Kenapa tak pilih sekolah sendiri? Kan sekolah SBT, sekolah cemerlang jugak ada persoalan dari beberapa rakan-rakan. Memang pada awal perancangan dulu ke sekolah saya aje..dekat dan mudah. Namun setelah dibincang bersama dengan beberapa tujuan dan objektif kelas kami memilih tanah tinggi sebagai destinasi pilihan.. sambil-sambil makan angin orang kata.
Group kami ni memang sporting..pernah bersama berkursus di Pulau Pangkor, Projek Lawatan PJK ke USM Pulau Pinang, Kursus Kajian Tindakan di Kuala Lumpur dan sekarang Program BIG ke Cameron Highland. Kebetulan kami juga membuat benchmarking Guru Cemerlang Bahasa Melayu di SJKC Bertam Valley - rakan sekelas, sekolah ni nanti saya ceritakan di entri akan datang ye... sesuatu yang mungkin jadi ingatan.
Pengalaman di sini ingin dikongsikan bersama rakan-rakan Program Pensiswazahan Guru BM01 dan guru-guru sekolah saya... mungkin boleh dijadikan satu inspirasi pada kelainan yang ada.Kita pasti setiap kita mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Jadikan kelebihan orang lain sebagai satu peransang/motivasi untuk lebih berjaya, dan kekurangannya dijadikan teladan.
Jom ikuti perjalanan saya selama berada di SK Convent, Tanah Rata, Cameron Highland. Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 4.
Kalau perjalanan dari Brinchang, kita akan nampak signboard sekolah yang besar keranan kedudukannya di atas bukit. Menaiki bukit memasuki kawasan sekolah yang tersergam indah, sejuk mata memandang... cuacanya pun sejuk, bunga-bunga kembang beraneka warna.. Turun bas aje kami terus posing. Tuan rumah di dalam dan tak ada murid , hanya beberapa orang guru yang menyambut kami termasuk guru besarnya. Syukur sangat mereka sudi menerima kami, walaupun pada hari tersebut negeri Pahang bercuti kerana memenangi Perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia, mana nak dijangka peristiwa pada hari tersebut. Pejabat pun buka jugak. Turum aje bas kami terus bergambar kenangan dahulu.
Peserta Program Pensisiwazahan Guru Kohort 1 dalam Program BIG Lawatan Benchmarking Sekolah Cemerlang |
Ni la halaman sekolah
Menuju ke pintu masuk bangunan sekolah
Guru Besar SKC menyambut kehadiran kami di laluan masuk |
Melalui ruang laluan pejabat ke Bilik Gerakan.
Nampak ruang legar yang bermaklumat. Ni yang dikatakan sekolah dalam PSS
Terus masuk ke Bilik Gerakan untuk Majlis rasmi
Taklimat oleh Guru Besar En Norzihan b. Rijaludin
yang juga merupakan expelajar IPG Kampus Ipoh
berbangga menjadi guru pelatih IPG Kampus Ipoh.
menandatangani Sijil Jaringan Kerjasama
Orang berbudi kita berbahasa
Tanda ingatan daripada pihak PPG IPG kepada SK Convent
juga kepada pensyarah penasihat.
Selesai sesi majlis rasmi kami ke ruang legar mendengar penerangan
proses menjadikan kawasan ini sebagai tempat yang bermanfaat
Bersama ustazah selaku penyelaras sambutan dan juru acara
Bilik Galeri - International Twinning School
Masuk je nampak dua pasu ni ...ha apa lagi bila nampak bunga cantik
Jangan lupa catatkan nama di sini....
saya terlupa nak tinggalkan kenangan di sini
dah asyik nak ambik gambar aje.
Keluar dari bilik tu terus mengintai kelas pembelajaran ALAF ke 21
Kelas Tahun 6 dilengkapi dengan peralatan yang selesa untuk murid.
bilik guru dalam kelas
Jom tengok kelas PRASEKOLAH pulak
Penerima Anugerah Prasekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan
Laluan masuk ke kawasan Prasekolah melalui kantin, asrama penginapan dan bilik-bilik khas
Ni dorm, boleh menginap kat sini kalau nak safe budget.
Laluan berbumbung ni memang sesuai dengan pelbagai info
tak risau tercabut atau basah kena hujan.
kawasan luar kelas
Masuk aje...wow nak belajar kat sini la..kata anak dara saya..hihihi, mesti budak-budak suka belajar kat sini... anak murid pun tak nak balik.
Puas meninjau dalam kelas, kita ke taman pulak
Tengokla gelagat anak dara saya tu...
mengimbau kenangan zaman prasekolah yang amat berbeza
Leka bersantai di prasekolah sampai tak sempat nak ke PSS
Tempat ke 3 Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Peringkat Kebangsaan
Alhamdulillah ada ramai jurugambar untuk berkongsi pengalaman dan laporan.
Memang cantik, tapi seram sikit katanya, lokasinya di tingkat atas tu yang dah tak larat nak naik.
Lokasi di bahagian belakang dan laluan PPDa
Lokasi terakhir yang sempat disinggahi ialah bilik guru besar..
GB memantau seluruh sekolah melalui 32 CC TV
Sebelum pulang sementara menunggu rakan-rakan mendapatkan maklumat daripada guru besar .. sempat la saya berposing di halaman sekolah ini...biasalah perkara yang mesti bila membuat lawatan.... ni la yang akan dijadikan kenangan dan ingatan ..tanda dah sampai di sini..
bila cerita tanpa bukti orang tak percaya kan.
sebenarnya kami pergi ni telah diberi tugas masing-masing untuk mendapatkan bahan sebagai laporan program nanti bagi kesenangan bersama. Tugas saya dah selesai di peringkat perancangan awal dan persiapan akhir sebelum memulakan perjalanan.... so sekarang masa saya bersantai...
Terima kasih modelling dan jurufoto saya yang membantu
merealisasikan cerita sepanjang perjalanan ini
tak perlu ke taman di MARDI posing2 kat sini aje..
Alhamdulillah selesai tugasan kami,
selamat dalam perjalanan dengan sebuah bas yang comel,
Terima kasih semua, kenangan susah senang bersama
selama 7 semester akan dikenang selalu.
Terima kasih tak terhingga juga kepada kedua pensyarah kami,
En Radzi Hj Johari Pensyarah Penasihat BIG dan
Tn Hj Ayob bin Salleh Tutor kelas kami daripada Semester 1.
yang sudi mengiringi kami melaksanakan program ini dengan jayanya.
Mengimbau Kenangan zaman jadi guru pelatih membuat lawatan diiringi oleh pensyarah.
Sekalung perhargaan juga untuk Pengarah IPG Kampus Ipoh dan pihak pengurusan Unit Kokurikulum dan BIG PPG Kohort 1. Jasa kalian tetap dikenang.
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini.
Jadikan kejayaan orang lain sebagai pendorong untuk kita turut sama berjaya. Kalau mereka boleh, kita pun boleh.
p/s: kekawan PPG611BM01 nak kongsi untuk buat laporan bergambar boleh je..
No comments:
Post a Comment