Dah seminggu berlalu cuti sekolah akhir tahun. Minggu ni kena bertugas. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. Perancangan 2014 perlu siap sebelum sekolah dibuka. Alhamdulillah setakat ni perancangan dah hampir siap, selepas tu kena digabungkan dengan Unit Kurikulum dan Kokurikulum agar ianya seiring semasa berjalan atau berlari. Nanti akan diupdate untuk dikongsi bersama.
Hari ni nak check fail Induk.
Bilangan fail ni sebenarnya ikut sekolah masing-masing tapi asasnya sama je. Ia mestilah ikut Jawatankuasa yang wujud di sekolah dan mengikut keperluan. Fail yang popular diminta oleh nazir selalunya Fail Induk Jawatankuasa HEM, Perancangan Strategik, Disiplin, Bimbingan Kaunseling, SPBT, RMT, Kantin dan Data Murid. Ianya pun bergantung kepada tujuan pemantauan nazir berkenaan. Kalau nak memantau SPBT, kena bawalah ke bilik BOSS yang ada 9 fail yang berkaitannya.
Senarai Fail Induk SK Marian Convent, Ipoh
SKMC/04/01/001 FAIL JAWATANKUASA HAL EHWAL MURID
/1 Carta Organisasi/Jawatankuasa & Senarai Tugas
/2 Minit Mesyuarat & Surat Panggilan Mesyuarat
/3 Takwim / Perancangan Tahunan
/4 Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling
/5 Anggaran Perbelanjaan / Kewangan
SKMC/04/01/002 PERANCANGAN STRATEGIK
SKMC/04/01/003 PEMBANGUNAN PROGRAM SAHSIAH & LAPORAN
SKMC/04/01/004 DISIPLIN & PENGAWAS SEKOLAH
SKMC/04/01/005 BIMBINGAN & KAUNSELING
SKMC/04/01/006 KEBERSIHAN & KECERIAAN
SKMC/04/01/007 KESELAMATAN & KECEMASAN
SKMC/04/01/008 KESIHATAN & RAWATAN
SKMC/04/01/009 KEBAJIKAN & BANTUAN
SKMC/04/01/010 KANTIN
SKMC/04/01/011 RMT & PROGRAM SUSU SEKOLAH & VITAMIN 1M
SKMC/04/01/012 SKIM PINJAMAN BUKU TEKS (SPBT)
SKMC/04/01/013 PERABOT & KEMUDAHAN FIZIKAL
SKMC/04/01/014 DATA MURID (APDM & SSM)
SKMC/04/01/015 LAWATAN & PENANDA ARAS
Kandungan Fail Sisipan dalam Setiap Fail 004 - Fail 015
(Fail rasmi : Fail Kertas berwarna putih)
/1 Takwim/ Perancangan Aktiviti/ Program Tahunan
/2 Carta Organisasi/ Jawatankuasa
/3 Surat Panggilan dan Minit Mesyuarat
/4 Dasar / Garis Panduan & Surat Pekeliling SPI/KPM
/5 Laporan Pemantauan/ Aktiviti
/6 Pelbagai
(data/maklumat, senarai nama/barang, contoh-contoh borang)
Unit Hal Ehwal Murid
SK Marian Convent, Ipoh
Sekolah Berprestasi Tinggi.
Daripada pengalaman saya, laporan yang diminta selalunya untuk tempoh tiga tahun terakhir. Sebaiknya data-data/maklumat tu disimpan untuk tempoh 5 tahun. Kadang-kadang yang lama tu boleh dijadikan panduan. Lain orang lain ideanya kan, kita pun bukan duduk lama dalam sesebuah sekolah. Yang baik akan dijadikan panduan, yang perlu diubahsuai dan dipertingkatkan mengikut masa dan keadaan. Jangan copypaste ubah tahun aje sudah...
Fail Induk tu SKMC menggunakan Fail Kotak - mudah dan lebih kemas untuk penyimpanan
Fail sisipan dimasukkan ke dalam fail Induk mengikut susunan.
Terima kasih kepada semua Setiausaha JK Unit Hal Ehwal Murid SK Marian Convent, Ipoh yang menyediakan fail-fail dengan lengkap dan sentiasa dikemaskini.
Selamat petang cikgu, saya baru dilantik menjadi setiausaha HEM.. Saya ingin bertanya.. Fail Pengurusan HEM hanya sebuah sahaja atau seperti dalam gambar di atas? Untuk pengetahuan cikgu, sekolah kami telah dicalonkan penerima Baiah tahun ini. Mohon pencerahan dari cikgu ya..terima kasih
ReplyDeleteSelamat petang. Maaf terlambat reply.
DeleteSetiap Jawatankuasa Kecil mempunyai failnya sendiri seperti yang disenaraikan mengikut bidang dalam pengurusan HEM dan keperluan sekolah masing-masing. (daripada 001 -015)
Setiap jawatankuasa sekolah saya menggunakan fail kotak.
Dalam setiap fail Induk setiap Jawatankuasa ada fail putih seperti gambar yang ditunjukkan.
Harap dapat membantu dan sempat disediakan untuk verifikasi baiah.
Selamat Maju Jaya.