Pages

Monday, November 4, 2013

Salam Maal Hijrah

Alhamdulillah kita bertemu semula di tahun baru bulan Islam..
Tahun ini 30 zulhijjah jatuh pada 4 November 2013 hari Isnin  dan 1 muharram jatuh pada 5 November 2013 hari Selasa.. Sekolah saya bercuti pada kedua-dua hari tersebut...alhamdulillah, insyaallah marilah kita mengamalkannya.


Doa Akhir Tahun

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib pada akhir bulan Zulhijjah,

Dengan izin Allah, sesiapa yag membaca doa ini akan mendapat perindungan Allah SWT dan fitnah dan tipu daya syaitan serta mendapat setahun keampunan dosa yang lalu.

Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Doa Awal Tahun
Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam 1 Muharram 1433 (Hari Sabtu malam Ahad).
Barangsiapa membaca doa ini sebanyak 3 kali selepas solat rowatib ba’diyyah Maghrib pada malam tanggal 1 Muharram, Allah akan memerintahkan 2 malaikat untuk melindunginya daripada fitnah dan tipu daya syaitan selama setahun yang mendatang.
Maksudnya:
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.

PENGERTIAN AWAL MUHARRAM

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah)
Sebelum rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi
Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri
Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah
Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah 
(Al Baqarah: 91)
Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan


PERISTIWA-PERISTIWA PENTING

  • 1 Muharam –
  •        Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  • 10 Muharam –
  •        Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting              yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi              menegakkan keadilah dan kebenaran

Pada 10 Muharam juga telah berlaku
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  • Hari pertama Allah menciptakan alam
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan ‘Arasy
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz
  • Allah menjadikan alam
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril
  • Nabi Isa diangkat ke langit


AMALAN-AMALAN SUNAT

Antara amalan disunatkan pada bulan Muharam
Berpuasa
Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat selama 2 tahun

  • Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
  • Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali
  • Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram)
  • Melapangkan masa/belanja anak isteri : 
  • Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini

  • Memuliakan fakir miskin : 
  • Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti

  • Menahan marah :
  • Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha

  • Menunjukkan orang sesat :
  • Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya

  • Menyapu/mengusap kepala anak yatim : 
  • Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya

  • Bersedekah : 
  • Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini

  • Memelihara kehormatan diri :
  • Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan

  • Mandi Sunat : 
  • Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu.
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala”

  • Bercelak : Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu

  • Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali : 
  • Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti

  • Sembahyang sunat empat rakaat : 
  • Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. 
  • Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala”
*Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali

  • Menjamu orang berbuka puasa :
  • Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa

  • Puasa (Niat) – 
  • “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala “ 
  • Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka

No comments:

Post a Comment