Dan hari ni juga last day untuk minggu ini, hari apa..hari Jumaat la kan. Ooo minggu depan dah start cuti seminggu - cuti pertengahan penggal 1. Eh Cikgu Cuti ke? hahaha.. tak ada maknanya cuti tu..jadual dah tersusun. Esok ada majlis kat sekolah, next week pun ada program dan tugas yang perlu diselesaikan...so hari ni sibuk la wat persiapan...
Dalam sibuk-sibuk tu sempat la adik kakak ni mengadakan majlis untuk diri sendiri.... hahaha.. siapa lagi orang yang sibuk dan suka menyibuk ni.. tumpang rezeki ye.
Untuk adik kakak....hanya seuntai doa kuberi pada kalian, semoga semua sentiasa dalam rahmat Allah, diberi kesihatan dan kekuatan dalam menjalankan tugas, dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, tahun depan boleh buat majlis lagi. Perkenanlah.
Eh siapa pulak tu, tetiba ada jejaka sedondon tu..cikgu baru ke? hahaha tak sangka pulak sama bulan lahirnya dengan akak2 tu. Guru pelatih IPG Kampus Ipoh buat Latihan ROS, pandai dia bawa diri, pandai menyesuai dan meramahkan diri dengan suasana sekolah. Ringan tulang.
Alhamdulillah hari ni pun dapat selesaikan projek yang tertangguh ni.
Terima kasih bebanyak ye nak.. .hehehe pangkat anak tu, boleh buat menantu ni.
Tak sempat selesai, ada projek lain pulak dengan pihak UTP, memang dah janji nak jumpa. Ha tinggal la si Azfizal tu siapkan seorang2. Hampir 45 minit, baru perbincangan selesai dengan 2 orang staf dari UTP....tapi itu baru langkah pertama, Jalinan ini akan berterusan sehingga projek ini berjaya. Projek apa...tunggu!!! Apa-apa pun semua untuk sekolah.
Selesai semua tu, baru sempat nak meraikan si baju pink tu..tiba waktu rehat
makan sekadarnya aje. kek tu suka wat posing je. sedap ke? tak sempat nak rasa.
tapi dapat la rasa nasi dagang, pulut hijau, kuih cara, nasi impit kuah kacang,
tahu sumbat, yg sukanya cocktail, n tembikai susu, Mee bandung second round baru rasa.
Dah puas makan, barula g ronda sekolah, tengok apa yang patut, tolong2 sikit bahagian persiapan untuk majlis esok. Tapi terlupa lak nak snap semua tempat tu tadi. Esok pagi2 la,
Ni je yang sempat dirakam. Persiapan tempat oleh guru-guru SK Pakatan Jaya.
Last cerita hari ni...first time hadiri mesyuarat Agung PIBG sekolah anak bongsu saya dan terus ambil balik dari asrama. Pergi dengan cik abang....sabarnya cik abang saya hari ni, hehehe.
Hampir 12 jam saya dok kat sekolah hari ni... 8 jam setengah kat SKMC, 2 jam setengah kat RPS...Itulah dunia saya dan sekolah.
Ok..jumpa lagi esok kat sekolah saya.
No comments:
Post a Comment