Pages

Friday, July 18, 2014

Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.... Hari Profesional Daerah

Buat sebelum masanya... kira pro la kan - proaktif & profesional .. 
Taklimat untuk Hari profesional di setiap sekolah yang sepatutnya diadakan serentak seluruh daerah Kinta Utara pada 19 Julai 2014 (Sabtu) bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. 
Tapi masa tu kami berlima ada kelas PPG... so saya beri taklimat awal seperti yang diarahkan oleh GB saya... kena beri taklimat kepada mereka yang tak hadir pada hari Sabtu nanti.
Terima kasih adik-adik semua yang sudi mendengar n memberikan kerjasama..
dalam keletihan kerana kekurangan air dan tenaga, 
demi ilmu dan kerana kekuatan semangat, mata cuba diterbeliakkan..
alhamdulillah tak ada yang terlelap.. 4 orang aje mana boleh nak berselindung kan.
           bila ada yang nak menguap... bulan puasa, waktu-waktu jam 2 petang memang waktu lena kan..                   ha suruh baca sendiri maklumat yang diberi. 

Apa pengisian Hari Profesional tu?
Penjelasan lebih terperinci tentang PPPM...
Apa pulak PPPM? kalau ada cikgu-cikgu yang tak tahu, tak tahu la nak cakap....
ha lepas ni semua mesti tau...
Apa dia Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
.
 Objektif
Memahami prestasi dan cabaran semasa
sistem pendidikan Malaysia dengan tumpuan kepada
 akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan.
Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas 
untuk sistem pendidikan dan setiap murid 13 tahun akan datang.
Menggariskan program tranformasi bagi  sistem pendidikan  
termasuk perubahan penting dalam KPM


 5 Aspirasi Sistem Pendidikan 
sebagai teras keberhasilan pendidikan untuk mencapai sistem pendidikan berprestasi tinggi. Setiap individu bertanggungjawab untuk mencapai keberhasilan tersebut.Setiap teras bergerak seiring dan bersepadu. 

6 Aspirasi Pelajar


Anjakan Pembangunan Pendidikan


Anjakan Pembangunan Pendidikan-2013-2025

Melalui 3 gelombang
Gelombang 1 :  2013 -2015 
 memberikan penekan kepada menam baik sistem dengan mempercepatkan perubahan kaedah pelaksanaan program. Tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada,meningkatkan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi.

Gelombang 2:  2016 - 2020
kementerian akan melaksanakan perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepatkan perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gemlobang 1

Gelombang 3:  2021 - 2025
memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana permulaan gelombang ini semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukan prestasi melebihi standard mininum.

Siapa yang terlibat?
Gambar Hiasan   
                                              Ibu bapa                                                    guru
 Image result for bendera malaysia
murid                               awam

Setiap individu dari semua golongan memainkan peranan dan bertanggungjawab menentukan keberhasilan. Nak tahu lebih terperinci kena baca buku PPPM yang tebal tu.
Amat diharapkan objektif mengadakan hari profesional in akan tercapai, semua guru khasnya memahami tanggungjawab masing-masing bagi mencapai objektif PPPM. Sememangnya guru mempunyai pernaan yang tersendiri dalam merealisasikan PPPM. 

Jangka akhir PPPM ni pada 2025..
 secara tak langsung saya terlibat sama sepanjang proses pencapaian pelan ini. Semoga segalanya dipermudahkan demi anak bangsa Malaysia.
dan yang pasti tahun ni juga tahun terakhir untuk saya berkhidmat, sebelum menjelang pertengahan tahun 2026....11 tahun lagi..
MAMPUkah AKU...  menghadapi segala perubahan dan cabaran dalam usia semakin meningkat dan kekuatan semakin kurang untuk memberikan hasil yang terbaik.
Semuanya ketentuan Illahi, semoga diberi kesihatan dan kekuatan untuk mengahadapinya.


No comments:

Post a Comment