Pages

Sunday, January 10, 2016

NPQEL : National Professional Qualification of Educational Leader

Dalam bahasa Melayunya Program Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan.

Program NPQEL pada peringkat awal dikenali sebagai Program Kelayakan Profesional Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). Program NPQH dilancarkan oleh Y.B Dato' Seri Mohd Najib bin Haji Abdul Razak , Menteri Pelajaran ketika itu pada 1 Jun 1999. Seterusnya, program ini telah ditukar kepada mod baharu pada 17 Mac 2011 dengan kelulusan JPA dan dikenali sebagai NPQEL. Program NPQEL merupakan satu inisiatif latihan dalam perkhidmatan anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bertujuan membentuk satu kelompok pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi pendidikan, khususnya sekolah ke tahap yang cemerlang dan unggul. Setiap pengetua/guru esar dikehendaki mendapatkan sijil Kelayakan Profesional Pemimpin Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) daripada Institut Aminudin Baki (IAB) sebelum dilantik sebagai pengetua/guru besar (PPPM 2013-2025,20)

Program NPQEL merangkumi pengajian secara bersemuka (face to face) dan e-Pembelajaran. Tempoh pengajian adalah 5 bulan iaitu sesi bersemuka selama 6 minggu dan sesi e-Pembelajaran selama 14 minggu. Semasa pengajian secara e-Pembelajaran, peserta juga perlu mengikuti dua aktiviti konsultasi iaitu Program Penandaarasan selama 2 minggu dan Program Sandaran selama 8 minggu.

Jadual Program NPQEL Ambilan 1/2016
IAB  Genting Highlands, Pahang

Untuk sesi 2016,
Permohonan dibuat melalui online. Selepas proses penapisan dan layak untuk ditaksir, peserta menghadiri pentaksiran yang dijalankan oleh Jabatan Pelajaran Negeri. Pentaksiran dibuat dalam 2 sesi iaitu sesi berkumpulan (6 orang) dan sesi individu.
Selepas melepasi sesi pentaksiran, peserta dihantar kursus NPQEL mengikut tempoh yang ditetapkan. Secara automatik peserta yang berjaya melepasi semua syarat dan LULUS NPQEL akan ditempatkan ke sekolah-sekolah sebagai Guru Besar tanpa ditemuduga.

Selamat berNPQEL... Semoga berjaya melepasi semua cabaran...
Terpaksa tinggalkan sekolah di awal tahun...



No comments:

Post a Comment