Pages

Saturday, May 6, 2017

Sehari Perjalanan ke Pulau Pinang bersama anak-anak SK Bakong, Perak

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah tercapai juga impian nak melawat Pulau Pinang dengan anak-anak SK Bakong. Alhamdulillah juga selamat pergi dan selamat balik.
Pergi naik feri, balik naik jambatan kedua.
Terima kasih Ipoh Permai yang menyediakan perkhidmatan yang terbaik.
 

Alhamdulillah Perjalanan ini dipermudahkan...
Malam tu tidur di rumah Cikgu Nora, almaklum lau datang dari Ipoh kena gerak awal pagi, so tumpang la bermalam di Seri Iskandar aje.

6.15 pagi - naik bas di stesen minyak PETRONAS dan sampai di sekolah 6.35 pagi, anak-anak semua dah berkumpul... on time mereka sampai, sebab janji kul 6.30 berkumpul di hadapan sekolah.
7.00 pagi bertolak... melalui jalan Parit-Manong-Kuala Kangsar
9.00 pagi berhenti sarapan di RnR Gunung Semanggol.. dah bawa siap makanan, so berkelah la kami di taman ni sekejap.
Bekalan dah ada, kita makan aje la...
 
 
 10.30 tiba di Hentian Bas Butterworth terus menyusuri laluan ke terminal feri.
Setelah sekian lama, baharu dapat naik feri ni lagi.... seingat kali terakhir naik feri pada tahun 1981 zaman budak sekolah.

                         

Jam 11.00 masuk ke Muzium Trick 3D. Dalam ni apa lagi posing sakan.
Kalau dapat buat 1 sudut kat sekolah pun ok gak ye...
Ni sudut sebelum masuk ke dalam.
Betul-betul di luar pintu
Tu hujung tu pintu masuk.
 
Masuk aje di balik tabir hitam jumpa la sudut ni. Suasana di halaman kampungku....


                               
 Hahaha.. sudut ni pun best jugak, tengok la aksi anak-anak sekolah saya ni.

Nak tengok sudut apa lagi yang ada di dalam muzium ..
tunggu next entri ye.... posing sakan dalam tu...


Perjalanan diteruskan ke Batu Maung, tak la jauh sangat , tak sampai setengah jam pun dah sampai.
1.00 petang tiba di Muzium Ikan di Batu Maung.
Bawa anak-anak tengok pelbagai jenis ikan. Saya tak la excited sangat sebab dah pernah pergi tempat ni dulu.
 

Selesai makan tengah hari di sini, kami teruskan perjalanan ke destinasi seterusnya... seberang jalan aje... 2.00 gerak ke Muzium Perang.Tak jauh ngan Muzium Ikan tu
Jalan masuknya agak sempit juga bagi bas yang besar. Naik ke atas bukit sikit.
Kawasannya luas... letih jugak berjalan. Suasananya redup kerana penuh dikeliling dengan pokok-pokok besar.
 Perjalanan dalam kawasan ni diiringi oleh petugas yang menceritakan sejarah Malaysia. Kawasan muzium ini masih mengekalkan rumah-rumah dan suasana zaman dahulu, di mana kawasan ini adalah kubu Inggeris di zaman Jepun.

Hadapan pintu masuk...

 
Antara sudut yang banyak sejarahnya.
 
Laluan gelap yang dilalui untuk sampai ke tempat ni...
Lau yang sesak nafas ke, tak yakin jangan masuk..
Saya pun hanya sampai takat ni je... pas tu tak mampu nak ikut laluan tangga
untuk ke tingkat atas... so patah balik ikut laluan terang menuju ke tingkat atas.
  
 Kalau jalan seorang2 ni boleh sesat tau...
Saya tak dapat nak naik buai tu....
 
          
Berani ke takut tu?


Sempat bertemu dengan Geng Lencana Sekolah yang dok di Kulim...
Pertemuan pertama ni...Dik Cikgu Yusmira.....

Dah letih kaki menjejaki kawasan Muzium Perang ni kami pun bergerak keluar... Ramai pengunjung yang datang ke sini
4.00 petang bergerak balik ke Tanah besar Semenanjung. Dah berjanji nak singgah di Haliza Industri yang terletak di Bukit Mertajam. Sebuah syarikat anak tempatan yang mengeluarkan keropok/junk food yang berkhasiat.
Kehadiran kami memang dinanti.
 Selain taklimat, aktiviti kuiz untuk anak-anak SK Bakong

Bersama mascot syarikat.


5.00 dah bergerak balik ke Ipoh untuk meneruskan program lain pulak...
7.30 selamat sampai di D-Lereng Camp, Chepor Ipoh.

Terima kasih semua...
Satu kenangan indah kita bersama....
Bukan senang nak ikut melawat dengan anak-anak ni.
Terima kasih Cikgu Norfazila selaku penyelaras program lawatan ini....
merealisasikan impian kami..
selamat pergi dan selamat balik..

#terimakasihdaunkeladi
#lainkalinakjoinlagi
#sayangsemua



No comments:

Post a Comment