Pages

Friday, March 17, 2017

AKU JANJI IBU BAPA RPS SPM 2017

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Hari ni 17.03.2017 hari Jumaat,
nak catat memori di SMK Raja Perempuan Ipoh, Perak.
Sekolah anak bongsu saya belajar. Dah di tahun ke 5 Ainny belajar di sini. Rasanya tahun akhirnya di sini, masuk ketika form 1 sebagai pelajar Rancangan Khas Akademik...bagi dok asrama.
Ini pertama kali juga saya hadir sebagai parent di majlis Akujanji Pelajar. Selalu tengok parent datang ke sekolah kita... kali ni saya yang kena angkat tangan sama.



Majlis dirasmikan oleh Tuan Hj Mat Jaafar bin Mat Zain
Ketua Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pendidikan Perak.

Ramai juga anak-anak ExMarian yang belajar di sini.Sempat la berjumpa mereka.

 Goodluck anak-anakku. Semoga kalian semua beroleh kejayaan yang membanggakan.

Selesai Majlis Aku Janji, mendengar ceramah Keibubapaan pula daripada Encik Noor Azman Pegawai di Sektor Jaminan Kualiti Jabatan Pendidikan Perak...

Untuk mencapai kejayaan semua pihak memainkan peranan. Sebagai Ibu bapa berperanan menjadi MENTOR, Mengurus Jadual, Mengetahui Maklumat terkini, Sebagai Pendorong dan Sahabat kepada anak-anak.

Duduklah dalam dewan yang baharu itu dari jam 9.00 - 12.45 tengah hari....

Rutin hari Jumaat bila nak cuti sekolah.... tempat yang dituju.
Selesai majlis terus ke sini.

Selamat maju jaya juga untuk anak-anak ExMarian dan ExRapatSetia serta anak-anak seluruh Malaysia yang akan menduduki exam SPM, PT3 tahun ini. Bersedialah dari awal.... Semoga akhirnya kejayaan yang dikecapi seperti yang diharapkan.
Goodluck semua. Cikgu doakan yang terbaik untuk anak-anak semua.

No comments:

Post a Comment