Wednesday, November 12, 2014

Kejohanan Balapan dan Padang SKMC 2014

Lama tak update...jadi tertinggal la sikit cerita ni...(1 Nov yang lalu)
Kejohanan Balapan dan Padang kali ni diadakan di STAR....
berbintang-bintang kami di sana.. 
Sekolah Tunku Abdul Rahman Sekolah Berprestasi Tinggi.
Selain mengukuhkan jaringan antara Sekolah Berprestasi Tinggi, keadaan padang sekolah kami yang kurang sesuai..membuatkan kami memilih untuk menjalankan sukan di luar sekolah, tahu tahu ajelah siapa yang pernah menjejakkan kaki di padang sekolah kami tu. So, ini lah alternatifnya bagi melaksanakan program ini, nak bagi anak-anak dan parent selesa sama. Ni pun dah hujung-hujung tahun masa yang ada untuk melaksanakannya. 
Tugas tak rasmi saya.....ke mana suka dengan kamera....  suka hati saya la nak tangkap gambar sape pun.... 

Sekolahnya luas, parking pun agak jauh la sikit.. turun kereta je terus ke khemah peserta ha apa lagi snaplah gambar pasukan perbarisan ni....huhuhu hanya sempat snap beberapa gambar je bateri pulak kong... terlupa beli sebelum datang tadi.... nak suruh sape beli?..kenalah keluar mencari bateri sendiri, tak dapat nak tengok perbarisan sepenuhnya,...so tak sempat nak curi gambar maskot-maskot rumah tu...nantilah saya intai kat mana-mana gambar mereka tu, saya postkan kemudian ye.





Bila sampai acara perasmian dan selesai...ni yang sempat dirakam..
                         
                         
 Tengok anak-anak buah buat kerja ni
                       
                        

Ha sempat pusing lagi sekali ke khemah peserta, gelagat anak-anak menunggu giliran
ha letih ko berjalan ke garisan permulaan sebelum nak lari,  berjalan tu kira warming up la tu
                                     
                                     
                                     
                                     
 Ni la suasana di padang STAR, persiapan yang ala kadar tetapi penuh warna warni
yang dibuat oleh guru-guru Marian Convent 100% semuanya wanita....
Solute  kat u all..
OOppps... bukan kat padang aje...kat sini pun sampai jugak
penghargaan kepada Pengetua STAR, YDP PIBG dan CEO Yayasan Perak 

Ha sebelum balik sempat la berposing dengan Olahragawati SKMC 2014
Ashriita a/p Muniandy.

Alhamdulillah, diberi kesihatan untuk bersama menjayakannya.
Terima kasih tak terhingga kepada semua yanga terlibat bagi merealisasikan program sekolah 
demi anak-anak Marian.... 
Guru Besar, PK Kokurikulum dan Jawatankuasa Pengelola Kejohanan 
YDP PIBG & Jawatankuasanya,
 Pengetua STAR yang memberi keizinan dan gurunya yang menyediakan trek larian,
ibu bapa yang datang memberikan kerjasama dan memeriahkan suasana
serta anak-anak Marian yang bersemangat....

Nak tengok gambar lain intailah kat FB SK Marian Convent.
Jumpa lagi...

Saturday, November 1, 2014

Majlis Anugerah Sahsiah SK Marian Convent 2014

Buat pertama kalinya  Tahun ini Unit Hal Ehwal Murid mengadakan Majlis Anugerah Sahsiah bagi menghargai setiap murid yang cemerlang dalam kesahsiahan dan menunjukkan ketrampilan diri dalam melaksanakan amalan-amalan terbaik Marian. Tahun-tahun sebelum ini beberapa anugerah kesahsiahan ada diberi tetapi secara tidak langsung dalam majlis perhimpunan akhir tahun. Tahun ini ditambah beberapa kategori dalam kesahsiahan dan amalan terbaik Marian.

