Pages

Thursday, September 18, 2014

Seminggu bercuti tetap datang sekolah

cuti ni tak ada aktiviti rasmi sekadar memantau keadaan sekolah dan menyiapkan kerja yang patut.
Kira bertugas la. Sekolah tak besar mana, ronda setiap penjuru pagar kejap aje, sedap mata memandang, keadaan yang bersih , rumput dah bermesin. 

Singgah di "Marian Herb' tengok apa yang boleh dipetik buat ulam hari ni..
tengok pokok kunyit ni, dah berbunga, buat ulam sedap ni. Hari ni petik ulam raja aje, makan dengan sambal kelapa...eerrmmmmm menyelerakan tambah dengan ikan cencaru sumbat.
Pokok-pokok hidup subur, cuma pokok kesum je hidup segan mati tak mahu....nak kena tengok selalu tu. Tapi kalau pokok kunyit tu...dah meninggi, taman ni nak kena diubahsuai sikit la....

pagar sekolah dalam proses dinaiktaraf...tak sabar nak tunggu siapnya.  hihihi tak sabar nak posing kat situ sebenarnya. Dah lama sangat perancangannya tu.

kat padang PK KK sibuk buat padang bersama SU Sukan n AJK PIBG.
Terima kasih En Aswad n En Lim yang datang membantu.
Pekerja sekolah pun turut membantu. Terjumpa pulak sarang lebah kat pokok hujung padang tu, semalam baru tukang mesin rumput tu buat kerja kat  situ, lebah suka sangat kat pokok tu, datang dan pergi. Dah panggil pihak JPAM, malam dia settle la, siang-siang tak boleh buat.
Buka sekolah minggu depan dah start sukan tara. Tahun ni lambat sikit mengadakan Sukan Tahunan. Banyak sangat program,  jadual padat sepanjang tahun.
Salah satu program Sarana Ibu Bapa, 
pengurusan sukan sekolah tahun ni akan dibantu oleh
 Biro Sukan PIBG sekolah. 
Ibu bapa yang hadir pun nanti kena memakai baju 
berwarna rumah sukan anak-anak, biar meriah.

Taman Baru... belum diberi nama lagi ni..
Ingat nak buat English stail, nak jadikan bilik muzik tu ala-ala cottage. Cikgu-cikgu ada idea boleh la direalisasikan...JK Panitia Muzik n Panitia Agama  boleh fikir-fikirkan bersama.
Tak sempat nak snap bunga-bunga yang berkembang di Dataran Ilmu. 

Selesai meronda, buat kerja dalaman pulak. Kemaskini maklumat, standby next week pemantau PBS katanya dalam tugas pemantauan sekolah-sekolah di Negeri Perak. Tak tahu la sekolah saya dalam senarai ke tidak untuk dipantau. Kalau maklumat tak memenuhi kehendak, kita belajar dari mereka. Kadang perkara tu ada dilaksana, cuma cara mendokumentasi aje yang tidak menepati syarat. Buat sekadar mampu tapi yang terbaik. 

Tu la rutin minggu cuti sekolah. Cuti pun tetap nak pergi sekolah.
kerana ...Saya suka sekolah saya.

No comments:

Post a Comment