Pages

Saturday, July 26, 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

Cuti Hari Raya selama seminggu. Seronok tak terkira la..
Menjadi kebiasaan bila nak bercuti sambut Hari Raya, ada perhimpunan untuk menyampaikan pesanan sebelum bercuti dan memberikan sumbangan kepada anak yatim dan anak-anak yang kurang berkemampuan.
Sumbangan duit raya dan kuih raya ini diuruskan oleh Jawatankuasa Kebajikan Sekolah. Terima kasih ye kepada semua guru dan anak-anak Marian yang memberikan derma sumbangan. Semoga Tuhan akan membalas segala kebaikan anda.

Anak-anak Marian Sesi Pagi yang menerima sumbangan Hari Raya
   
Suasana bermaaf-maafan antara guru dan murid dan sesama guru

 Hahaha..last sekali apa lagi rakaman kenangan untuk menyambut lebaran,
 berpisah sementara untuk bertemu sanak saudara di kampung halaman.
Selamat Hari Raya, Maaf Zahir batin atas semua kesalahan dan kesilapan,
Andai terguris hati dan perasaan sepanjang kita bersama dalam tugsasan seharian.
Semoga bertemu lagi di ramadhan akan datang.
Selamat bercuti, hati-hati dalam perjalanan menuju destinasi masing-masing....
Selamat balik kampung......  yang ke Kedah, Selangor,Terengganu, Kelantan, Perlis, Negeri Sembilan dan yang dalam Perak jugak... yang dok ipoh jangan bersedih dah memang duduk dekat dengan emak dan ayah.. bertuah duduk dekat dengan mereka.
Tak sabar nak balik kampung ni, sambil-sambil mengemas rumah... esok baru dapat balik.
Selamat Hari Raya, Maaf zahir batin.


Friday, July 25, 2014

Cari dan Musnah Aedes

AEDES...Ada ke kat sekolah saya?

Bagi menjaga kesihatan anak-anak Marian, sememangnya kebersihan kawasan sekolah amat dijaga agar tiada kawasan pembiakan nyamuk aedes. Semua murid sentiasa diingatkan agar menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah merata-rata bagi mengelakkan jejentik nyamuk aedes ada dalam kawasan sekolah. Sekolah saya pun dah memulakan program sifar plastik, sebab plastik tu juga boleh menjadi penyebab jejentik nak duduk. Setiap hari memang ada murid yang bertugas mengikut giliran kelas menjaga kawasan masing-masing. Tugas utama mengutip sampah dan apa saja yang boleh mengganggu pandangan mata.

Minggu ni ada arahan dari JPN untuk buat Kempen Cari dan Musnah Aedes...
Bukan nak ada arahan baru nak buat, tapi sebab nak laporan terkini, semua murid diingatkan semula dan program terancang diatur agar tak menjejaskan MMI.

Hari Isnin 21hb lepas kena bagi ceramah selepas perhimpunan.
Hari ni sbelum cuti bermula esok, semua guru dan murid sesi pagi mencari dan memusnah aedes... tak jumpa pun, alhamdulillah semua keadaan terkawal, sampah yang dikutip pun xbanyak mana..plastik sampah bukan main la besarnya..

Taklimat oleh Penyelaras sebelum aktiviti dijalankan

Kami dah bersedia...JOM CARI dan MUSNAHKAN AEDES 


Ni cari aedes ke cari cacing...hihihi
 Ahli Kelab Doktor Muda pun turut membantu
                                 
                                 
 
Terima kasih atas kerjasama semua. Kat rumah kena buat jugak ye.


Wednesday, July 23, 2014

Seronoknya bila berjaya

Itulah perasaan semua orang..
bila dapat hasilkan benda dengan baik dan ikut masa..
lebih-lebih lagi bila benda itu sesuatu yang baru, tak pernah kita buat.
Kalau berjaya dengan cemerlang, lagi berganda-ganda seronoknya.
Tapi kejayaan tu bukannya terus terpampang di depan mata..
kena la berusaha, tekun, rajin dan ada keinginan dan kesungguhan.... betul tak?

Merasai keseronokan anak-anak murid saya membuat hasil seninya.. ni di kelas 5 Kenanga
Ni la hasil kerja mereka, Mereka dan membuat corak, kemudian membentuk menghasilkan kotak hiasan.

Monday, July 21, 2014

Kempen Cari dan Hapus Denggi

Hari ni kena beri Ceramah Tiada Aedes Tiada Denggi
Selesai perhimpunan rasmi, terus beri ceramah seperti yang diarahkan oleh JPN. Ni pun kira MMI jugak. Tujuannya memberikan kesedaran kepada semua tentang bahaya demam denggi. Bila bercakap tentang perkara yang kita pernah lalui dan dibantu dengan slaid powerpoint, ianya menjadi lebih mudah dan lancar.  Murid lebih memberi tumpuan dan pemahaman.
Ada yang dah tahu ..jadikan sebagai ingatan semula. Mana yang tak tahu ha sekarang bertindak la segera. Jom cari dan hapuskan dia.
Sebelum ini memang setiap minggu JK Kesihatan Sekolah yang memantau, tapi selepas ni semua warga sekolah bertanggungjawab menjaga kawasan sekolah bebas dari pembiakan nyamuk aedes.


Kyusuknya anak-anak Marian ni mendengar.
Terima kasih kerana mendengar dan memberi perhatian dengan baik.


