Ni Pokok pisang kan..
Cantik deretan pokok ni. Kat tepi pagar belakang, kira-kira, ada 5 rumpun pokok pisang ni, setiap rumpun tu ada yang dua atau tiga batang , biasala anak pokok ni mudah hidup, bila yang tua ditebang, adalah anaknya yang ganti nanti. Bukan kenal sangat jenis pisang ni tapi yang pasti ada pisang nangka dan pisang emas. Bila-bila nanti leh la kita merasa ye.
Pokok Nangka pun ada. Tak tahu la sempat masak ke idak buah ni. Rasanya buat gulai boleh kot. Sejak dok kat sekolah ni tak jumpa la lagi nangka ni masak, yang putik banyak la. Harap-harap sempat la nanti merasa isinya yang kuning dan manis katanya.
Pokok durian ni dah ditanam 10 tahun dulu, tapi tak nak berbuah, Dia sebatang je, tak de kawan, tu yang tak nak berbuah kot. Tak apa lah nak bagi murid kenal macam mana rupanya pokok durian ye. Apa kata nanti kita gantungkan buah durian plastik. Mana tau dia nak berbuah pulak ye.
Ni pokok yang baru ditanam. Pokok rambutan ni ada tiga jenis, iaitu rambutan gading, anak sekolah dan gula batu. Tengok la macam mana perbezaaan buahnya tu nanti. Katanya tiga tahun dah berbuah. Betul gaya menjaga dan membaja, insyaallah boleh sama-sama kita merasa nanti. Cukup sepuluh tahun, satu sekolah boleh wat kenduri rambutan. Daripada kawasan tu terbiar kan, asalnya dulu kat kawasan tu ada pokok lain tapi dah mati. Baik kita tanam pokok buah ni kan.
Tanah yang sekakang kera ni, jika dimanfaatkan insyaallah akan mendatangkan hasil untuk semua penghuninya. Semoga tanaman di kawasan sekolah saya ni akan terus subur dan sama-sama la kita menjaganya dan mencintai alam sekitar kita dengan kehijauan yang mendamaikan.
Letih meronda tapi nampak kehijauan dedaun tu, hilang penatnya.
Ok la..lain kali kita jumpa lagi, rasanya saya nak cerita mengenai pokok herba pulak, satu lagi tanaman yang banyak khasiat dan tamannya sedang diusahakan.
Tunggu ye.
No comments:
Post a Comment