Pages

Sunday, June 8, 2014

Penguin Parade, Phillip Island, Australia

Sampai di sini, turun bas terus ambil tiket dan masuk ke lokasi penguin mendarat. Di kawasan tu tak boleh ambil  gambar, so tak dapat la nak tunjuk lokasi sebenar dan rupa penguin sebenar. Dah dilarang, nak ambil takut kena marah. Bayangkan je la dan ini mungkin cara agar kita datang sendiri untuk menikmati keindahan waktu senja di hadapan pantai yang indah dan luas. Ya Allah, indahnya bumi ciptaanMu ni. Deruan ombak menghempas batuan di tepian pantai di hujung sana dan alunan buih ombak yang meniti dipersisiran pantai... ermm rasa nak keluarkan kamera aje...


Menikmati pemandangan perjalanan ke Penguin Parade yang terletak di hujung sebelah timur Phillip Island menghadap ke Selat Bass.

 Ni laluan ke pantai untuk menyaksikan penguin naik ke darat. Laluan tanah di kanan dan kiri luar pagar itu adalah laluan penguin masuk ke lubang masing-masing. Saya dan pengunjung lain dapat melihat dengan lebih dekat penguin-penguin itu berjalan berkumpulan tapi tak boleh ambil gambar huhuhu...tak dapat nak tunjuk kat semua.
Belakang kami tu la pantai di mana penguin akan naik ke darat.
Duduk dibangku panjang yang disediakan, taklimat diberikan oleh pengawal bertugas. Menunggu kehadiran penguin sambil menikmati keindahan pantai diringi deruan ombak selama 15 minit, tiba-tiba ternampak sekumpulan Penguin naik tepat pada jam 5.30pm (waktu Australia). Terkedek-kedek penguin tu berjalan menuju laluannya. Semangat penguin yang saling bekerjasama, sentiasa bekerja dalam kumpulan harus dicontohi, mereka tidak akan meninggalkan kawannya yang terkadang sukar untuk melepaskan diri daripada ombak. Selang beberapa minit muncul lagi sekawan penguin naik ke darat, berselang seli dari arah kanan dan kiri. Tapi ni nampak dari jauh je...untuk melihat lebih dekat, kami pun bangun kerana jam 5.45pm semua anak-anak Marian harus berkumpul di atas untuk bergerak ke atas semula. Semasa perjalanan balik  melalui laluan itu, kami dapat melihat penguin berjalan berkumpulan dengan lebih dekat. Ketinggin penguin tu hanya 1 kaki aje, jenis penguin yang kecil..macam awang kenit tu. Apabila sampai ke lubang masing-masing penguin tersebut akan masuk, mereka tahu yang mana lubang mereka. Esok pagi mereka keluar ke laut semula mungkin sampai Tasmania kot mencari makanan dan petang akan pulang ke sarang...begitulah putaran hidup penguin di sini.

 Tak dapat dapat bergambar dengan penguin sebenar, 
jadi la posing dengan patung-patung penguin ni.






Pengalaman di penguin parade berakhir di sini. Jam 6.30pm kami  bertolak balik ke hotel di mana perjalanannya mengambil masa 2 jam. Sampai hotel terus makan malam dan kemaskini apa yang perlu dibawa untuk program esok. Tugas esok lebih utama dari hari ini....
OK jumpa esok di Hailleybury College Brighton, Victoria.

No comments:

Post a Comment