Pages

Sunday, November 23, 2014

Pesanan di hari akhir persekolahan

Jumaat 21 November  hari akhir persekolahan. 
Memang rasa sedih, berganda-ganda rasa sedih di hati saya. 
Hakikat sebenar harus diterima,.....
mungkin ada hikmahnya di sebalik apa yang berlaku (pujuk hati sendiri)

Patut semalam dah berpesan kepada anak-anak Marian,
jaga keselamatan, jaga kesihatan sepanjang masa cuti persekolahan selama 6 minggu tu.
Jangan asyik enjoy bercuti, ingat-ingatla buku sama, terutama murid Tahun 6.
Saya mohon maaf kepada semua,  seakan tak akan berjumpa keesokkan harinya
 rupanya memang pun pada hari terakhir persekolahan tak dapat dapat bersama mereka. 
Hari keputusan UPSR nanti pun tak dapat bersama mereka.. 
kena pergi bermesyuarat di langkawi, 

Kenapa tak datang sekolah????
Jam 2.30 pagi mendapat panggilan mengejutkan dari kampung,
memangla terkejut kalau awal pagi mendapat sebarang panggilan kan.
Hati rasa berdebar bila dengar telefon berdering..
terus terduduk dari pembaringan mendapat khabar...
abang ipar meninggal dunia pada jam 1.35 pagi ...
setelah setahun menanggung kesakitannya. Allah lebih menyayanginya.
Semoga roh abang ipar saya di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Aamiin...Alfatihah.


Buat anak-anak Marian semoga cuti selama 6 minggu ini dimanfaatkan sebaiknya.
Walaupun bercuti jangan lupa intai-intai juga buku teks tu, balut elok-elok ye,
Mulakan buat latihan Karangan (KNKC)
Main la catur..jangan asyik main gajet je..next year boleh wakili sekolah
Bila baca buku cerita jangan lupa catat dalam buku Nilam.
Insyaallah jumpa semula di tahun 2015 Jan 5.

Sayang Semua...


No comments:

Post a Comment