Pages

Monday, August 11, 2014

Program Inovasi Cemerlang Kehadiran

Tahniah kepada seluruh warga Marian atas penganugerahan ini
Anugerah Kehadiran Pelajar Mencapai KPI Kementerian Pendidikan Malaysia
Dari bulan Januari hingga Mei 2014

Alhamdulillah,
Terima kasih atas kerjasama dan tanggungjawab yang ditunjukkan oleh anak-anak Marian, guru-guru dan ibu bapa yang memberikan kerjasama bagi memastikan sekolah mencapai tahap ini.

Nak share dengan semua, program yang kami buat bagi menggalakkan murid-murid hadir ke sekolah setiap hari. Walaupun tak mencapai 100% kehadiran (bukan senang nak capai ni). Selalunya anak-anak Marian tidak hadir kerana sakit., ye la kan sakit pening bukan kita yang menentukan. Masalah yang timbul diluar jangka. Walau bagaimana pun tidak hadir ke sekolah tanpa sebab yang munasabah adalah kesalahan besar di sekolah saya.

Program  Inovasi Cemerlang Kehadiran

1. Papan tanda meraikan kehadiran murid
    - Murid merasa dihargai apabila selalu hadir ke sekolah.

2. Anugerah % Kehadiran Terbaik
    - Sijil Khas diberikan kepada kelas yang mencapai % kehadiran tertinggi setiap bulan.
    - Sijil penghargaan juga diberikan kepada kelas yang melepasi KPI kehadiran iaitu 95%.
    - menanamkan semangat kerjasama dan rasa tanggungjawab kepada semua ahli dalam kelas bagi
       mencapai peratus kehadiran yang cemerlang.
    - Hadiah khas akan diberikan kepada kelas yang mencapai peratus kehadiran terbaik
       sepanjang tahun.
    - Sijil Penghargaan Kehadiran Penuh kepada murid yang hadir penuh selama setahun.

3. Love SKMC (Program 3S - Suka, Sayang, Seronok)
    - Memberi motivasi - sentiasa menanamkan rasa suka dan sayangkan sekolah.
    - Mewujudkan proses pembelajaran yang menyeronokkan dan kelas yang ceria bagi        
       menggalakkan  murid datang ke sekolah.
    - Merancang aktiviti bagi menarik murid rajin dan suka datang ke sekolah.

4. Program Cikgu Sayang Kamu
    - meraikan kehadiran murid setiap hari.
    - memberikan kaunseling individu kepada murid yang selalu tidak hadir,
    - perbincangan bersama ibu bapa/penjaga
    - motivasi khas kepada kelas yang tidak mencapai % KPI kehadiran.
    - Melawat murid di rumah yang bermasalah kehadiran.


Semoga komitmen  yang diberikan oleh ibu bapa akan berterusan selama anak-anak di SK Marian Convent.
Kecemerlangan Sekolah hasil usahasama murid, guru, ibu bapa, pekerja sekolah dan komuniti.
Terima kasih Semua.

No comments:

Post a Comment