Pages

Saturday, May 31, 2014

Australia tunggu kami datang

Nak ke Australia? Biar betul nak pergi Australia ni..
Ye..nak ke Melbourne, nun kat bawah sekali tu.. masa ni awal musim sejuk ..
NI ..tengah siap-siap nak pergi esok. Flight kul 11.30 malam (MH149). Bertolak dari sekolah jam 3.30 petang...Nak kata excited tu ada la sikit, sebab badan tak berapa sihat, nak pergi pun rasa tak selesa, tapi kerana tanggungjawab dan perancangan yang telah diatur, ia harus diteruskan.
Sebenarnya pergi atas program pengantarabangsaan sekolah saya. Bila dah jadi Sekolah Berprestasi Tinggi, kena ada program-program antarabangsa yang melibatkan murid-murid dan guru-guru. Jadi untuk kali ini seramai 23 orang murid, 8 orang guru dan seorang ibu turut serta dalam program ini.

Tujuan utama ke Australia mengadakan Program Pengantarabangsaan bersama Halleybury Primary School Melbourne.
Malam ni last packing sebelum bertolak esok.. Sambil-sambil tu search tempat-tempat yang akan dituju dan keadaan di Melbourne..

Suhu..
sekarang awal musim sejuk/winter  = Jun - Ogos (suhu mencecah 2 darjah Celcius)
Musim Bunga / Spring = September - November (kalau dapat pergi masa ni best sikit kan tp budget tinggi la sikit)
Musim Panas/ Summer = Disemeber - Februari (Suhu mencecah hingga 46 darjah Celcius)
Musim Luruh/ Autum = Mac - Mei

Hari kami di sana nanti suhunya dijangka 6 darjah Celcius.. lebih sejuk dari aircond, bayangkan sentiasa dalam aircond pun tak tahan, selsema ni ntah la..kena bawa ubat selsema.

Waktu
untuk Melbourne (GMT+6) manakala Malaysia (GMT+8). GMT ialah Greenwich Mean Time. Oleh yang demikian beza masa adalah  2 jam pada waktu biasa dan 3 jam sewaktu Daylight Saving Time. Daripada maklumat yang diberitahu sekarang waktu siang lebih pendek daripada waktu malam, so kena tidur awal la..hehehe musim sejuk. Nak ronda-ronda sangat pun terhad, cuaca cepat gelap.

Pakaian
Bila dah musim sejuk ni kena la bawa baju yang tebal-tebal. Nampak gaya kena pakai baju berlapis-lapis la nanti. Tak tau la first time nak pergi ni... Alhamdulillah ada baju tebal en suami masa dia pergi Turki dulu..boleh dipakai lagi.. kasut sarung, stoking tebal semua dah masuk beg...sarung tangan ..eh tak bawa pun..harap-harap leh tahan sejuk tu nanti. Yang pasti pakaian seragam untuk program di sekolah tu yang kena masuk dulu.

Barang yang dibawa
Makanan yang ada unsur haiwan/daging memang tidak dibenarkan (spt serunding, susu), bahan jenis kekacang pun tak boleh. Nak bawa pundi kacang untuk aktiviti kat sekolah pun kena ganti guli. Kang tak pasal dibuang, program pun terganggu.
Yang penting semua barang kena declare, kalau tak senang-senang je dicampak dalam tong sampah.
Nak bawa maggie ngan biskut sikit la..standby mana tau keadaan di sana.

Memang banyak n senang nak cari kedai yang jual makanan halal, gerai kebab pun banyak tapi....
MAHAL katanya...so untuk langkah berjimat bawa la sikit untuk alas perut. Sebenarnya semua disediakan dalam pakej...jadi tak la susah hati sangat, sampai masa makan, kita makan. Insyaallah.

Tempat yang akan dituju
Penerbangan malam, jimat masa, pagi esoknya dah sampai, so boleh terus jalan-jalan.
Hari Pertama:
Philip Island - Maru Koala Park, Rhyll Fishing Park, Penguin Parade dan Kilang Coklat.

Hari Kedua
Program di Halleybury Primary School, Melbourne

Hari Ketiga
1. Lawatan ke Victoria University of Melbourne, Australia
2. Wildlife Park Ballarat
3. Muzium Sains Melbourne

Malam penerbangan balik ke Malaysia. Rehat dalam flight je..8 jam penerbangan katanya.
Pemergian kami semua diuruskan oleh pakej, so ada seorang guide yang akan bawa kami ke mana sahaja, mudah segala urusan.
Ok la balik nanti akan dikongsikan bersama pengalaman di sana. Insyaallah.

Doakan Semoga perjalanan ini akan selamat pergi dan balik. Amin.

