Salam 1 Malaysia...jumpa lagi di sini. lama tak update.
Kali ni berpeluang mengikuti program Pertandingan ko-Akademik Peringkat Kebangsaan Piala Tan Sri Dato' Haji Muhyidin bin Haji Mohd Yassin. Pengalaman sebelum ini ikut team Perlis dalam Kejohanan Hoki MSSM. Lain sedikit la cara dan konsepnya... Suasananya pun berbeza.. ye la kan di padang dengan di dewan pastinya berbeza.. pengalaman yang amat bermakna. Mula memang tak nak ikut pun. Tiada kepentingan, setelah ada desakan dan moral support untuk anak-anak Marian, akhirnya saya ikut juga team ni dengan restu cik abang..
Hari Pertama : 22 Ogos 2015
8.00 pagi - Perjalanan dari Ipoh ke Johor. Berhenti di 3 hentian untuk proses percernaan dan makan
tengah hari di Hentian Air Keroh.
3.45 petang - Tiba di UTM Skudai. Melapor pasukan di Padang Kawad.
5.00 petang - Urusan Check in di Hostel Kampus Tun Hussein Onn.
7.00 malam - Makan malam
8.30 malam - Taklimat dan Penyesuaian Pentas di Dewan Sultan Iskandar, UTM
11.00 malam - Tidur
First time masuk..luasnya kawasan UTM ni , melilau mencari tempat pendaftaran.. Alhamdulillah dengan wave Cikgu Noni dan tanda arah yang disediakan sampai juga kami ke tempat pendaftaran dan hostel tempat kami menginap. Semua aktivti dijalankan dalam kawasan UTM. So semua selamat InshaAllah.
Malam Taklimat dan suai pentas
Wahhhhhhhh putih kuning hitam, cantik Tshirt ko orang.
Hari Kedua: 23 Ogos 2015
7.00 pagi - Minum pagi dan terus ke Dewan Sultan Iskandar, UTM
9.00 pagi - Pertandingan bermula.
Beberapa acara lain turut diadakan mengikut lokasi masing-masing.
23 Ogos 2015 Hari Pertandingan
Posing dulu sebelum majlis bermula
Menunggu giliran
Giliran ke 5
Sokongan Moral daripada keluarga yang hadir.
Peserta Perak : Public Speaking SR (SK Convent, Kinta Utara), Poetry SR,
Story Telling SR dan Scrabble SR (SK Pengkalan, Kinta Utara)
Ni antara ahli pasukan Choral Speaking SM dari SMK Convent Ipoh
Ni la ExMarian... mereka bertanding di sebelah malam.
Cerita kami meronda JB dan keputusan di Next entri ye.
Tak sempat nak update. Nak tengok gambar lebih banyak boleeh la intai kat fb sk marian convent, ipoh
No comments:
Post a Comment