Pages

Saturday, June 7, 2014

Shopping di Victoria Market....lebih murah

Hari ni hari ke2 berada di Melbourne
Sebelum sampai di Victoria Market, nak berkongsi cerita sepanjang perjalanan ke situ. Boleh ye. Sayang pula gambar yang telah dirakam tidak dikongsikan bersama terutama dengan group anak-anak Marian.

Jadual dah tersusun, tapi disebabkan lambat bangun hihihi, letih sangat semalam, tidur pulak lewat sebab nak sesuaikan waktu di sini, terlajak bangun, kalau ikut waktu Malaysia memang betul la selalu bangun jam 5.30 pagi...kat Melbourne pukul 7.30 pagi dah terang benderang...kelam kabut..bilik saya je kot,yg lain dah siap awal.
Ikut jadual  kul 8.00 am waktu Melbourne dah bergerak ke Vitoria Market selepas sarapan, tapi disebabkan sarapan lambat sampai, masa perjalanan pun akan menjejaskan aktiviti hari ni.
Sementara menunggu sarapan saya rakamkan kenangan di dapur hotel ni..ruangnya tak luas, bila anak-anak marian duduk tetamu lain tak dapat tempat. Tetamu boleh makan, harganya 9AUD$ satu set. Makanan yang disediakan hanya untuk set sarapan je. Kami tumpang duduk dan minum air je. Tapi hari ni dok melanguk je la.
Bila ramai tetamu hotel turun nak minum, ruang pun sempit, kami turun ke bawah. Tunggu bas sambil menikmati pemandangan pagi di Melbourne...lihat sendiri la apa yang sempat saya rakam...
  
 Jalan raya tak la sibuk sangat, banyak tram yang lalu. Manusianya pula berjalan kaki menuju destinasi masing-masing. Agaknya mereka pergi kerja berjalan kaki ja kot..parking kereta tak ada tepi jalan.

 

 Dalam bas sempat jugak saya kongsikan pemandangan ini. 
Kali ni saya dapat duduk di bangku hadapan, senang nak rakamkan 
pemandangan indah sepanjang perjalanan.



Apa-apa pun shopping penting, Kami bergerak ke Victoria Market tanpa bersarapan.. jadi kena sarapan di sana...ermmm dapat la merasa teh O panas sambil makan sandwich (itu je minuman kegemaran saya, nak cuba yang lain takut tak terminum pulak), ramai yang merasa kopi Australia...memanaskan badan di coffee corner sebelum masuk window shopping.
Minum teh sambil menghangatkan badan.
 
 Anak-anak Marian berbaris sambil menunggu minuman masing-masing. Roti dah ada di tangan.

 
Masa untuk bershopping...pelbagai jenis cenderamata ada di sini.
Sekadar window shopping je...
 Semacam 1 Love SKMC je.....


 Laluan antara gerai ni luas, kereta pun boleh lalu.
 Terjumpa orang Malaysia di sini.
Masa dah lambat ni, kena cepat-cepat teruskan perjalanan. Kalau tak terlepas nak tengok apa yang sepatutnya.

Catatan Perjalanan Hari ke3 (3 Jun 2014)
Masa Melbourne
8.30 am : Bergerak ke Victoria Market & Breakfast
9.00 am : Shopping di Victoria Market
10.30 am : Bergerak ke Phillip Island
12.15 pm : Tiba di Maru Park + makan pagi
2.00 pm : Bergerak ke Churchill Island
2.20 pm : Tiba di Churchill Island - Churchill Heritage Factory
3.30 pm : Panny Chocolate Factory + makan tengah hari
4.40 pm : bertolak ke Penguin Parade
5.00 pm : Penguin Parade
6.30 pm : Balik ke Melbourne (Hotel +makan malam)

Ikuti perjalanan seterusnya di next entri...jumpa kaola dan kanggaru

No comments:

Post a Comment