Tuesday, May 27, 2014

Sebelum CUTI SEKOLAH

Hari ini hari terakhir persekolahan bagi sesi penggal pertama, semua seronok nak bercuti ye, Last day kat sekolah, cuti selama 19 hari bermula 28 Mei hingga 15 Jun 2014. Tapi saya tak ke SEKOLAH hari ini,....kena menghadiri Kursus di SMK Anderson...nak buat macam mana arahan JPN & PPD demi mencapai kecemerlangan daerah dan Negeri. Murid-murid saya yang ada appointment dengan saya kena tangguh la buka penggal dua nanti ye...
Cikgu-cikgu pun sibuk beri homework...cuti lama tu,tak kan nak relax n rehat memanjang..
Bagi murid-murid Pendidikan Moral saya tu, homework tetap ada, walaupun bukan yang bertulia tapi kena amalkan nilai-nilai murni di rumah, so buka sekolah nanti kena buat laporan kerja amali kamu tu ye...Bagi Murid kelas Pendidikan Seni saya pulak  boleh la tolong emak kemas n hias rumah tanpa disuruh. Melipat kain tu ada seninya tau, seni llipatan kan....

Tugas sebelum CUTI SEKOLAH...
Menjadi JU HEM Program KITA BOLEH..Kursus Peningkatan Profesionalisme Penolong Kanan HEM dan Guru Tahun 6 Daerah Kinta Utara 2014/2015
 
Kena beri talk Slot ke 2 selepas Ucapan dan Taklimat Penyelia Kanan HEM PPD Kinta En. Hajar Malik bersama rakan JU.



   Bersama rakan JU dalam Slot ke 3 , Lagu Kita Boleh dan  5A/7A ..Yakin Boleh
Bersemangat semua kawan-kawan saya ni.

 Buat kenangan bersama..di mana-mana pun nak posing.
 Penolong PPD HEM yang baru 7 hari bertugas di PPD
 En. Borhan b. Shamsuddin, 
Penolong PPD Bimbingan Kaunseling En. Roslan b. Yahaya dan
Penyelia Kanan HEM En, Hajar bin Malik



JOM ANAK-ANAK PERAK, berusahalah dan YAKIN BOLEH untuk mencapai kecemerlangan diri demi guru, ibu bapa, sekolah, daerah dan negeri PERAK agar terus UNGGUL dan SENTIASA DI PUNCAK KECEMERLANGAN

 SELAMAT BERCUTI SEMUA. 
Jaga kesihatan dan keselamatan Diri.

Friday, May 23, 2014

Dialah Guru..... Sajak hasil karya MB Perak 2014

YAB Dato'Seri Dr Zambry mendeklamsikan sajak
 di Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2014



                                         

Dialah Guruku
Yang mengajarku bertatih mengejar ilmu
Waktu tiada huruf dan kalam dari alam fikirku
Tentang ilmu itu adalah penyuluh hidup
Tentang ilmu yang nilai seluruh cakrawala
Tentang ilmu maknanya pembebas kemiskinan
Tentang ilmu pembela dari nestapa



Dialah Guruku
Tekun dan gigihnya melangkau waktu
Sabar dan tabahnya melawan kalbu
Sumpah janjinya mendidik bertalu
Tanpa bertanya siapa kerabatmu
Dari mana usulmu, di mana tinggalmu

   


Dialah Guruku
Yang menyeberang laut saban pagi
Yang menghuni di pulau yang sepi
Yang hidup di pedalaman jauh bersendiri
Meskipun ada waktunya mahu saja mohon diganti
Meskipun ada kalanya merajuk hampa usaha tiada dihargai
Meskipun ada ketikanya air mata menjadi teman sejati

 Dialah Guruku
Yang mengkhabarkan erti lulus dan gembira
Yang mengingatkan gagal dan hampa
Yang menyakinkan diri mendaki ke puncak jaya
Mencapai kemenangan menolak kekalahan
Apabila ilmu menjadi kunci dan paksi
Yang setitik berembun menjadi lautan raya

Dialah Guruku
Yang berhempas di padang
Menitip bakat meluang dan seladang
Di luar kelas membawa murid bagai
Menjaga sang putera puteri raja
Kerana kalau terjadi apa guru jua yang diterpa
Meninggalkan keluarga yang dicinta
Buat mengukir nama anak bangsa

Dialah Guruku
Yang tidak jemu meluang
Melahirkan insan terbilang
Meski jasanya seiring terlepas pandang
setiap kali keputusan terpampang

Dialah pelita, dialah perigi, dialah pelangi
Setiap ajarnya menemukan yang dicari
Setiap tuturnya diikuti jika mahu menjadi
Setiap tegurnya dipatuhi untuk membina diri
Setiap didiknya membantu peribadi

Dialah Guruku
Pada namanya yang dihormati, ada kalanya digeruni
Semuanya disimpul pada darjat dirinya yang tetap disanjungi
Walau tidak lagi bergaji berjawatan tinggi
Walau usia memamah diri
Harum namamu masih kekal kupanggil Cikgu yang bestari

Dialah Guruku
Dialah pendidik
Dialah Cikgu

22 Mei 2014
YAB Dato' Seri DiRaja Dr Zambry bin Abdul Kadir
Menteri Besar Perak


Sajak yang yang ditulis sendiri oleh YB sebagai menghargai jasa guru khasnya guru-guru yang pernah mengajar beliau. Seramai 6 orang guru beliau telah hadir menerima penghargaan peribadi daripada beliau di majlis tersebut.
Selamat Hari Guru.. 
Terima kasih Cikgu...

