Rasa dah lama tak menyembang kat sini.. hihihi baru seminggu je..
Kekawan dah tak sabo nak nengok cerita baru ni.
Dalam entri yang lepas ada cerita saya da cikgu-cikgu sekolah saya menimba ilmu di pusat IT..selesai tugas utama, kami dibawa melawat persekitaran UTP yang mendamaikan dan sejuk mata memandang.
Selesai sesi pembelajaran, terus kami dibawa ke bilik Jamuan di tingkat 4, sepanjang laluan mata melilau memerhati suasana dalam pusat sumber yang luas itu. Untuk pengetahuan semua ruang pusat IT dan ruang pejabat pentadbiran terletak dalam Pusat Sumber yang tersergam indah.
Persinggahan kami yang pertama
bersih, segar dan bercahaya
sedondon...gaya, gaya bergaya, perasan la tu hihihi
Bilik Jamuan yang exklusif.. alhamdulillah terima kasih rezeki hari ini..
makan-makan, sembang-sembang.... pertemuan guru dan murid...
sama beso cikgu ngan murid masa darjah dua dulu
Selesai jamuan, kami mengambil kesempatan membuat mini mesyuarat...
memanfaatkan masa yang ada dengan tempat yang selesa.
meninjau ruang pejabat yang berkonsep terbuka di aras 4...
gayat menjengok ke bawah.
Agenda seterusnya kami dibawa melawat persekitaran Universiti dengan menaiki buggy.
Kami dilayan macam VVIP, rasa sangat dihargai. Turun ke tingkat dua buah buggy telah menanti .kami melawat persekitaran U diiringi oleh Pn Hafizah Hamzah yang dok belakang sekali tu.
Kalau berjalan letih jugak oii..berpeluh kami.
Potret Kejayaan pelajar-pelajar UTP terpampang di setiap sudut
menjadi inspirasi pelajar junior.
Gaya bergaya di buggy .. siap nak jadi drebar..
Selesai meronda kawasan luar, kami dibawa masuk semula melawat Pusat Sumber yang serba canggih tu...nak tengok suasana dan gaya-gaya kami dalam PSS nnti saya cerita di entri akan datang ye... tunggu terlalu banyak cerita untuk dikongsikan..
Jom kita naik semula ke tingkat 4, kami dijamu lagi dengan makan tengah hari.
Menunya pun sedap, selesai makan kami dibawa melawat kawasan pentadbiran
dari satu bilik ke satu bilik sehingga dapat masuk bilik Tun Dr Mahathir Mohamad, Canselor UTP.
Masa untuk pulang.
Perjalanan keluar kawasan UTP.. yang sempat dirakam.
Terima kasih tak terhingga kepada Pn Shamsina yang merealisasikan tujuan kami ke UTP.
Jumpa lagi di next entri
No comments:
Post a Comment