Wednesday, December 4, 2013

Minit Curai Taklimat PBS dan Persediaan Penggal Persekolahan Tahun 2014

Semalam ada cikgu minta contoh minit curai. Jadi nak berkongsi la dengan sesiapa yang nak.
Selama ni memang buat minit curai cara sendiri, tak de rujuk mana pun. Tapi bila ada orang minta ni, kena pastikan kita punya tu betul formatnya, so rujuk la mana-mana yang patut...bila diintai dalam laman web lain banyak sangat caranya, berbeza tapi ada persamaan. Tujuan minit curai ni satu je kan..nak maklumkan kepada ketua kita apa dapatan yang kita terima selepas menghadiri sesuatu mesyuarat/taklimat atau kursus. Bila dibuat minit curai ni  tindakan selanjutnya dapat dibuat dengan jelas. Tapi ingat masa mendengar taklimat/mesyuarat tu kena dengar dan faham betul-betul. Jangan salah sampai pulak nanti ...lain pulak jadinya. Nak selamat standby kamera..tak sempat salin snap je. 

So ni la format Terkini Minit Curai. Insyaallah semua maklumat yang sepatutnya ada tercatat.
Saya sebenarnya mewakili guru besar menghadiri taklimat ni. Masa ni guru besar saya menghadiri mesyuarat Pengetua /Guru Besar Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi di Herritage Hotel, Ipoh.



                                SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT,
                                Jalan Raja Dihilir, 30350 IPOH, Perak DarulRidzuan.
                                Sekolah Berprestasi Tinggi

     

 A.  BUTIRAN LAPORAN

1
Tajuk
Minit Curai
2
Taklimat/Bengkel/Kursus
/Mesyuarat
TAKLIMAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) & PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN  TAHUN 2014
3
TARIKH
29 November 2013 (Jumaat)      
4
MASA
8.30  ptg  12.30 tgh/ 2.30 ptg–  4.30 ptg
5
TEMPAT
Dewan Jubli Kuala Kangsar, Perak
6
ANJURAN
Jabatan Pendidikan Negeri Perak
7
PENGERUSI
Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak
8
KEHADIRAN
5.1. Pegawai-Pegawai JPN Perak
5.2  Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak
5.3  Pengetua & Guru Besar Negeri Perak

B. AGENDA /PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN:
Bil
Perkara
1
Taklimat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak
(Tn. Hj. Muhammat Roli bin Hj. Hassan)
1.1   Memulakan hari pertama persekolahan dengan KPI KPM iaitu 1 Murid 1 Kerusi 1 Meja 1 Buku Teks 0 Isu
1.2  UPSR 2013 – peningkatan GPS Perak hanya 0.02, tiada peningkatan band. Masih di ranking yang sama 2012. Mohon semua pentadbir sekolah meningkatkan prestasi sekolah.
1.3  PIBG – Kutipan sumbangan untuk Program Peningkatan, mesti lulus dalam Mesyuarat  sebelum 31hb Mac.
1.4  GB baru – isi borang permohonan pemangkuan GB sebelum 26.2.2014, Sila rujuk syarat-syarat dalam surat makluman.
1.5  BAJET 2014 – 93% untuk pengurusan, 7% untuk pembangunan. Bantuan untuk sekolah-sekolah  mubaligh 50juta. Bantuan RM100 bayaran terus kepada murid, tiada kaunter bayaran balik.
1.6  Kesiapsagaan menghadapi banjir. Sedia kertas makluman operasi.
1.7  Laporan Khas Pemantauan Nazir:
1.7.1      Aktiviti Selepas UPSR – Mesti ada Jawatankuasa dan senarai aktiviti.
1.7.2      Kehadiran - %hadir menurun. Ada murid yang diberi cuti, buku kedatangan ditutup awal.
1.7.3      Kehadiran Pengawal Keselamatan dan Pembersihan Kawasan perlu dipantau utk laporan pembayaran- menandatangani dokumen palsu boleh disabitkan kesalahan.
1.8  Pertukaran Guru  (etukar)–  jumlah memohon melebihi jumlah keperluan di Perak.
1.9  Persiapan penggal persekolahan
1.9.1      Takwim persekolahan  bermula 2.1.2014 hingga 21.11.2014 disiapkan awal.
1.9.2      Cuti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavalli – telah ditetapkan cuti peristiwa dan cuti berganti rujuk powerpoint.
1.9.3      UPSR – peperiksaaan dan keputusan diawalkan seminggu
1.10       Program  SISC+ dan SIP+ -  2013 perintis di negeri Johor, Pahang Dan  
          Terangganu. Fasa 2 .Perak dan beberapa negeri lain. Pelaksanaan sepenuhnya              2015.
1.11      Sekolah K9 – Model Khas Komprehensif (perkongsian sek.men& sek ren.)
1.12      BUKU TEKS – edar sebelum hari pertama persekolahan. Perabot (kerusi & meja)      mencukupi untuk semua murid. Pemantauan oleh Nazir dari Negeri Terengganu

2
Taklimat Pengurusan Pentaksiran Sekolah (PBS)
(En. Khairul Anuar bin Abu Bakar – Peg. PPD Kuala Kangsar)
Semua bahan rujuk powerpoint dan ‘hangout’ yang diberi. (dilampirkan)
2.1 PAJSK – (segak, Dasar1M1S, Kegiatan Extra Kokurikulum)
2.2 Psikometrik
2.3 Penjaminan Kualiti/ Pementoran/ Penyelarasan/Pemantauan/Pengesanan
2.4 PBS Menengah Rendah (PBSMR)

