Alhamdulillah selesai tugasan untuk kali ni. Debaran pun berlalu, sebelum present tak tau nak cakap macam mana perasaan, rasa panas satu badan... Alhamdulillah dapat juga dilaksanakan untuk perkongsian bersama. Disamping tu dapat la melepas rindu dengan sahabat-sahabat seNPQEL. Selain tu dapat la juga berkongsi amalan-amalan terbaik dari sekolah-sekolah kawan tu. Satu perkongsian amalan yang baik yang boleh dilaksanakan di sekolah sendiri mengikut kesesuaian.
Nak tahu apa amalan terbaik sekolah saya, tunggu next entri ye. Kali ni nak tunjuk gambar kenangan aje.
Bersama rakan pembentang dari daerah Perak Tengah
Pn Hjh Norasmah, En Noraini Abd Samad, Pn Nor Hizan Abd. Jalil
dan SIPartners Tuan Haji Fathillah dan Tuan Haji Saidin serta
En Azman Din, pegawai Unit Jaminan Kualiti JPN Perak
Cikgu Saliza yang sentiasa bersama saya...
ambil dan hantar dengan selamat ke rumah.
Debaran sebelum pembentangan
Sahabat sekelas SRG5 NPQEL, sePrime dan sepembentang
amalan sekolah masing-masing yang terpisah di daerah masing-masing
saya aje yang berada di luar daerah.... tapi ok aje.
Di sini kami dipertemukan... ikatan persahabatan tak kan putus..
Sempat lagi berposing di café ....
Hihihi... sambil menyelam minum air, selain berkongsi program/amalan terbaik sekolah-sekolah lain, dapat juga menambah koleksi hobi saya.... rezeki saya bila Puan Norfadzilah Hawary, pengetua SMK Muhibah/Sekolah Seni Negeri Perak ada membawa lencana sekolahnya... yang lain sempat mengirim sampul bersetem untuk kiriman lencana kepada saya kembali... semoga sahabat PGB tak lupa ye...
Kenangan semalamam sebilik bersama di Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh
Perkongsian amalan terbaik SK Bakong... tunggu di nezt entri ye..
Terima kasih semua...
Tower Regency Hotel & Apartment, Ipoh
No comments:
Post a Comment