Pages

Wednesday, February 12, 2014

Mencatat Amalan Terbaik Marian

Penerapan kemahiran mendengar dan mencatat nota sentiasa diamalkan pada setiap murid Marian. Bersesuaian dengan budaya Marian,  membawa buku cerita sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. Murid digalakkan belajar walau hanya dengan memerhati dan mendengar
Murid mencatat makluman dan pesanan yang didengar semasa perhimpunan di dalam Buku Komunikasi. Buku Komunikasi yang dibahagi kepada 2 bahagian iaitu catatan perhimpunan dan surat siaran/makluman sekolah. Catatan kerja rumah pula ditulis dalam buku Komunikasi Sarana Ibu Bapa.
Catatan dalam Buku Komunikasi adalah hubungan antara Sekolah dan Ibu Bapa..
Sebagai satu cara penyampaian maklumat dan berita semasa sekolah.
Mengikut Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dalam anjakan ke 9, ibu bapa harus tahu semua aktiviti anak-anak sepanjang mereka di sekolah dan memberikan sumbangan apa saja demi kebaikan sekolah anak-anak. Buku komunikasi adalah salah satu cara menghubungkan sekolah dan ibu bapa.




                                                                                                                     
Murid Rajin Mencari Jalan,
Murid Malas Memberi Alasan..                    

No comments:

Post a Comment