Bersama tetamu Penanda Aras dari PPD dan Majlis Guru Besar Daerah Kinta Selatan, Perak |
Menandatangani Buku Pelawat dan Minum pagi
Persembahan Choral Speaking
Ucapan dan Taklimat.
Kena beri taklimat tentang Amalan Terbaik Marian dan Kak Pah pula kena beri taklimat kecemerlangan akademik dan ucapan aluan bagi pihak sekolah sebab Guru Besar saya tiada bersama kerana sedang berkursus di Institiut Aminudin Baki Genting Highland.
Selesai sesi taklimat, semua tetamu mencari maklumat mengikut tugasan yang diberi oleh penyelaras lawatan mereka. Ada yang ke Bilik Seri Gemilang untuk melihat fail, ke bilik guru, pejabat, bilik-bilik khas (bilik kaunseling dan Pusat Sumber Sekolah), persekitaran sekolah dan saya sempat bersama pegawai PPD dan YDP MGB melawat kelas pembelajaran.
Pegawai PPD, Yang DiPertua dan SU MGB ke kelas peembelajaran menggunakan chrome book. |
Makan tengah hari dan penyerahan cenderahati kepada tetamu sebagai tanda ingatan.
Sambil menikmati hidangan, tayangan slaid powerpoint tentang latar belakang dan kejayaan sekolah sebagai panduan penyediaan powerpoint untuk pemantauan nazir ke arah
Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Sekolah Berprestasi Tinggi
Penyelia Cemerlang PPD Kinta Selatan, sebelum ini pernah bertugas
di Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak - En. Mior Khir b. Hj Ghazali,
di Sektor Pembangunan Kemanusiaan JPN Perak - En. Mior Khir b. Hj Ghazali,
kenalan lama di SK Rapat Setia- En Safaruddin dan
guru besar yang peramah dan mesra.
Sempat jugak berposing-posing ni. hihihi.... Acara wajib tau..
Acara rasmi selesai pada jam 12.30 tengah hari, tetapi beberapa kumpulan guru besar ini membuat perbincangan dan taklimat bagi menyelesaikan tugasan masing-masing. Ruang dan peluang diberikan kepada mereka berada di Dewan Gemilang sehingga selesai misi lawatan mereka. Semoga ada di antara sekolah-sekolah ini yang akan mendapat pengiktirafan SKK atau SBT di masa hadapan. Mudah-mudahan bertambah bilangan sekolah SKK dan SBT di Negeri Perak. Amin.
Terima kasih atas kunjung anda semua.
No comments:
Post a Comment