Pages

Monday, May 30, 2016

Taman Lolypop Kembang Pukul 10

Opss nama nya belum diluluskan lagi tu...
Ni la hasil air tangan anak-anak RBT saya, murid Tahun 6 Seroja dan Kenanga.
Projek sebelum saya naik ke Genting semula dan bulan puasa.
Waktu RBT dah pukul 10.20 - 11.20 so panas la sikit semasa membuat aktiviti ni...
Yang tak pernah pegang tanah, ha merasalah memegang tanah,
yang tak pernah menanam ini lah pengalaman pertama mereka...
Tak percaya .... ye ada yang tak pernah pun merasai pengalaman menanam pokok..

Sebelum
Selepas seminggu projek
Peringkat awal melaksanakan projek..
Selain peruntukan Panitia Rekabentuk dan Teknologi, ada anak-anak saya yang menyumbang tanah... tanah organik lagi dan anak pokok kembang Pukul 10. Sejenis tumbuhan yang mudah ditanam dan cepat menampakkan pertumbuhannya.
                                  
 Lingkaran lolypop yang telah ditambah tanah  dan digembur.
                          
Mula menanam...
hihihi macama acara pecah tanah la pulak, buat perasmian.... Anak dua orang  tu yang menjadi orang utama, mereka dah biasa menanam tu.. Naomi dan Izzati.
                           
Semua memberikan air tangan masing-masing...
Tengok sahaja, markah tak ada ye.. berebut semua nak buat...
Seronok bersama mereka.
                          
 Seronoknya dapat menanam sendiri... berebut minta batang-batang anak pokok bunga tu... bukan susah pun nak tanam pokok ni... patah-patahkan sahaja anak pokok induk tu untuk dibiakkan di tapak lolypop yang disediakan oleh mereka juga.
                           
 Semoga pokok-pokok tu akan hidup subur menyerikan halaman di pintu masuk Pusat Sumber Sekolah saya.

#Ceriakan sekolah dengan hasil tangan anak-anak akan lebih bermakna kepada mereka.
#Kalau ada budget boleh lah diceriakan lagi dengan aksesori lain seperti pagar atau pasu hiasan.

Sekolah Ceria, Murid Sejahtera...
Saya Buat Saya Sayang, Saya Jaga



No comments:

Post a Comment