Wednesday, July 31, 2019

Uniform Hari Rabu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hari ni sedondon begini pulak ye...
Yang seorang lagi menyorok di balik pintu sebab tak seragam...



#SKCPtheBESTteam
#Selangkahseiringan
#diaricikguNdonceria

Thursday, July 18, 2019

Pentadbir Baharu

Assalamualaikum & Salam Sejahtera 

Berkuatkuasa 10 Jun 2019.

Guru Besar  : Pn Hindon bt Wahid
Penolong Kanan Pentadbiran : Pn Nuzulrul Azaliza bt Ariffin
Penolong Kanan HEM            : Encik Zamree bin Mat Ali
Penolong Kanan Kokurikulum: Puan Nor Adila bt Ghazali
Penolong Kanan Pendidikan Khas : Pn. Norajimah bt Abdullah




#SKCPthe BESTteam
#selangkahseiringan


Wednesday, May 15, 2019

SAMBUTAN HARI GURU 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Selamat Hari Guru..... Banyak sekolah dah menyambutnya, tapi sekolah saya 15hb baru nak sambut. Feel hari guru sebenar meskipun sambut pada bulan ramadhan.... sape kata bulan ramadhan tak boleh nak buat sambutan.... cuma nyer tak adalah aktiviti makan-makan.

Sebenarnya nak buat program 2 in 1.... Sambutan hari guru dan Majlis persaraan Puan Amalee  guru yang lama berkhidmat di SK Coronation Park ni. Nak bagi beliau merasa sambutan hari guru yg terakhir sepanjang perkhidmatannya.... persaraannya bermula 16hb Mei.

Menjelang sambutan esok , kena lah buat persediaan untuk ucapan... search pak google cari info.
untuk perkongsian Tema Sambutan Hari Guru 2019

"Guru, Obor Hemah Menyinari Pertiwi"

Tema Obor Hemah itu sempena sama dengan sajak yang diilhamkan oleh Tokoh Sasterawan terkenal, iaitu A. SAMAD SAID, pada 2 APRIL 1988. 

Wah baru tahu ni, tahun mula-mula saya mengajar dulu...1988 Jan 04.

Jom hayati bait-bait indah dalam sajak yang berjudul OBOR HEMAH.

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah, 

melimpahkan hujan pada musim gersang, 
menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah; 
ia renjis embun pada tanah bakat, 
suara ihsan ketika manusia kalah, 
sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor, 

ketika sejarah dalam bilik darjah, 
senyum penyembuh bagi wabak sengsara, 
ia - sungai rangsang sentiasa tenang, 
menghantar bahtera ke segara dharma, 
memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun, 

mewariskan dunia sebagai kutubkhanah, 
menyediakan kutubkhanah sebagai dunia, 
ia mengemudi biduk, melepaskannya, 
atas lambungan laut, merangsangkan 
manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar, 

menghidupkan batin yang bersih 
di daerah dunia cemar kasih, 
dan pada ketika tak tersangkakan, 
walau diambilnya kemball semua buku, 
sempat ditinggalkan asas i1mu.
Guru adalah batin suci hatinurani, 
penjunjung budi, manusia yang takwa, 
obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID, 2 APRIL 1988



Ni pulak adalah logo hari Guru 2019.         

Maksud logo 

Bentuk BUKU - melambangkan rakyat Malaysia menyahut seruan Menteri Pendidikan Dr Massle





Selamat Hari Guru kepada semua rakan yang bergelar GURU..
Selamat Hari Guru kepada guru-guru saya dari Tahun 1 hingga ke IPG.


Wednesday, March 20, 2019

Love Happiness Mutual Respect

Ceriakan sekolahku..

haa hari ni nk kongsikan sudut baharu untuk kita posing2..
Terapkan nilai kasih sayang, kegembiraan dan hormat-menghormati.
Guna bahan terbuang, kayu n papan playwood je. cat pun guna  lebihan yang ada.
Kos cuma tempah banner je...

Kenali warna dan bentuk...
Simbol sayang, gembira dan hormat-menghormati.
Sporting hero-hero di sekolah saya ni.
 

Ni nak tambah cerita hari ini.
Dalam kesibukan persiapan program Walk For Down Syndrom
Rasmi karpet baharu pulak. Terima kasih yang menyumbang, semoga dimurahkan rezeki lagi. Banyak gunanya karpet ni nanti.
Jangan ada yang marah ye.. Jom kita posing dulu.
  


#diaricikguNdon
#sukaseronokceria
#SKCPtheBESTteam

Saturday, March 16, 2019

SKCP the BEST Team 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Melangkah seiringan melakar perubahan
Meningkatkan kecemerlangan
Guru 37 orang,  Staf Sokongan 9 orang

Barisan Pentadbir


Bersama Team Guru Pendidikan Islam



#diaricikguNdonceria
#SKCPtheBESTteam
#melangkahseiringan

Thursday, February 28, 2019

Santaikan Diri

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kali ni kami santai-santaikan diri di sudut yang jauh sikit, 
Satu lagi lokasi untuk ceriakan diri, rehatkan minda..... halaman rumah Anabel...

                             
                             
 


#SKCPtheBESTteam
#Selangkahseiringan

Monday, February 25, 2019

Mesyuarat Agung PIBG SKCP 2019

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah selesai

22 Mac 2019 (Jumaat)
3.00 petang - Dewan Harmoni SK Coronation Park
Perasmi : Encik Zaheirien bin Rahmat
                Penolong PPD Unit Pembangunan dan Kemanusiaan PPD Kinta Utara
             
 

 
                        
 
Stiausaha dan Bendahari membentangkan laporan masing-masing.
 
Pemberian Sumbangan RM100 kepada yang layak menerima.
 


#diaricikguNdon
#muafakatmembawaberkat
#SKCPtheBESTteam

Sunday, January 27, 2019

Membina Keserasian Bersama

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Barisan Pentadbir SKCP bermula 1 Disember 2018
Semoga komitmen di tahap yang maksimum bersama melestarikan kecemerlangan anak-anak SKCP.

Guru Besar    : Puan Hindon bt Wahid
Penolong Kanan Pentadbiran   : Puan Nuzulrul Azaliza bt Ariffin
Penolong Kanan HEM             : Encik Zamree bin Mat Ali
Penolong Kanan Kokurikulum : Puan Nor Adila bt Ghazali
Penolong Kanan Pendidikan Khas:  Puan Rozila bt Ramli

Nampak tangan kanan semua di atas ye....

 .Lepas meeting kita posing ye.

Kerja jangan stress.... moh kita posing dulu

Posing santai pun tetap ikut kekananan ye.
Biasakan yang betul betulkan yang biasa

#SKCPthe BESTteam
#selangkahseiringan