Pages

Wednesday, February 17, 2016

NPQEL: Lapor diri Program Penanda Aras di SK Convent, Ipoh

Misi pertama sebelum melaksanakan Program Penanda Aras NPQEL yang akan bermula 22.Februari 2016 hingga 4 Mac 2016 ialah membuat kunjungan mesra bagi menyerahkan surat Pelantikan Pembimbing dan Sekolah Penandaarasan Program NPQEL Ambilan 1/2016. Amanah daripada Pihak IAB untuk menyerahkan surat dan maklumat program NPQEL harus disempurnakan. Saya memilih SK Convent, Ipoh, nak tahu kenapa saya memilih sekolah ni tunggu entri akan datang ye...

Sebelum datang , saya menelefon dahulu Puan Guru Besar, mana tahu beliau ada tugasan di luar, nanti letih aje pergi kan..hihihi.
Alhamdulillah seperti dijanjikan hari ni 17 Februari 2016 hari Rabu saya sampai di SK Convent, Ipoh jam 3.50 petang, yang jaraknya 5km dari sekolah saya, taklah jauh sangat. Tapi saya sampai agak lewat dari masa yang dijanjikan, tahu aje la macam-macam nak diselesaikan kan...

Kedatangan saya disambut mesra oleh staff sekolah dan PK Pentadbiran Cik Hajah Aminah binti Tak Abdullah lebih mesra panggil Kak Min aje. dah kenal lama semasa sama-sama bertugas di SK Pasukan Polis Hutan...cuba intai page SKPPH kat atas tu... ada kot gambar kami bersama. Pembimbing NPQEL saya Puan Hajah Rafiah binti Abd Razak, Guru Besar SK Convent, Ipoh.... pernah juga berjumpa sebelum ini.

Layanan mesra dan kerjasama yang baik diberikan kepada saya, awal-awal dah dapat maklumat yang diperlukan. Perbincangan apa tindakan yang perlu dibuat sepanjang program ini. Pengalaman beliau yang pernah menjadi pembimbing peserta NPQEL memudahkan urusan saya.
Sebelum balik pada jam 5.20 petang... berbincang lagi di Bilik Mesyuarat Kecil sambil menikmati minum petang .. rezeki hari ni... sedap bihun tu.

Terima kasih dan semoga tugasan saya lebih dipermudahkan selepas ini.

No comments:

Post a Comment