Pages

Friday, March 29, 2013

CUTI SEKOLAH DENGAR TAZKIRAH..

Assalamualaikum. dan selamat sejahtera ...
Apa khabar semua. Tentu ramai yang seronok kan. Ye la cuti sekolah kan. Semua sibuk merancang pergi bercuti, jalan-jalan makan angin...
Tapi pada saya sebenarnya cuti ke tak ke sama aje...sibuk nak ke sekolah..
Cuma bila masa cuti ni, nak datang sekolah ke nak balik ke ..ikut suka hati sendiri la..
Tapi syukur sangat la cuti kali ni boleh la beri tumpuan pada assigment yang berlambak-lambak tak siap lagi..tersangkut-sangkut nak siapkan. Konon nak pulun la bagi siap semua sebelum buka sekolah. Nak hantar pun tak lama lagi. Heeeeeee sempat ke ni.

Dalam sibuk-sibuk nak siapkan assigment masa cuti sekolah ni..ada juga program yang kena hadir.
Tapi sebenarnya bukan satu beban pun.  Mula baca arahan di Portal PPD tu rasa malas sangat nak pergi..tapi bila fikir-fikir , timbang-timbang, kaji-kaji apa salah pergi kan.. Bukan selalu dapat peluang macam ni..
Alhamdulillah,. dapat menambah ilmu dalam tazkirah dan bersolat maghrib dan isyak berjemaah berimamkan Imam Besar Masjid Kubaa' , Mekah AL Mukarammah. dan yang paling sedap...makan nasi briani...betul2 berani tu..
 
Sempat lagi tu..siap bersila dan melunjur, cuma tak baring je.
 Dok intai muka imam tak dapat nak tengok, jadi tak adalah gambar imam tu.. Sendiri posing la..
Apa yang boleh dijadikan ingatan.... banyakkan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW..banyak hikmahnya bila sentiasa mengingati dan berselawat ke atasnya. Sentiasa mengingati Allah, mudah-mudahan kita sentiasa dipermudahkan dalam semua perkara. Sesuatu bala atau musibah yang menimpa mungkin ada kekurangan dan dosa yang telah kita lakukan. Allah memberi kita kesedaran untuk kita bertaubat sebelum terlambat.
Terima kasih Kak Pah..

PA yang setia pun ikut sama...Alhamdulillah.

Dah dicedok baru teringat nak digambor..hehehe..Ada Briyani..

Patut satu dulang 10 orang, ni 6 orang je...mana nak larat habiskan..
Kalau nak kira ni program antarabangsa tak?
Hahaha apa-apa sekarang ni kira nak buat jalinan keantarabangsaan je...
ada jemputan untuk melawat pusat-pusat pengajian Islam dari Baba Ismail Ishaq Benjasmith ke Patani, Selatan Thailand. Boleh la kita pergi ye..
Bacaan yassin dan imam dipimpin oleh dua orang Imam Besar  Majid Kubaa', Mekah iaitu Sheikh Muhammad Khalil Al-Qari dan Sheikh Muhammad Abtan Al-Sammari.

Oh ya..nak maklum juga..guru besar sekolah saya ni Pn.Hjh Rogayah pun hadir juga..cuma tak sempat nak bergambar sama je
Ok la dah mengantuk ni..dah zzzzzzzzzzzz.
Esok ada program lain pulak kat sekolah.
Jumpa lagi.

No comments:

Post a Comment