3
Pelaksanaan Dasar Baru dan Dasar Sedia Ada
(En. Azmi bin Dahili – Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik JPN)
Semua bahan rujuk Powerpoint yang diberikan. (dilampirkan)
3.1 Waktu Mengajar Pengetua&GB
3.2 Peperiksaan Selaras
3.3 Pemberian Bantuan Perkapita (PCG)
3.4 MMI
3.5 Pelaksanaan Dasar-dasar KPM
      3.5.1 School Improvement Specialist Coaches (SISC+)
      3.5.2 Program i-THINK
      3.5.3 Professional Learning Communities (PCL - Lesson Study)
      3.5.4 Virtual Learning Enviroment (VLE- Frog)
      3.5.5 Ujian Kompetensi ICT Secara Dalam Talian
      3.5.6 APTIS Test
      3.5.7 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK)
3.6 Jadual Waktu
3.7 Dasar Baharu KPM Sekolah Rendah
      3.7.1 Mata pelajaran RBT dan TMK
      3.7.2 Jadual Waktu KSSR Tahun 4
      3.7.3 LINUS
      3.7.4 KSSR Tahun 4
      3.7.5 Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (SJKC&SJKT)
3.8 Dasar Baharu KPM Sekolah Menengah
      3.8.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Sains dan Matematik
      3.8.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - Sejarah
      3.8.3 Kerja Projek Matematik Tambahan
      3.8.4 Mata Pelajaran Vokesional (MPV)

4
Persediaan Akhir Tahun 2013 dan Awal Tahun 2014
(Tn.Hj. Mohd Idris bin Hj.Ramli – Timbalan Pengarah Pendidikan Perak)
Semua maklumat rujuk powerpoint yang diupload dalam portal JPN(dilampirkan)
4.1 Data guru
4.2 Pendaftaran dan Pengurusan Murid Tahun1 & Tingkatan 1
4.3 Kemasukan murid Bukan Warganegara.
4.4 Mesyuarat Agung PIBG
4.5 Penggal, Hari dan Cuti Sekolah
4.6 eKehadiran Guru
4.7 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT)
4.8 Geran Mata Pelajaran (PCG)
4.9 Akaun Sekolah
4.10 Jadual Waktu
4.11 Data guru Pemulihan
4.12 PdP sepenuhnya pada hari pertama
4.13 Pergerakan guru minggu pertama
4.14 Perhimpunan pertama
4.15 Pemantauan persiapan awal sekolah 16-27  Disember.
4.16 Pembersihan kawasan – akhir laporan  25 disember, semua kawasan bersih.
4.17 Buku Persediaan Mengajar & Buku Kedatangan – sebelum 15hb.disember
4.18 Peralatan PPSMI
4.19 Bendera – dikibarkan yang baru
4.20 Takwim sebelum 15hb disember
4.21 eOperasi  - maklumat terkini guru bertukar pada 1hb Jan.
4.22 Permata Pintar-ujian online,  Jan -30 April 2014
4.23 Guru Penyayang
4.24 eKehadiran- masuk sebelum masa yang ditetapkan
4.25. Kebersihan makanan
4.26. Bantuan awal persekolahan
4.27  Persiapan banjir
4.28 Buku teks – edar sbelum buka sekolah/ Sistem eBULK
4.29 1M1S
4.30 Pemarkahan Kokurikulum
4.31 Mesyuarat Guru seminggu sebelum buka sekolah
4.32 Kemasukan Sekolah Kawalan/Vokasional


C. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL
1. Merancang persiapan persekolahan 2014 dengan lebih kemas dan berpandu.
2. Mengambil semua tindakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan memberi taklimat kepada 
    semua guru tentang peranan dan tanggungjawab.



Tandatangan Pegawai Pelapor:          hindon
                                                  (HINDON BT WAHID)
Tarikh Laporan dibuat :                      2.12.2013



Semasa laporan diupload di sini, segala dokumen dan maklumat telah dimaklumkan dan fail yang berkaitan telah diserahkan kepada Puan guru Besar. Sebaiknya laporan minit disiapkan dalam tempoh 3 hari, Laporan secara lisan hendaklah dimaklumkan segera kerana mungkin ada perkara yang perlu diambil tindakan segera. 
Cikgu-cikgu SKMC bolehlah jadikan panduan untuk membuat minit curai selepas ini. 


Contoh Format Minit Curai


                                SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT,
                                Jalan Raja Dihilir, 30350 IPOH, Perak DarulRidzuan.
                                Sekolah Berprestasi Tinggi

     

 A.  BUTIRAN LAPORAN

1
Tajuk
Minit Curai
2
Taklimat/Bengkel/Kursus
/Mesyuarat

3
TARIKH

4
MASA

5
TEMPAT

6
ANJURAN

7
PENGERUSI

8
KEHADIRAN




B. AGENDA /PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN:
Bil
Perkara
1



2

  

3




C. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL






Tandatangan Pegawai Pelapor:          
Nama Pegawai Pelapor          :                       
Tarikh Laporan dibuat :                      



No comments:

Post a Comment