Tarikh:  28 Oktober 2014
Kategori Anugerah
A. Kehadiran Penuh Individu
B  Anugerah Sahsiah Pekerti Mulia
C  Anugerah Amalan Terbaik Marian (KNKC)
D. Anugerah Kelas Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun
E .Anugerah Kelas Ceria dan Bersih sepanjang Tahun
F  Anugerah Kelas Terbaik Keseluruhan

Terima kasih kepada penyumbang keseluruhan hadiah & hamper
1.  Pn Hjh Saidatul Akma bt Jalaludin  (NYDP PIBG)
2.  Pn. Shamsina  bt   Shaharum (AJK PIBG)
3.  En Lim  (AJK PIBG)
4.  En. Mohd Aswad bin Zakaria (AJK PIBG)
5.  Pn. Suhaily  (AJK PIBG)
6.  Majlis Bandaraya Ipoh
7.  Bright & Noble
8.  Zareen Enterprise
9.  Syarikat Logam Eng Guan Sdn Bhd
10.  Yenja Catering



Penerima Anugerah Sahsiah Cemerlang 2014

TAHAP 2  (Sesi Pagi)
A Kehadiran Penuh Individu
1. Ashriita a/p Muniandy - 6S
2  Adlina Balqis Amirul Hakim Thum- 6S
3  Mah Wen Lyn - 6S
4  Nishantni a/p Tharmalinggan - 6S
5  Nur Dina Fatin Azman - 6S
6  Puteri Nur Alia Mohd Danial Chong -6S
7  Khairulnisa  Mohd Nasir -6K
8  Melanie Cgeong Joe Yau - 6K
9  Puteri Sofea Natasya Abd. Latif -6C
10Nurul Nazifa Firdaus - 6C
11Anis Qaisara Ahmad Suhaili - 5S
12Ishani a/p Manivanan - 5S
13Nur Aisyah Saupi - 5S
14Puteri Nur Adriana Mohd Danial Chong-5S
15Serene Cheong Shi Ying - 5S
16Reina Grace a/p Raphael - 5K
17Sharmita a/p Baskaran - 5K
18Wong Suet Teng - 5K
19Madeline Lim Zi Wei -5M
20Alis Marisa  Mohd Fazli -4S
21Nur Hazirah Adzhar -4S
22Syarifah Djanisha Irdiena Syed Dawood-4S
23Tan Hue Teng -4K
24Alya Adriana Fadzil -4M
25Noor Natsya Ayna Md Nasir - 4M

B. Anugerah Sahsiah Pekerti Mulia
                                                       
1  Nur Dina Fatin Azman - 6S
2  Durga Devi a/p Muthusamy - 6K
3  Kiasatina  Mohamad Khairi -6M
4  Nur Batrisya  Muhadzir - 6C
5  Chin Yee Leng - 5S
6  Hannah Zahirah Mohamad Zamri -5K
7  Mawar Merlinaa Azrul Suhaidi -5M
8  Emily Choo - 5C
9  Nur Aina Syasya Khairul Zarul - 4S
10Aina Sofiya Sharul Hazad -4K
11Krishaadurghai a/p Thevintharan -4M
12Chin Yweei Chi - 4C

C  Anugerah Amalan Terbaik Marian(KNKC)


1  Chrislyn Neha a/p Kanatazan -5S
          (menyalin 235 buah karangan)
2  Serene Cheong Shi Ying - 5S
3  Vidhyasri  a/p   Santhiran - 5S






D. Anugerah Kelas Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun

Tempat Pertama:
Tahun 6 Seroja ( 98.9%)

Saguhati Pertama:
Tahun 6 Cempaka (96.9%)

Saguhati Kedua:
Tahun 4 Mawar (96.2%)


E. Anugerah Kelas Ceria dan Bersih sepanjang Tahun
Tempat Pertama:  Tahun 6 Kenanga
Guru Kelas : Pn. Nor Hashimah bt Hashim
Ketua Kelas :

Saguhati Pertama:
Kelas : 5 Kenanga
Guru Kelas:  Pn. Norriza  bt Ismail
Ketua Kelas : Adik Marini

Saguhati Kedua:
Kelas : 5 Cempaka
Guru Kelas : Pn Hjh Rosimah  bt  Mat
Ketua Kelas: Adik Emily Choo


F  Anugerah Kelas Terbaik Keseluruhan
             

Tahun 5 Kenanga

Purata Kehadiran : 96%
Keceriaan & Kebersihan: 7 minggu
Pengurusan Kelas yang cemerlang
Disiplin murid yang cemerlang

