Pages

Thursday, June 19, 2014

Pemantauan Tinjauan MMI datang

Dua hari kami didatangi pegawai tu..
18 Jun 2014 dan 19 Jun 2014...
Mula-mula rasa gelabah juga bila tahu ada pemantau nak datang ni...
hehehe...macam la tak biasa ye.
Fikir positif mereka datang pasti memberi pengetahuan baru. Ye la bila mereka datang baru tahu dan faham apa kehendak program atau perkara-perkara dalam dunia pendidikan sebab mereka datang ni bawa borang soal selidik yang berkaitan.
.


Pegawai Pemantau:
1. En. Abdullah bin Hj. Abdul Wahid -Pen.Peg.Pendidikan Daerah Jasin, Melaka
2. En. Amad Nasir bin Ismail - Pen.Pegawai .PPD Teknik dan Vokasional PPD Barat Daya, P.Pinang
Pegawai Pengiring JPN Perak.
3. En.Mohamad Aziz  - Pen.Pegawai PPD Kinta Selatan

MMI tu  apa?... heboh pasal MMI..
ada yang kata itu tak boleh ini tak boleh, nak belajar mesti dalam kelas, tak boleh buat aktiviti masa pembelajaran..ye ke? takut murid tak belajar sebab nak MMI (Melindungi Masa Instruksional).
Sekolah saya terpilih untuk pemantauan tinjauan MMI dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Bukan semua sekolah kena. Sekolah Band 1, Band 6 danBand 7 je yang dipantau.  Ok la tu sekurang-kurang bila orang KPM datang kita boleh bertanya agar lebih faham dan jelas. Sebenarnya mereka meninjau untuk mendapatkan maklumat tentang keberadaan guru besar dan guru-guru di sekolah. Apa tindakan yang diambil bagi mengatasi ketidakberadaan guru-guru di sekolah sama ada bercuti atau aktiviti luar sekolah. Semua nak bukti. Guru Besar yang sepenuhnya menjawab soalan yang diajukan....saya cuma bantu aje kerana PK Pentadbiran bercuti. Terima kasih Cikgu Siti Ramlah Azura yang banyak membantu mengisi data yang diperlukan.
                      
                                   
Pegawai pemantau yang mesra alam. Alhamdulillah tunjuk ajar dan ilmu yang ada
dikongsi bersama. Semoga semua ilmu boleh dijadikan panduan dan menambahbaik segala kekurangan untuk terus cemerlang.

Nak faham lebih cuba tengok link ni...
http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=6481&highlight=mmi&sid=48a00aadfe8c026f0414a8cc87760813

http://ppdkinta.edu.my/portal/modules.php?
name=Forums&file=viewtopic&t=4524&highlight=mmi&sid=48a00aadfe8c026f0414a8cc87760813


No comments:

Post a Comment