Sayangi Sekolah kita denga menjaga kebersihan dan keceriaannya sepanjang masa.
SEKOLAH BERSIH dan CERIA, MURIDnya SIHAT dan GEMBIRA.
Saya suka sekolah Saya.

Sunday, July 20, 2014

Selamat Datang ke SK Marian Convent, Ipoh - Sekolah Berprestasi Tinggi

Welcome..
Ahlan Wa sahlan....
                             













September 2013
Kejayaan tidak datang bergolek..

Saturday, July 19, 2014

Program Jalinan bersama BSN

Program Galakkan menabung di kalangan murid. Dijalankan 3 bulan sekali...
Selain memudahkan urusan keluarga, ianya dapat menanamkan sikap berjimat cermat.
17 Julai 2014

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit...
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain

Friday, July 18, 2014

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.... Hari Profesional Daerah

Buat sebelum masanya... kira pro la kan - proaktif & profesional .. 
Taklimat untuk Hari profesional di setiap sekolah yang sepatutnya diadakan serentak seluruh daerah Kinta Utara pada 19 Julai 2014 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 
Tapi masa tu kami berlima ada kelas PPG... so saya beri taklimat awal seperti yang diarahkan oleh GB saya... kena beri taklimat kepada mereka yang tak hadir pada hari Sabtu nanti.
Terima kasih adik-adik semua yang sudi mendengar n memberikan kerjasama..
dalam keletihan kerana kekurangan air dan tenaga, 
demi ilmu dan kerana kekuatan semangat, mata cuba diterbeliakkan..
alhamdulillah tak ada yang terlelap.. 4 orang aje mana boleh nak berselindung kan.
           bila ada yang nak menguap... bulan puasa, waktu-waktu jam 2 petang memang waktu lena kan..                   ha suruh baca sendiri maklumat yang diberi. 

Apa pengisian Hari Profesional tu?
Penjelasan lebih terperinci tentang PPPM...
Apa pulak PPPM? kalau ada cikgu-cikgu yang tak tahu, tak tahu la nak cakap....
ha lepas ni semua mesti tau...
Apa dia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
.
 Objektif
Memahami prestasi dan cabaran semasa
sistem pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada
 akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas 
untuk sistem pendidikan dan setiap murid 13 tahun akan datang.
Menggariskan program tranformasi bagi  sistem pendidikan  
termasuk perubahan penting dalam KPM


 5 Aspirasi Sistem Pendidikan 
sebagai teras keberhasilan pendidikan untuk mencapai sistem pendidikan berprestasi tinggi. Setiap individu bertanggungjawab untuk mencapai keberhasilan tersebut.Setiap teras bergerak seiring dan bersepadu. 

6 Aspirasi Pelajar


Anjakan Pembangunan Pendidikan


Anjakan Pembangunan Pendidikan-2013-2025

Melalui 3 gelombang
Gelombang 1 :  2013 -2015 
 memberikan penekan kepada menam baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada,meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Gelombang 2:  2016 - 2020
kementerian akan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gemlobang 1

Gelombang 3:  2021 - 2025
memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana permulaan gelombang ini semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukan prestasi melebihi standard mininum.

Siapa yang terlibat?
Gambar Hiasan   
                                              Ibu bapa                                                    guru
 Image result for bendera malaysia
murid                               awam

Setiap individu dari semua golongan memainkan peranan dan bertanggungjawab menentukan keberhasilan. Nak tahu lebih terperinci kena baca buku PPPM yang tebal tu.
Amat diharapkan objektif mengadakan hari profesional in akan tercapai, semua guru khasnya memahami tanggungjawab masing-masing bagi mencapai objektif PPPM. Sememangnya guru mempunyai pernaan yang tersendiri dalam merealisasikan PPPM. 

Jangka akhir PPPM ni pada 2025..
 secara tak langsung saya terlibat sama sepanjang proses pencapaian pelan ini. Semoga segalanya dipermudahkan demi anak bangsa Malaysia.
dan yang pasti tahun ni juga tahun terakhir untuk saya berkhidmat, sebelum menjelang pertengahan tahun 2026....11 tahun lagi..
MAMPUkah AKU...  menghadapi segala perubahan dan cabaran dalam usia semakin meningkat dan kekuatan semakin kurang untuk memberikan hasil yang terbaik.
Semuanya ketentuan Illahi, semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengahadapinya.


Thursday, July 17, 2014

Jalinan berterusan bersama BSN

Jalinan antara SK Marian Convent dan Bank Simpanan Nasional telah terjalin lama. Jalinan yang dibina dapat mendidik anak-anak mengamalkan sikap suka menabung. Pegawai BSN akan datang ke sekolah tiga bulan sekali bagi memberi peluang anak-anak menyimpan sedikit demi sedikit.
Hari ni ramai murid sesi petang yang baru membuka akaun.
Selepas raya nanti boleh la tambah tabungan lagi.

Jinak-jinak Si Burung Merbuk



Assalamualaikum n selamat sejahtera semua.

dalam perjalanan saya memantau kawasan sekolah merehatkan pandangan dengan warna-warni alam kehidupan... ralit sekejap... 
akrabnya dua sekawan bersama mematuk mencari makanan.



Salam 19 Ramadhan. 
Apa menu nak berbuka petang ni ye... Ikutkan Si Merbuk patuk apa je rezeki hari ini....
ermmmm apa yang ada aje la, masih dok kat sekolah saya.