Pages
▼
Saturday, December 17, 2016
Hari Kanak-Kanak SK Bakong
Tarikh: 25 November 2016
Pertama kali diadakan Sambutan Hari Kanak-kanak di SK Bakong. Program diadakan bersama jamuan akhir tahun. Selalunya jamuan akhir tahun diadakan di kelas masing-masing. Bagi mengeratkan ukhuwah semua warga sekolah daripada murid prasekolah hingga ke Tahun 6 seramai 108 orang, pengurusan majlis diadakan bersama. Selain memberikan pengalaman kepada anak-anak SK Bakong disamping mempelajari adab berada di majlis.
Alhamdulillah kreativiti, kerajinan dan kesepakatan semua warga sekolah menjadikan suasana sangat bermakna. Anak-anak dirai dengan penuh kasih sayang, berpakaian cantik berwarna-warni manakala cikgu-cikgunya bertemakan pink.
Suasana dewan dihias indah ala-ala hotel, makanan dihidang kepada anak-anak oleh guru-guru. Kerjasama PIBG menghias dewan yang ceria amat dihargai.
Paling seronok dapat makan aiskrim. Opps ada cikgu sponsor ni.
Murah rezeki cikgu-cikgu di sini, menjadi kebiasaan bila hari akhir persekolahan ada ibu bapa yang menghantar makanan ke sekolah tanda mengucapkan terima kasih meskipun anak-anak telah tamat belajar di SK Bakong. Tanda orang berbudi kita berbahasa.
Terima kasih semua.. Sebagai ingatan dan impak program dilaksanakan majlis Sambutan Hari Kanak-kanak SK Bakong.
Adab di majlis makan
1. Duduk sopan, tidak mengganggu rakan semeja.
2. Mendengar ucapan dengan baik dan tidak bersembang.
3. Berdoa sebelum makan dan mula makan apabila dijemput.
4. Makan dengan tertib, tiada makanan yang tumpah.
5. Mengambil makanan secukupnya, dapat dihabiskan dan tidak membazir.
6. Ucapkan terima kasih kepada tuan rumah dan pengurus majlis.
SELAMAT HARI KANAK-KANAK....
No comments:
Post a Comment