Monday, May 23, 2011

Kejohanan Balapan dan Padang MSSM Kali ke 53, 2011

  Tahun ni Perak menjadi tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia Kali ke 53. Bertuah la kami yang tinggal di Ipoh. Kejohanan ini diadakan di Stadium Perak. Jadi mudah la saya nak pergi menonton. Kejohanan bermula dengan perasmiannya pada 20 Mei 2011 hari Jumaat jam 8.30 malam, tapi yang terlibat jam 5 dah kena berada di stadium. Majlis penutupan pula pada 24 Mei 2011 hari Selasa jam 4.00 petang.

Sekolah SK Rapat Setia terlibat secara langsung dalam beberapa acara....
40 orang murid Tahun 5 terpilih sebagai peserta untuk Nyalaan Cahaya Perpaduan 1 Malaysia bersama 5 orang guru. Acara ini telah mencatat  Malaysia  Books Of Record di mana 10,845 orang murid dari seluruh negeri Perak terlibat sama. Manakala 7 orang guru dan 2 orang staff terlibat sebagai penyanyi koir sepanjang malam perasmian. Yang sukanya sekolah saya ni En. Nazri Mat guru muzik telah terlibat secara langsung dalam penggubahan muziknya bersama pemuzik-pemuzik JPN Perak. Pentadbir sekolah pula telah dilantik sebagai Jawatankuasa Sambutan, untuk menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, yang juga Menteri Pelajaran YAB Tan Sri Dato' Haji  Muhyidin b. Yassin di lapangan terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh.



Ketibaan Timbalan Perdana Menteri di Lapngan
Terbang Sultan Azlan Shah, 


 







Wednesday, May 18, 2011

HARI KELUARGA SKRS

Mengabadikan kenangan bersama



Kolam untuk anak-anak bermandi-manda

Cikgu-cikgu seronok bermain bola tampar air

Acara Sukaneka

Guru Besar dan suami...orang kuat untuk program ini.

Suka sangat ada Hari Keluarga hari ni, seronok dapat jumpa dan berkenalan dengan ahli keluarga cikgu-cikgu SK Rapat Setia. Lama tak berendam, tak beriang ria, jadi ni la masanya saya lepas gian...kebanyakannya semua datang berkeluarga, cuma de 2, 3 orang je yang berkeluarga datang bujang, datang ngan anak-anak je, agaknya suami/isteri masing-masing tu de hal la...termasuklah saya, datang ngan anak-anak je. Tak kisah la janji datang kan. Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan silatulrahim semua guru dan staff SK Rapat Setia dengan keluarga kengkawan.....Saya suka la sekolah saya ni.






Tuesday, May 17, 2011

SAMBUTAN HARI GURU 2011

16 Mei 2011 - Hari Untuk Semua Guru
SELAMAT HARI GURU...


IKRAR GURU....setiap tahun ikrar akan dilafazkan
 untuk mengingatkan diri  yang mungkin alpa.


Lagu " Guru Malaysia",   mesti hafal ..
lagu tema yang susah sikit setiap  tahun bertukar...



Tanda TERIMA KASIH CIKGU dari para pengawas
mewakili semua murid....cikgu-cikgu pun seronok menerimanya.
Harga hadiah bukan ukuran yg penting ucapan TERIMA KASIH CIKGU.
Guru yang cemerlang akan melahirkan murid yang cemerlang