Guru Kelas: Pn. Norriza bt Ismail
Ketua Kelas: Adik Marini






















TAHAP 1 (Sesi Petang)
Anugerah Kehadiran Penuh Individu
1 Jaslin Kaur Pantlia - 3S
2 Erdena Grace a/p Edwin Isaac -3S
3 Nur Shaeela  Mohd Shahran-3K
4 Sophie Wong - 3K
5 Lim Jia Vei - 3K
6 Esther Kong Yuan Er - 2S
7 Joyce Marian Jacob - 2S
8 Phobe Wong Ka Fei - 2M
9 Ayra Qasdina Ahmad Suhaili-1S
10 Damia Nur Qaseh Azizul - 1K

Anugerah Sahsiah Pekerti Mulia
1 Noor Hafizah Mohd Ali Jinnah -3S
2 Mai Nur Adhwa Mior Mohd Sharifudin- 3K
3 Yuki Loo Wai Lam - 3M
4 Lily Suraya Rosidi Fahlid -3C
5 Nur Irdina Mohd Haikal Cheong - 2S
6 Nur Damia Qistina Mior AHmad Shah-2K
7 Charlene Qua Shu Yan -2M
8 Nurul Fatihah Ahmad Hadzly -2C
9 Sofea Zahra Azahar - 1S
10 Chay Lyi Lyi - 1K
11 Noordahlia Hana Mohd Zakri - 1M
12 Nur Hwaida Nasrin Abdul Halim - 1C
 Anugerah Amalan Terbaik Marian(KNKC)


1 Adik  Nur Halinah bt Mohamad Ali










Anugerah Kelas Kehadiran Terbaik Sepanjang Tahun


Tempat Pertama:
Kelas 3 Seroja  (96.7%)

Hadiah Sagu hati Pertama:
Kelas 2 Seroja   (95.8%)

Hadiah Saguhati Kedua:
 Kelas  3 Kenanga (95.3%)



Anugerah Kelas Ceria dan Bersih sepanjang Tahun
Tempat Pertama:   Kelas 3  Kenanga
Guru Kelas : Pn. Milah bt Sarpani
Ketua Kelas:

Hadiah Sagu hati Pertama  : Kelas 1 Kenanga
Guru Kelas : Pn. Suryani bt Mohamad Said
Ketua Kelas:

Hadiah Sagu hati Kedua:  Kelas  2 Kenanga
Guru Kelas: Pn.Rosni Zulkefli
Ketua Kelas: Nur Damia'Qistina Mior Ahmad Shah

Anugerah Kelas Terbaik Keseluruhan

Kelas 3 Kenanga
Guru Kelas : Pn. Milah bt. Sarpani
Ketua Kelas:

Purata Kehadiran :  95%
Keceriaan & Kebersihan:  9 minggu







Insyaallah pada tahun hadapan ditambah beberapa kategori hadiah yang boleh memberikan impak yang baik kepada semua warga sekolah.
Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Jawatankuasa yang melaksanakan majlis ini khasnya kepada Setiausaha dan Penolong Setiausaha Unit HEM sesi 2014.... tahun depan boleh pegang jawatan tu lagi ye. Guru Bimbingan & Kaunseling dan semua guru kelas.
Kepada Pn Hjh Saidatul Akma Naib Yang DiPertua PIBG  dan AJK lain, juga syarikat pembekal   yang banyak membantu merealisasikan  majlis ini.
Rezeki anak-anak, lebih ramai yang menerima hadiah.

Tahniah dan Terima Kasih Semua.


Sekolah SBT Kohort 5, 2014

Tahniah atas pengikhtirafan  Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 5
Pada : 30 Oktober 2014
Tempat :  Audiotorium Bahagian Teknologi Pendidikan
                Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Penyampaian oleh:  YB Tan Sri Muhyiddin  Yassin
                                 Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia

1  SK Air Merah, Kedah
2  SK Seri Wakaf Baharu, Kelantan
3  SK Kubang Kerian 3, Kelantan
4  SK St Thoas, Pahang
5  SK Lingga Baru, Sabah
6. SK Saujana Impian, Selangor
7  SK Kampung Raja, Terengganu
8  SK Putrajaya Presint 9, Putrajaya
9  SJKT Ringlet, Pahang
10 SM Sains Rembau, Negeri Sembilan
11 SMK Abdul Rahman Talib, Pahang
12 SMK Bukit Jambul, Pulau Pinang
13 SM Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, Pulau Pinang