Pages

Thursday, April 6, 2017

Bimbingan SIP+ untuk Program PRIME

SIP+ adalah singkatan bagi SIPatner  iaitu Rakan Peningkatan Sekolah.

Tuan Haji Saidin bin Osman SIP+ saya.
Pernah menjadi Pengetua di SMK Gunung Rapat, Ipoh,Perak.

Pada 4 April 2017 beliau datang membuat kunjungan penilaian Program PRIME.
Beliau pernah datang membimbing saya  sebelum ini. Memberi tunjuk ajar dan bimbing dalam menguruskan organisasi.



 
 
Dah 8 bulan menjawat jawatan ni..
9 bidang pengurusan dan pentadbiran perlu difahami dan pelbagai aspek perlu dipelajari.
Dalam PRIME pulak ada 7 Standard yang perlu dicapai bagi menguasai 9 bidang pengurusan dan pentadbiran sebagai PGB.
 
Alhamdulillah secara beransur-ansur dengan ilmu yang dipelajari sepanjang kursus NPQEL
 dan bimbingan yang diberi oleh Rakan Peningkatan Sekolah (SIPartner+) PPD Perak Tengah dapat diaplikasikan dalam tugas seharian.
 
Kali ni pegawai SIP+ datang untuk menilai sejauh mana kefahaman dan kesediaan dalam menggalas tugas yang berat ini. Perbincangan dan kebersamaan dalam menetapkan markah dibuat persetujuan bersama. Selain pemantauan dan pemerhatian yang dibuat oleh SIP+ serta evidence yang ditunjukkan, Alhamdulillah markah yang diberi dapat merangsang dan memotivasikan diri sendiri.
 
Terima kasih Tuan Haji Saidin Osman yang sangat prihatin dan sabar semasa membimbing saya.
 
 
Standard Bimbingan dan Pemantauan Program PRIME
 
Standard 1 : Kepimpinan Strategik
 
A.  Visi, Misi dan Matlamat Strategik Sekolah:   Sebahagian identiti sekolah diterjemahkan  daripada visi, misi, nilai, kepercayaan dan matlamat sekolah, proses yang digunakan untuk menentukan attribute dan cara-cara elemen-elemen tersebut dijelmakan dalam kehidupan komuniti sekolah.
B.  Memimpin ke arah Perubahan :   PGB menjelaskan  visi dan strategi pelaksanaan bagi peningkatan dan perubahan yang menghasilkan peningkatan pencapaian bagi semua murid.
C  Pelan Pembangunan Sekolah:    Pelan pembangunan sekolah menyediakan struktur bagi visi, nilai, matlamat dan perubahan yang diperlukan bagi peningkatan semua murid
 D.  Kepimpinan Teragih:     PGB mewujudkan dan menggunakan proses-proses untuk mengagihkan kepimpinan dan penetapan keputusan bagi peningkatan pencapaian semua murid
 
 
Standard 2 : Kepimpinan Instruksional
 
A.  Fokus pada Pembelajaran dan Pengajaran, Kurikulum, Instruksion dan Pentaksiran:   PGB mesti memimpin perbincangan tentang standard-standard bagi kurikulum, arahan dan pentaksiran berasaskan penyelidikan dan amalan terbaik untuk menetapkan dan mencapai jangkaan tinggi murid
 B.  Fokus pada Masa Instruksional:   PGB mewujudkan proses dan jadual yang melindungi guru daripada tergendalanya masa persediaan atau instruksional
 
 
 
Standard 3:  Kepimpinan Pembudayaan
 
A.  Fokus pada Suasana Kerja Kolaboratif:   PGB memahami dan bertindak atas pemahaman tentang kesan  positif melalui  suasana kolaboratif dalam budaya sekolah
B.  Budaya dan Identiti Sekolah:  PGB membangunkan dan menggunakan perkongsian visi, nilai dan matlamat untuk mendefinisikan identiti dan budaya sekolah
C  Megakui Kegagalan & Meraikan Pencapaian dan Anugerah:    PGB mengakui kegagalan dan meraikan pencapaian sekolah demi mendefinisikan identiti, budaya dan prestasi sekolah.
D.  Keberkesanan dan Penurunan Kuasa:     PGB membangunkan satu tanggungjawab yang berkesan dan penurunan kuasa dalam kalangan staf bagi mempengaruhi identiti, budaya dan prestasi sekolah
 
 
Standard 4:  Kepimpinan Sumber Manusia
 
A.  Komuniti Pembangunan/Pembelajaran Profesional:   PGB memastikan sekolah adalah satu komuniti pembelajaran professional
B.  Merekrut, Melantik, Menempatkan dan Sebagai Mentor Staf:   PGB menentukan proses dan sistem bagi membentuk satu pasukan staf berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi.
C  Penilaian Guru dan Staf:  PGB menilai guru dan staf secara adil dan saksama dengan berfokus pada peningkatan prestasi dan pencapaian murid
 
 
 
Standard 5 : Kepimpinan Pengurusan
 
 A.  Sumber dan Kewangan Sekolah:   PGB menetapkan proses dan sistem kewangan  yang berfokus dan menghasilkan peningkatan pencapaian murid
 B.  Pengurusan Konflik dan Penyelesaian:   PGB secara berkesan dan cekap menguruskan masalah kompleks interaksi manusia supaya sekolah lebih berfokus pada peningkatan pencapaian murid
 C  Komunikasi Sistematik:    PGB merangka dan menggunakan pelbagai bentuk komunikasi formal dan tidak formal supaya sekolah lebih berfokus pada peningkatan pencapaian murid.
D. Jangkaan Sekolah kepada Murid dan Staf:     PGB merangka dan menguatkuasakan jangkaan, struktur, peraturan dan prosedur bagi murid dan staf
 
