.Zaiton Abd.Hamid (PKPetang), Hjh Khamsiah serta keluarga, Pn.Suzira Mamat serta suami, Pn.Norhashimah Hashim serta anak, Pn.Fairul Nazwa serta anak2, Cik Mardzuani serta adik, Pn. Noraini Abdul Rahman, En Zainal Abidin Yahaya (pegawai MBI) dan peserta tarian - Nurul Farhana, Anis Maisarah, Ain Hazwani, Amirah, Karmilia, Arissa, Arina dan gimrama - Irdina, Afikah dan Ayuni, juga anakanda Fateen Nur Ainny dan Ainny Farah Anna.
 
Bas AHS 7399, Selamat Pergi, Selamat Kembali




No comments:

Post a Comment