Pages

Friday, April 4, 2014

Tumbuhan Semula Jadi dan Hidupan Liar - Kajian Tempatan Tahun 5

Hi girls,
Ni tajuk terakhir untuk Tema Mengenal Negara Kita.


JENIS-JENIS HUTAN DI MALAYSIA

Negara kita kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan-tumbuhan dan haiwan.
Terdapat 4 jenis hutan tumbuh-tumbuhan.
Teliti dan kaji peta di bawah.


1. Hutan Hujan Tropika / Hutan Khatulistiwa
a. Tumbuhan
    - kawasan hutan paling luas (60% di Semenanjung dan 75% di Malaysia Timur).
    - pokok tumbuh di kawasan tanah pamah, bukit bukau dan lereng gunung.
    - tumbuh rapat-rapat dan mempunyai ketinggian berbeza.
    - ciri-ciri pokoknya ialah berbatang lurus dan tegak, malar hijau dan berakar banir.
    - pokok kayu keras yang berharga dan bermutu (kayu balak) seperti cengal, meranti, keruing
          dan balau.
    - pokok sederhana tinggi seperti palma, buluh, rotan, pokok herba dan renek seperti senduduk.

b. Hidupan Liar
    - Bawah pokok habitat untuk haiwan seperti harimau, gajah, beruang dan musang.
    - Pokok yang tinggi menjadi  habitat haiwan seperti burung, kelawar, kera, lebah dan tupai
       terbang.

2. Hutan Paya
i. Hutan Paya Air Masin / Bakau
   - Tumbuh di kawasan pinggir laut dan muara sungai yang berlumpur serta berair.
   - Pokoknya berakar jangkang seperti pokok bakau,  gelam, nipah dan nibong.
   - Habitat hidupan liar biawak, kera, ular, memerang dan burung bangau.
             
        
i. Hutan Paya Air Tawar
   - Tumbuh di kawasan pendalaman, bersaliran tidak baik dan bertakung air.
   - Jenis pokok nipah, kempas, keladi air, teratai dan gelam.
   - Habitat hidupan liar ialah buaya, ular dan biawak.
 
3.Hutan Pantai
a.Tumbuhan
    - tumbuh di pinggir laut yang berpasir.
    - pokok jenis tahan tiupan angin seperti pokok ru, mengkuang laut dan pokok kelapa.

b. Hidupan liar seperti ular di kawasan berair, pelbagai species burung monyet di hutan pokok ru
     dan pokok kelapa.

4. Hutan Gunung
a. Tumbuhan jenis bantut dan jarang-jarang seperti pokok laurel, paku pakis,orkid dan periuk kera.
b. Habitat bagi binatang berbulu panjang seperti tupai gunung, siamang dan burung rajawali.


Rujukan blog:
http://iniatinta.blogspot.com



FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PELBAGAI JENIS TUMBUHAN SEMULA JADI

1. Bentuk Muka Bumi
    - di puncak suhu sederhana - banyak tumbuhan jenis lumut dan paku pakis
    - kawasan cerun terdapat pokok jenis renek dan tunbuhan berdaun tirus.
    - kawasan tanah pamah terdapat hutan hujan tropika

2.Iklim
    - hujan lebat dan pancaran matahari yang cukup menjadikan tumbuhan malar hijau.
    - suhu 27 darjah Celcius dan jumlah hujan tahunan 2600mm menggalakkan pertumbuhan hutan
      hujan tropika.

3. Saliran
   - saliran tidak baik, air akan bertakung - tumbuh pokok mengkuang dan nipah
   - saliran yang baik, air tidak bertakung - tembusu, penaga, jelutung dan ramin.

4. Tanah-tanih
   - Jenis-jenis tanah: aluvium, laterit, liat dan pasir
   - Tanih alvium dan laterit sesuai bagi tumbuhan hutan hujan tropika seperti belukar dan paku
      pakis.
   - Tanih liat dan berpasir ditumbuhi pokok bakau dan pokok ru.



KEPENTINGAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI

bunga rafflesia
1. Flora dan Fauna
     - Kepelbagaiannya menjadi daya tarikan pelancong seperti             bunga rafflesia - bunga terbesar di dunia.
     - Bahan penyelidikan oleh penyelidik tempatan dan luar
       negara bagi menjamin warisan kepada generasi akan datang.





2. Tempat Perlindungan Hdupan Liar
      - Tempat tinggal dan tempat pembiakan secara semula jadi hidpan liar seperti orang utan.
      - Sumber makanan kepada haiwan di hutan tersebut- iaitu buah-buahan.

                   


3.  Sumber Perhutanan
      -  Sumber industri kayu kayan - pokok damar, rotan dan buluh.
      -  Hasil hutan menjadi sumber perubatan seperti asam jawa, inai, kacip fatima, tongkat Ali.
      -  Sumber makanan - petai, jering, kerdas dan buah-buahan.

4. Kawasan Tadahan
     - Hutan penting untuk mengekalkan lembapan dan memperlahankan kadar aliran air hujan.
     - Air kegunaan harian berpunca dari air tadahan yang dirawat semula.

5. Mencegahan Hakisan
    - Akar tumbuhan di lereng bukitberfungsi sebagai tutup bumi dan mencegah hakisan.

                    


6.  Pembiakan Hidupan Laut
    - Tumbuhan semula jadi di kawasan hutan paya dapat memecahkan ombak dan
       memperlahankan arus air laut. Ia dapat melindungi haiwan seperti lokan, siput, udang dan ikan.
    -  Akar pokok menjadi pelindung kepada ketam dan telur ikan daripada serangan haiwan
        pemangsa.
                 



Setelah mengenali jenis-jenis hutan dan kehidupan flora dan fauna di Malaysia.
Jom kita kaji flora dan fauna di luar negara pula.



JENIS TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR 
DI KAWASAN ZON IKLIM DUNIA

A. Kawasan Gurun Panas
Jenis pokok -



    i. kaktus,
    ii. Kurma,                                                    
   iii. Akasia,
   iv. Rumput kasar






Hidupan Liar
    i. Unta
   ii. Gazelle (rusa)
  iii. Oryx (kambing)
 iv. Kala Jengking

        


B. Kawasan Tundra

Jenis pokok -
     i. Willow,
    ii. Birch,
   iii. Aspen,
   iv. Lichen


Hidupan Liar
    i. Beruang Kutub
   ii. Penguin
  iii. Burung Plarmigan
  iv. Burung hantu sajli



C. Kawasan Mediterranean

Jenis pokok -
     i. Oak,
    ii. Cypres,
   iii. Zaitun,
   iv. Sequoia


Hidupan Liar
    i. Kambing Liar
   ii. Serigala
  iii. Arnab
  iv. Musk Ox


D.  Kawasan Siberia

Jenis pokok -
     i. Pain,
    ii. Fir,
   iii.  Spurs,
   iv. Tupai
   v.  Larch


Hidupan Liar
    i. Moose
   ii. Serigala
  iii. Sable
  iv. Lamming


P/s:  Anda boleh search google image untuk mengenali flora dan fauna di kawasan Zon Iklim Dunia.


No comments:

Post a Comment