Pages

Tuesday, December 3, 2013

Bunga Orkid dan Kantin

Hari ini ke sekolah lagi...
Nak kata rindu...dah hari-hari datang, rindu kat siapa? 
Kalau dah suka, hari-hari nak tengok ye
Macam biasa la ronda tengok apa yang patut, kamera tetap di tangan..
Ni la yang sempat dirakam hari ni..
pokok-pokok yang ada di Taman Orkid..



Sebenarnya ada lagi orkid yang sedang berkembang dan ruang kosong yang boleh ditambah. Jadi ada sesiapa yang ingin memberi sumbangan pokok-pokok orkid, silakanlah...

Habis meronda dok dalam bilik..sejuk-sejukkan badan, sementara nak menunggu 2.00 petang. 
Hehehe bukan duduk-duduk saja ye..alhamdulillah siap jugak kerja untuk hari ini.

Jam 2.30 petang pula mula mesyuarat JK Pemilihan Sebut Harga Kantin, yang dipengerusikan Puan Guru Besar dan disertai beberapa orang guru yang bakal jadi AJK Kantin untuk sesi 2014. En. Hajar bin Malik, Penyelia HEM PPD Kinta Utara turut hadir sebagai wakil pihak PPD.
Antara peringatan/nasihat yang diberikan. Sebenarnya sememangnya dah tahu tapi eloklah diperingatkan semula..
1. JK Peti sebut harga dipengerusikan oleh PK Pentadbiran bersama 2 orang Jawatankuasa yang 
    terdiri daripada guru. Menyediakan senarai semak pembida tender mengikut urutan sampul yang 
    dibuka. Segala maklumat dan keputusan diminitkan. 
2. Mesyuarat JK Pemilihan Sebut Harga dipengerusi oleh Guru Besar, Setiausahanya PK HEM dan     beberapa orang ahli Jawatankuasa. Berbincang berdasarkan senarai semak pembida tender.             Semua keputusan diminitkan.
3. Pembida yang berjaya akan mengusahakan kantin sekolah untuk tempoh minimum 23 bulan 
    tanpa melanggar syarat-syarat perjanjian dan menunjukkan prestasi yang baik.
4. Perjanjian Kantin hendaklah berasingan dengan Perjanjian RMT, sekiranya pengusaha kantin 
    yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan bekalan RMT.
5. Pihak sekolah mesti memastikan pengusaha kantin:
     a. mematuhi  arahan pihak pengurusan sekolah.
     b. Menyediakan pekerja yang mencukupi, statik dan sesuai serta mendapatkan suntikan pelalian 
         pengusaha makanan. Penggantian pekerja hendaklah dimaklumkan kepada pentadbir sekolah.
     c. memakai apron yang cerah.
     d. tempat membasuh pinggan paras pinggang.
     e. Serangga perosak lilati (lipas, lalat dan tikus) hendak dihindarkan.
     f. Makanan dalam peti sejuk hendaklah diasingkan mengikut jenis (makanan basah tidak 
        bercampur dengan makanan kering)
     g. Suhu peti sejuk antara -18C hingga 0'C, manakala suhu peti beku  0'C hingga 4'C
     h.Tidak merendam makanan beku (ayam/daging) untuk tujuan mempercepatkan 
        kelembutannya.
     i. melayan pelanggan/murid dengan baik dan mesra.



Tahun depan pengusaha baru di sekolah saya ni....
Dah selesai untuk hari ini, jam 4.45 petang. Jom balik.. 5 hari tak mungkin menjenguk sekolah. 
Nak bercuti dulu ye. 
Selamat Bercuti cikgu-cikgu dan murid-murid semua.

No comments:

Post a Comment