Ucapan Kreatif Untuk Guru

Seperti yang dijanjikan, nak tunjuk hasil kreatif anak-anak Marian yang dipamerkan di Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri  tahun ni. Ni la hasil kerja mereka. Sebelum dihantar sempatla saya snap dulu beberapa muka surat, kalau dah dihantar tak akan dapat semula. Sekolah saya hantar 3 buah buku, sebuah buku skrap kad ucapan dan 2 buah lagi buku skrap surat ucapan

Buku Skrap Kad Ucapan Hari Guru hasil kerja kreatif
 Serene Cheong Shi Ying, murid Tahun 5

 Ni dua buah buku skrap surat ucapan.
Kulit buku ni hasil kreatif Arinna Qaisara bt Zul Azhari murid Tahun 6
Sela-selak terjumpa surat kuning yang ditujukan kepada saya...Terima kasih ye.
Semasa pameran di Hotel Kinta Riverfront,
 rasa bangga la juga sebab buku skrap ni dipamerkan di bahagian hadapan.
Tahniah semua anak-anak Marian yang menghasilkan hasil kerja yang kreatif.

HARI GURU PERINGKAT NEGERI PERAK 2014

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semua.
Nak kongsi cerita sambutan Hari Guru Peringkat Negeri tahun ni. Daerah Kinta Utara jadi tuan rumah...bertuah la kami guru-guru di daerah ini.
Hari ni seharian di Hotel Kinta Riverfront Tak ada la jadi orang penting sangat, sekadar membantu menguruskan edaran Buku Program. Sekolah Saya menjadi JK Kerja Edaran Buku Program Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Negeri 2014. So saya ditugaskan menguruskan bagi pihak sekolah bersama 2 orang lagi cikgu sekolah saya yang comel-comel untuk membantu .
Semalam dah datang untuk lihat tapak dan raptai, jadi hari ni dah tau la perjalanan acara. Seawal jam 10.30 kami dah keluar dari sekolah. ye la.bayangkan nak letak 1500 naskah buku program di setiap kerusi...tak adalah jadi satu beban, tapi satu penghargaan membantu menjayakan acara.
Memastikan semua buku program telah diletakkan atas 
kerusi tetamu sebelum majlis bermula. 
Beres tak sampai sejam dah siap disusun atas kerusi.. Excersise.. 
Bersama penyelaras dari PPD Kinta Utara
Pn. Norhissham bt. Mohd Soom (Peg. FasiLINUS),
Pn Norriza dan Pn Aidahani, cikgu sekolah saya yang comel tu.

 Last reheasel nak hulur buku program kepada MB dan VVIP.
Tunjuk ajar diberikan oleh En Khairul Azmi, Pegawai Protokol JPN 
Selesai semua persiapan, sempat la meronda di luar dewan, ada pameran dan yang pasti posing-posing tu mesti..hihihi..buat kenangan. Teruja dengan lampu seperti di petrosains dan pameran prasekolah. Boleh dijadikan contoh dan idea kalau cikgu-cikgu pra dan guru PSV nak mengajar tau.






Selepas tu turun tingkat bawah....pameran banner dan buku skrap murid dari sekolah-sekolah di Daerah Kinta Utara..apalagi cari la mana sekolah saya punya...bangganye dengan hasil kerja mereka ...kreatif dan cantik..SUKA-SUKA...nanti saya tunjuk di entri akan datang sebahagian kandungan buku skrap sekolah saya tu...

 Buku skrap lain yang menarik minat saya.


 ...Rindunya lama tak jumpa dengan Kak Mimi.
(bersama PK 1 dan PK HEM SK Simpang Pulai)
Kat belakang yang warna biru hijau tu banner sekolah saya...

 Hihihi dalam hotel ni pun ada pokok lampu..
kat luar jangan cerita la..datang la waktu malam..kira ICT Ipoh laa ni.. 

 Last posing sebelum acara bermula 

 Wakil Marian lain dah sampai, Pn Goh dan wakil PIBG Pn Angeline.
 Kami duduk bahagian belakang sebelah laluan carpet merah..
Senang nak jalankan tugas.  
Terima kasih Puan Halimatusaadiah -bekas guru Marian
 yang sudi menghampiri kami.
MB dah sampai. Ni la untungnya dok sebelah carpet merah..

 Atas pentas pun ada wakil Marian...
 Suara merdu daripada Cik Mardzuani yang join kumpulan koir tu.
  Acara dah bermula... kena beri perhatian...
Ok la... ada cerita lagi tentang hari ni, tapi nanti saya cerita di entri akan datang...
kyusuk dengar deklamasi sajak dari MB..