 
 
Standard 6 : Kepimpinan Pembangunan Luar
 
 A.  Penglibatan Ibu Bapa dan Komuniti, dan Outreach:   PGB merangka struktur dan proses yang menghasilkan penglibatan ibu bapa dan komuniti, sokongan dan rasa kepunyaan bagi sekolah
B.  Mandat Negeri dan Daerah:   PGB merangka protokol dan proses untuk mematuhi mandat persekutuan, negeri dan daerah.
 
 
Standard 7 : Kepimpinan Mikropolitik
 
 A.  Kepimpinan Mikropolitik PGB: PGB merangka sistem dan kaitan-kaitan yang membolehkan kepakaran dan pengaruh staf dijana bagi mempengaruh identiti sekolah, budaya dan prestasi
 
 
 
Evidence /Bukti bagi mencapai Standard
 
-          Pelan Pembangunan Sekolah
-          Kaji Selidik Suasana Bekerja Guru
-          Pencapaian murid dan data ujian
-          Pernyataan Visi, Misi, Nilai, Kepercayaan dan Matlamat Sekolah
-          Bukti penglibatan ‘stakeholder’ dalam pembangunan pernyataan visi, misi, nilai, kepercayaan  dan
        matlamat sekolah
-          Bukti perkongsian dalam membuat keputusan dan kepimpinan teragih
-      Maklum balas 
-          Data murid tercicir
-          Penggunaan instrumen pentaksiran formatif untuk memberi impak kepada pengajaran didokumenkan
       Pembangunan dan komunikasi pelan pendidikan individu berasaskan matlamat bagi murid yang dikenal
        pasti
 -          Bukti daripada pasukan pembangunan dan penilaian pengajaran di bilik darjah
-          Penggunaan amalan dan strategi berasaskan penyelididkan dalam bilik darjah
-          Jadual Induk Sekolah yang mendokumen perancangan kolaboratif dan individu bagi setiap guru
-          Pasukan Pembangunan Sekolah
-          Penglibatan Pasukan Pembangunan Sekolah dalam membuat keputusan didokumenkan
-          Pewujudan  dan kerja komuniti pembelajaran profesional
-          Kriteria Pengiktirafan dan struktur digunakan
-          Bukti perkongsiaan dalam membuat keputusan dan kepimpinan teragih
-          Bilangan guru bertauliah
-          Bilangan guru yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah, mengikuti kursus dalam perkhidmatan
        jangka pendek/panjang
-          Rekod staf yang telah melalui pembangunan professional dan impak pembangunan professional ke atas
       pembelajaran murid
-          Rekod mentor dan maklum balas guru permulaan
-          Pelan Pembanguan Profesional Guru
-          Keselamatan sekolah dan jangkaan perlakuan
-          Maklumat kewangan sekolah
-          Penghebahan norma dan peraturan asas yang jelas
-          Bukti kebolehan untuk menangani konflik ideology dan mencapai kata sepakat
-          Bukti sistem komunikasi formal dan tidak formal
-          Keputusan Kaji Selidik Ibu bapa
-          Bukti sokongan komuniti
-          Bilangan dan penggunaan sukarelawan sekolah
-          Pelan untuk membentuk imej sekolah melalui komuniti
 
 
 
Skala kadar pemeringkatan berikut akan digunakan bagi menilai PGB di bawah Program Residency & Immersion, Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 di bawah Piagam Pelanggan Pengetua:
 v  Perlu Bantuan (Need Assistance):  PGB tidak menepati/mencapai standard prestasi, tetapi menunjukkan perkembangan mencukupi terhadap menepati/mencapai standard yang ditetapkan semasa tempoh prestasi
v  Ada Perkembangan (Progressing):  PGB menunjukkan kecekapan asas seperti ditetapkan dalam standard prestasi.
v  Berkemahiran (Proficient):  PGB melebihi kecekapan asas semasa sebahagian besar tempoh Immersion.
v  Boleh diteladani (Exemplary):  PGB secara konsisten dan ketara melebihi asas kecekapan seperti yang ditetapkan dalam standard prestasi.
v  Tidak kelihatan/Tidak ditunjuk:  Penilai tidak dapat membuat keputusan tentang tahap prestasi sebab
                         > PGB tidak mencapai satu tahap yang boleh menyediakan data bagi menunjukkan 
                               kecekapan atau kemajuan yang sesuai dalam mencapai satu kadar pemeringkatan “ada
                               perkembangan”, atau
 
                          > Penyelia tidak mempunyai peluang untuk membuat pemantauan.
 
 
Semoga program PRIME ini dapat memajukan dan menambahbaik kepemimpinan saya menerajui organisasi dan melahirkan anak-anak generasi akan datang yang bersahsiah mulia, berakhlak tinggi dan berketrampilan dalam akademik. Menjadi role model sebagai pengurus dan pemimpin kepada warga sekolah saya
 
 
 
#pengalamanmengajarertihidup
#belajarsepanjanghayat
#tambahlahilmu
#nakjadiPGBcemerlangduniaakhirat

No comments:

Post a Comment